KUALA LUMPUR:Kebenaran untuk mengadakan kem latihan berpusat secara kuarantin dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah sesuatu melegakan dalam usaha membentuk skuad kebangsaan yang mantap.
Pengurus pasukan Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan keputusan itu dibuat tepat pada masanya memandangkan skuad Harimau Malaya bimbingan ketua jurulatih Tan Cheng Hoe semakin kesuntukan masa menjelang pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 pada Mac depan.
Beliau berkata kebenaran itu memberi peluang kepada Cheng Hoe mengumpulkan barisan pemain bagi membentuk semula keserasian serta menyediakan pasukan pada tahap terbaik bagi menghadapi dua aksi getir kempen kelayakan menentang Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Vietnam.
"Kebenaran ini memberi ruang kepada pasukan negara untuk berlatih supaya kita dapat bersaing dengan lebih baik. Sebelum ini pasukan negara lain mengadakan latihan dan hanya kita tak dapat (jalani latihan), jadi bayangkan jika kita berdepan UAE tanpa sedikit pun persediaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengesahkan pihaknya bersama Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mencapai kata sepakat untuk melaksanakan kem latihan pusat skuad kebangsaan di MSN, Bukit Jalil secara kuarantin.
Perkembangan itu menyaksikan skuad kebangsaan bakal menjalani latihan berpasukan yang pertama dalam tempoh lebih setahun sejak kali terakhir barisan pemain dikumpulkan pada November 2019.
Terdahulu, kem latihan pusat skuad kebangsaan dijadual pada bulan ini terpaksa dibatalkan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 26 Jan ini.
Pada masa sama, Mohd Yusoff yang juga Timbalan Presiden FAM berkata tarikh bermula kem latihan pusat secara kuarantin yang dicadang diadakan di MSN, Bukit Jalil diserahkan sepenuhnya kepada Cheng Hoe dan barisan kejurulatihan beliau.
Beliau berkata Cheng Hoe perlu segera menentukan tarikh sesuai bagi memulakan kem latihan pusat skuad kebangsaan untuk mengelak timbul kekangan mendapatkan pelepasan pemain daripada pasukan masing-masing.
"Harap Cheng Hoe beri maklum balas secepat mungkin supaya kita dapat atur keperluan lain seperti soal kaedah kuarantin, kita perlu berhubung dengan pasukan pemain tersebut selain berhubung dengan MSN dalam menentukan tempat, semua itu memakan masa," jelas beliau.
"Kem latihan berpusat di MSN secara kuarantin atau sebaliknya, pada saya yang penting mereka (pemain) dapat dikumpulkan untuk memberi peluang kepada Tan (Cheng Hoe) merangka pelan dari sudut taktikal terutama strategi perlawanan," tambah Mohd Yusoff.
Malaysia kini berada di landasan terbaik untuk melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia 2023 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 dengan mengumpul sembilan mata selepas mengharungi lima perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 20 2021

Pengurus pasukan Harimau Malaya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan keputusan itu dibuat tepat pada masanya menjelang pusingan Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia. Gambar: Astro Arena

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.

MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.

MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.

Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.

Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.

'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.

Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.

Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.

Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.