"BUKAN 1 Julai, tetapi 5 Julai'.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberikan lampu hijau untuk Majlis Sukan Negara (MSN) memanggil semua atlet dari pelbagai program bawah naungan badan induk itu bermula Ahad depan untuk kembali memulakan progam latihan masing-masing.
Ia diumumkan selepas mesyuarat lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) yang dipengerusikan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican, pada Sabtu.
Ia akan melibatkan keseluruhan semua atlet negara di bawah Program Podium dan pelapis, kebangsaan di semua cawangan MSN termasuk di Kampung Pandan dan Keramat, Akademi Mokhtar Dahari, Gambang serta Velodrom Nasional.
Bagaimanapun, mereka akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.
"Semua akan dipanggil semula dan mereka akan menjalani ujian swab terlebih dahulu sebelum kembali menjalani latihan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan," kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Untuk atlet di bawah Program Road to Tokyo (RTT) yang akan berakhir 30 Jun ini, mereka juga dilepaskan dan perlu kembali semula lapor diri 5 Julai.
"Sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), SOP Sukan dan Rekreasi fasa 2 yang telah diberikan kelulusan tetap akan digunapakai dan mematuhi setiap langkah yang telah ditetapkan bagi memastikan atlet-atlet kembali menyambung program latihan yang tertangguh sejak Mac lalu."
Rata-rata acara sukan dan atlet bukan di bawah program RTT lega selepas mendapat lampu hijau kembali berlatih.
Ia ibarat dayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kerana KBS serta MSN mendengar suara mereka yang risau tentang prestasi semakin merundum ekoran tiada latihan selama tiga bulan.
"Walaupun program telah diberikan, saya tidak mengetahui kekurangan dalam intensiti latihan yang dilakukan," kata pesilat negara, Al-Jufferi Jamari.
"Kami sekarang masih lagi membuat rangka latihan yang bersesuaian untuk keadaan semasa," kata atlet ping pong negara, Ashraf Haiqal Rizal.
"Kini kami boleh kembali berlatih di gelanggang seperti biasa. Tetapi kami mahu memastikan latihan asas perlu menjadi keutamaan bagi mengelak daripada melakukan teknik yang di tahap lebih tinggi," kata ketua jurulatih skuad wushu negara, Lim Yew Fai.
Astro Arena
Sat Jun 27 2020

Semua atlet negara akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN. - Astro Arena
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Prestasi skuad B-23: Tak wajar tuding jari kepada PPBN, AMD - Ahmad Faizal
Tidak wajar untuk menuding jari kepada Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) atas kegagalan skuad B-23 negara menyerlah dalam beberapa kejohanan antarabangsa kebelakangan ini.

Norhafiz Zamani umum persaraan, ceburi bidang kejurulatihan
Dengan mengumumkan persaraannya pada usia 40 tahun, bekas pertahanan Negeri Sembilan itu akan membuka lembaran baru sebagai penolong jurulatih di Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

KBS beri lampu hijau kepada MSN
Semua atlet akan melapor diri secara beperingkat dan perlu menjalani ujian swab sebelum dibenarkan berlatih seperti biasa di MSN.

Khuatir pemain AMD panaskan bangku simpanan
Ketika Pengarah Teknikal FAS, Michael Feichtenbeiner, menganggap penyertaan beramai-ramai pemain akademi itu ke Selangor adalah satu langkah positif, Richard pula berasakan sebaliknya.

Keputusan MSN perkenal tanda harga pemain AMD adalah wajar - Richard Scully
AMD, FAM dan MSN sedang memperhalus mekanisma sesuai untuk pelaksanaan 'tanda harga' berkenaan supaya tidak membebankan pasukan Liga-M yang berminat mendapatkan bekas pemain AMD selepas ini.

Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Anak muda itu akan berlatih di Cardiff City sehingga berumur 17 tahun, sebelum berhijrah ke K.V. Kortrijk di Belgium

Pemilik Manchester City minat beli kelab di Malaysia
Beliau berharap kerjasama itu juga akan dapat memberikan impak yang positif kepada pembangunan belia, melalui Program Pembangunan Bola Sepak Kebangsaan (NFDP) dan juga Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

97 peratus kecacatan binaan Akademi Mokhtar Dahari telah diselesaikan
Isu Akademi Mokhtar Dahari kembali jadi bualan.

Gaji RM175,000 wajar, sejajar dengan pengalaman Teong Kim - KJ
Gaji yang diberikan kepada Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim berjumlah RM175,000 sebulan disifatkan wajar dan sejajar dengan pengalamannya.

NFDP mahu sokongan kerajaan kepada pembangunan bakat muda diteruskan
Kecemerlangan skuad AMD dalam jelajah Eropah membuktikan kita ada kualiti dan potensi untuk jadi pasukan disegani dunia di masa hadapan.