Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016 merupakan satu pencapaian yang membanggakan, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata jaringan 'ajaib' Mohd Faiz yang mencetuskan fenomena sehingga mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dalam dan luar negara itu adalah jaringan yang hanya hadir sekali dalam seumur hidup.
"So proud (Sungguh bangga). Tahniah, Faiz. Once in a lifetime goal (Jaringan sekali dalam seumur hidup)," katanya dalam laman Twitter.
Sementara itu, penyerang bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Mohd Sali yang turut meluahkan rasa bangga menyifatkan kejayaan itu membuktikan kemampuan dan kualiti yang dimiliki pemain tempatan untuk menghasilkan jaringan yang luar biasa serta berdiri sama taraf dengan pemain kelas dunia.
"Tahniah!!! Anda membuktikan pemain tempatan juga berkualiti... Satu penghargaan yang diimpikan buat semua pemain bola sepak dunia... untuk berada di sana bersama pemain kelas dunia dan memenanginya memang satu yang luar biasa.
"Saya tumpang bangga kerana anda adalah pemain tempatan dari Malaysia dan bukannya dari Argentina... I'm sorry Messi (Maaf Messi)," kata Safee dalam entri Facebooknya.
Jaringan menakjubkan Mohd Faiz itu menerima undian 59.46 peratus mengalahkan dua lagi calon - Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil yang mendapat 22.86 peratus dan pemain wanita, Daniuska Rodriguez dari Venezuela, 10.01 peratus.
Gol tercantik dunia oleh Mohd Faiz itu adalah melalui sepakan percuma ketika membantu pasukannya, Pulau Pinang mencatat kemenangan 4-1 ke atas Pahang pada aksi Liga Super, 16 Feb tahun lepas.
Lebih manis, kejayaan pemain kelahiran Ayer Hitam, Kedah itu menjadikan beliau pemain Asia pertama dikurniakan anugerah sempena nama legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puska, yang menikmati kejayaan hebat bersama pasukan Real Madrid pada 1950-an dan 60-an serta bersama pasukan kebangsaan negara beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2017
![Kejayaan Faiz membanggakan - KJ Kejayaan Faiz membanggakan - KJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460802460_KhairyJamaluddin.jpg)
KHAIRY: Kejayaan Mohd Faiz Subri merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 merupakan satu pencapaian yang membanggakan. - fotoBERNAMA
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737338030_KylianMbappeReal.jpg)
Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).
![Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19 Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736177338_YBKarimHamzah.jpg)
Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.
![Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734492974_TunkuMahkotaIsmail.jpg)
Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.
![FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734390426_TBWorldCup.jpg)
FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.
![FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734388700_TBFifajpg.jpg)
FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.
![Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034 Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733966828_WorldCup.jpg)
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
![Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71733958910_WorldCup.jpg)
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
![Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733391227_tbFAMHamidinMohdA.jpg)
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
![UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732068489_UEFAFIFArusiah.jpg)
UEFA, FIFA kekal haramkan Rusia sertai mana-mana pertandingan bola sepak dunia
Keputusan itu juga secara automatik menjadikan Rusia tidak akan menyertai kejohanan Piala Dunia 2026.
![Ranking Harimau Malaya melonjak Ranking Harimau Malaya melonjak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731975760_harimaumalaya.jpg)
Ranking Harimau Malaya melonjak
Mengikut kiraan semasa tidak rasmi, Malaysia melonjak lima anak tangga daripada kedudukan 133 dunia ke kedudukan ke-128 dunia.