KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon enggan mengulas mengenai tindakan terburu-buru penjaga gol Mohd Farizal Marlias selepas menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Bahrain pada aksi Kelayakan Piala Asia 2023, malam tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, aksi Mohd Farizal memusnahkan harapan skuad Harimau Malaya untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas Abdulla Yusuf Helal menjaringkan gol kemenangan Bahrain menerusi sepakan penalti pada minit ke-81.
Sepakan penalti diberikan pengadil apabila penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu menjatuhkan Ali Jaafar Madan dalam usaha menyelamatkan keadaan selepas dia terlepas menangkap bola di udara.
Pan Gon berkata apa yang berlaku dalam aksi itu akan dinilai oleh pasukan bimbingannya sebelum sebarang keputusan dibuat menjelang perlawanan terakhir kempen kelayakan Kumpulan E menentang Bangladesh di Stadium Nasional, Selasa depan.
"Saya tidak akan mengulas mengenai perkara peribadi, ini semua akan dianalisis dan dibuat keputusan oleh pasukan kejurulatihan kami," katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini malam tadi.
Dalam perlawanan yang disaksikan lebih 63,000 penonton, pemain naturalisasi Mohamadou Sumareh meletakkan pasukan negara di hadapan pada minit ke-55 namun Ali Abdulla Haram pantas menyamakan kedudukan untuk Bahrain dua minit kemudian.
Kekalahan itu menyaksikan skuad Pan Gon berdepan perlawanan mesti menang ke atas Bangladesh bagi mencerahkan peluang menamatkan penantian selama 15 tahun untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia.
BACA: Kelayakan Piala Asia: Gol penalti Bahrain ranap impian Malaysia kutip mata
Menjelang perlawanan menentang Bangladesh, Pan Gon berkata sebanyak tiga perlawanan yang perlu ditempuhi dalam tempoh tujuh hari menjadikan pertembungan dengan pasukan ranking ke-188 dunia itu sukar.
"Jadi kami melakukan penggiliran pemain untuk menyelamatkan skuad, saya percaya kami bersedia dengan baik kerana mereka (Bangladesh) bermain dua perlawanan dengan skuad yang sama tetapi kami membuat penggiliran, ia boleh menjadi kelebihan buat kami.
"Kami tidak sepatutnya kehilangan peluang ini untuk ke peringkat akhir (Piala Asia), pemain tahu betapa pentingnya beberapa hari mendatang," kata jurulatih Korea Selatan berusia 53 tahun itu.
Selepas dua perlawanan, Bahrain kini di tangga teratas Kumpulan E dengan enam mata manakala Malaysia dan Turkmenistan masing-masing mengutip tiga mata di tempat kedua dan ketiga manakala Bangladesh tercorot tanpa mata.
Hanya juara kumpulan dan lima naib juara teratas layak ke Piala Asia 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 12 2022

Sepakan penalti diberikan pengadil apabila penjaga gol Johor Darul Ta'zim (JDT) itu (kanan) menjatuhkan Ali Jaafar Madan dalam usaha menyelamatkan keadaan. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pan Gon sakit hati Harimau Malaya kempunan menang dengan jaringan besar
Kim Pan Gon sifatkan kegagalan mencatat jumlah jaringan besar seperti diharapkan ke atas Taiwan sangat menyakitkan.

Pan Gon mahu terus kemudi Harimau Malaya hingga Piala Asia 2027
Bagaimanapun, Pan Gon akan menyerahkan keputusan mengenai nasibnya kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tekanan lebih daripada jangkaan - Pan Gon
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon sekali lagi mendedahkan tentang tekanan besar yang dihadapinya dalam membimbing skuad Harimau Malaya sejak mengambil alih tugas pada Januari 2022.

Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.

Pan Gon panggil Nur Shamie ganti Darren hadapi Kyrgyzstan, Taiwan
Pemain sayap Kuching City FC Nur Shamie Iszuan Amin dipanggil menyertai pasukan bagi dua aksi getir pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.

Kecederaan pemain: Pan Gon belum mahu tekan butang panik
Menurut Pan Gon, beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut sebaliknya ingin lebih fokus kepada pemilihan pemain lain.

Pan Gon hilang tiga tonggak utama menjelang pertemuan dengan Kyrgystan, Taiwan
Tiga pemain itu ialah pemain sayap Arif Aiman Mohd Hanapi dan Mohamad Faisal Abdul Halim serta penyerang Romel Morales.

Piala AFF 2024 : Harimau Malaya diundi bersama juara bertahan Thailand
Skuad Harimau Malaya dijangka berdepan laluan sukar untuk mara ke separuh akhir saingan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2024, apabila diundi bersama juara bertahan Thailand.

Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.

Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.