KOTA BHARU: Keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membenarkan penonton hadir di stadium menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dilihat mampu memberi kelegaan kepada "kantung" kewangan pasukan yang bertanding dalam kejohanan itu.
Presiden Kelantan United (KUFC) Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.
Beliau berkata kehadiran penyokong juga akan turut sama menyuntik semangat pemain ketika beraksi seterusnya memberi persembahan terbaik mereka.
"Kami melihat kehadiran penyokong akan membantu mengurangkan bebanan kewangan pasukan untuk mengharungi baki perlawanan Piala Malaysia selain persiapan menghadapi saingan liga musim depan yang memerlukan peruntukan jutaan ringgit.
"Kami berterima kasih kepada kerajaan dan sebagai pemimpin pasukan bola sepak sudah tentu saya ingin melihat sukan tersebut dapat kembali beraksi dengan kehadiran penonton selepas hampir dua tahun sunyi tanpa sorakan penyokong," katanya kepada Bernama.
Pada Selasa, MFL mengesahkan penonton dibenarkan hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan jumlah penyokong yang dibenarkan adalah mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara setiap negeri.
Kebenaran itu berdasarkan prosedur operasi standard yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan serta Kementerian Belia dan Sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 13 2021

MFL mengesahkan penonton dibenarkan hadir di stadium bagi menyaksikan perlawanan Piala Malaysia 2021 dengan jumlah penyokong yang dibenarkan mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara setiap negeri. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kehadiran penyokong ke stadium legakan 'kantung' kewangan pasukan
Kebenaran itu memberi peluang kepada pasukan menjana pendapatan menerusi jualan tiket, jersi dan sebagainya.