KENINGAU: Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) disaran agar menaiktaraf fasiliti sukan serta menambah Kompleks Sukan khususnya di kawasan pedalaman Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Bingkor, Datuk Robert Tawik berkata ini bagi membolehkan atlet yang tinggal di kawasan pedalaman dapat meningkatkan prestasi seterusnya melahirkan lebih ramai atlet muda dari Sabah yang bertaraf dunia.
"Pembangunan sukan perlu dinaik taraf seperti Kompleks Sukan Keningau kita perlu naik taraf dan juga kita perlu tambah kompleks mini di daerah Keningau ini dan juga di daerah sekitar.
"Keperluan untuk menambah baik, menaik taraf dan membina kompleks mini amat perlu sebab keperluan belia belia kita yang sudah agak memerlukan kemudahan seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Datuk Robert Tawik di Keningau.
Sementara itu, Presiden Keningau FA yang juga Pengerusi Penganjur kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Datuk Robert Tawik, Rafie Robert berkata penganjuran kejohanan ini antara lain bagi mengasah bakat pemain muda serta melahirkan jurulatih pasukan yang berkualiti.
"Usaha kita pada kali ini bukan sahaja mencungkil bakat pemain tetapi kita juga mencungkil bakat-bakat jurulatih yang ada.
"Seperti dalam peraturan pada kali ini kita mewajibkan setiap pasukan yang mendaftarkan ketua jurulatih mempunyai sijil kejurulatihan sekurang-kurangnya di peringkat akar umbi.
"Kita sebenarnya menganjur program pada kali ini supaya pihak kepimpinan ataupun pengurusan Sabah FA atau Sabah FC dapat melihat pemain yang ditonjolkan kali ini," katanya.
Kejohanan Keningau Premier League 2022 Piala Datuk Robert Tawik akan dimulakan pada 25 Jun ini dan dijangka berakhir pada 6 Ogos depan di Keningau.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Tue Jun 21 2022

Datuk Robert Tawik berkata ini bagi membolehkan atlet yang tinggal di kawasan pedalaman dapat meningkatkan prestasi. - Astro AWANI

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Program RTG: Hannah akan jumpa Zii Jia, Sze Fei-Nur Izzuddin
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata perbincangan itu dijangka dibuat bermula bulan hadapan.

KBS galakkan generasi muda terlibat aktiviti kesukarelawan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan penglibatan generasi muda berumur 13 hingga 30 tahun pada sambutan hari Kesukarelawanan Belia Malaysia 2024 (HKBM 2024) pada Sabtu.

KBS tunggu pengesahan rasmi kerajaan Johor jadi tuan rumah bola sepak Sukan SEA 2027
KBS sedang menunggu pengesahan rasmi daripada kerajaan Johor untuk menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027 bagi sukan bola sepak.

Enam lagi sukan dapat dana tambahan bagi pembangunan bakat baharu
Sukan terjun, badminton, berbasikal, skuasy, renang dan olahraga diumumkan sebagai penerima dana itu.

Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

KBS terus perkasa TVET Sukan, hasrat lahir lebih ramai tenaga mahir
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan terus memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sukan dalam usaha menghasilkan lebih ramai tenaga mahir dalam industri sukan tanah air.

Persatuan sukan diminta wujudkan akaun khas untuk mudahkan pengurusan dana - Hannah
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) yang belum mempunyai akaun khas diminta supaya segera berbuat demikian bagi membolehkan pengurusan dana dilaksanakan dengan teratur.

KBS sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri anjur LTdL tahun depan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukan kerjasama dengan kerajaan negeri bagi penganjuran kejohanan berbasikal lebuh raya Le Tour de Langkawi (LTdL) tahun depan.