Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedia memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti sukan berdasarkan situasi semasa penularan pandemik COVID-19, kata Timbalan Menterinya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.
"Jika kita lihat Kluster Sivagangga contohnya semakin serius mungkin ada pertimbangan keadah lain bagi memperketatkan SOP sedia ada selain kementerian perlu tunggu pengumuman pada hujung bulan ini.
"Setakat ini, kami mengikuti SOP dan arahan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan sehingga kini kementerian belum mendapat maklumat untuk melihat semula SOP yang digariskan sebelum ini," katanya pada sidang media selepas program ramah mesra timbalan menteri bersama anak jati Kelantan di Dewan Kemas, Lubok Jong Pasir Mas di sini, pada Jumaat.
Dalam perkembangan lain, Wan Ahmad Fayhsal berkata cadangan untuk membina litar permotoran sedang diusahakan oleh pihaknya bagi mempertingkatkan kemudahan sukan di negeri ini.
"Cadangan itu sedang kami angkat untuk dipertimbangkan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan akan dibina di Gua Musang. Kita tunggu berita baik ini dan berharap diluluskan," katanya.
Beliau berkata fasiliti sukan di Kelantan menjadi tumpuan utama kementerian berikutan negeri ini akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 07 2020
![KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan KBS sedia perketatkan SOP aktiviti sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/61596836192_TBWANAHMADFAYHSALB.jpg)
Wan Ahmad Fayhsal berkata fasiliti sukan di Kelantan menjadi tumpuan utama kementerian berikutan negeri ini akan menjadi tuan rumah Sukma 2024. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Waspada 'bom jangka' ketika bersukan Waspada 'bom jangka' ketika bersukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699863531_TBjogging.jpg)
Waspada 'bom jangka' ketika bersukan
Aktiviti sukan berkait rapat dengan tahap kesihatan, namun tanpa ilmu ia boleh menjadi 'bom jangka' yang mengundang risiko sehingga mengakibatkan kecederaan serius.
![KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697723500_tbLimHuiYing.jpg)
KPM proaktif jamin keselamatan pelajar melalui Kod Sukan Selamat
Kementerian Pendidikan (KPM) sentiasa proaktif menjamin keselamatan atlet sekolah dengan penggunaan Kod Sukan Selamat dalam kalangan jurulatih dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sukan.
![KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81693570970_TBHANNAHOKU.jpg)
KBS bawa Muhammad Aqil temu pakar tentukan jenis prostetik - Hannah
KBS telah membawa murid OKU Muhammad Aqil Naufal Zahiran, bertemu dengan pakar untuk menentukan jenis prostetik yang diperlukan bagi membolehkannya menyertai aktiviti sukan.
![Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024 Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51692348986_TBstadiummerdeka.jpg)
Stadium Merdeka, ikonik negara dibuka semula pada suku pertama 2024
Pelbagai aktiviti disediakan untuk pengunjung apabila stadium berkapasiti 20,000 tempat duduk itu mula beroperasi di sebelah Merdeka 118.
![Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684493398_TBHannahYeoh.jpg)
Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
![Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-07/51435746727_Badminton.jpg)
Persatuan sukan disaran terlibat aktif bantu komuniti dan perkasa perpaduan
Mohd Azahari berkata, aktiviti sukan dapat dijadikan jambatan penghubung bagi menyatukan semua lapisan masyarakat.
![Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-05/61588922694_fitness.jpg)
Semua aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sekatan, status vaksinasi - KBS
Mulai esok, semua jenis aktiviti sukan dan rekreasi dibenarkan tanpa sebarang had atau sekatan termasuk status vaksinasi dan limitasi masa.
![KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/51647531361_LogoKementerianPe.jpg)
KPM umum tatacara, garis panduan pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum secara bersemuka
Garis panduan tersebut turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat.
![Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41647502997_MenteriKananPendid.jpg)
Aktiviti sukan, kokurikulum sekolah dibenar mulai Isnin
Kebenaran itu diberikan hanya bagi aktiviti dalam kawasan sekolah sahaja.
![Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/41637403894_DatukOnnHafizGha.jpg)
Johor cadang sewakan venue SUKMA 2020 untuk pelbagai aktiviti
Keutamaan adalah memastikan venue tersebut sentiasa diselenggara dengan baik selain tidak menjadikannya projek gajah putih.