KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh telah dipilih sebagai ahli majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) bagi penggal 2021-2024.
Pada mesyuarat agung tahunan (AGM) BWF ke-82 yang diadakan secara maya semalam, Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis.
Daripada jumlah itu, lapan adalah dari Asia, tujuh dari Eropah, dua masing-masing dari Pan Amerika dan Afrika dan seorang dari Oceania, menurut BWF dalam kenyataan pada Sabtu malam.
Poul-Erik Hoyer Larsen, pemenang pingat emas Sukan Olimpik Atlanta 1996, dipilih semula sebagai Presiden selepas tiada pencalonan lain diterima, turut sama diumumkan menang tanpa bertanding adalah Timbalan Presiden BWF Khunying Patama Leeswadtrakul dan Naib Presiden (Badminton Para) Paul Kurzo.
Sementara itu, cadangan untuk menukar sistem pemarkahan semasa 3x21 kepada 5x11, seperti yang diaspirasikan oleh Hoyer, gagal apabila hanya 66.31 peratus menyokong manakala 33.69 peratus menentang daripada keseluruhan 282 undi.
Cadangan itu, diusulkan oleh Persatuan Badminton Indonesia dan Persatuan Badminton Maldives baru-baru ini, dan disokong oleh Badminton Asia, Persatuan Badminton Korea dan Persatuan Badminton Taiwan, gagal untuk dilaksanakan kerana kekurangan majoriti dua pertiga yang diperlukan.
"Ini merupakan kali kedua cadangan seumpama ini tidak diluluskan, tetapi saya melihat penyertaan hebat ahli dan keputusan yang dicapai hari ini adalah petunjuk bahawa komuniti badminton sangat terlibat demi kepentingan terbaik sukan ini pada waktu-waktu sukar dan mencabar ini.
"Jadi, untuk itu, saya mengucapkan terima kasih kepada semua orang atas peranan mereka dalam proses ini.
"Walaupun cadangan perubahan sistem pemarkahan menjadi sebahagian daripada visi saya untuk menjadikan badminton lebih menarik dan meningkatkan nilai hiburan untuk pemegang taruh dan peminat.
"Ini tidak akan menghalang kami daripada meneruskan usaha kami untuk meningkatkan kecemerlangan badminton untuk semua yang berkenaan selaras dengan Pelan Strategik 2020-2024 kami," kata Hoyer dalam kenyataan sama.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021

Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis. - Foto fail/BERNAMA

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM akui gagal capai sasaran di Olimpik Paris 2024
BAM akui pemain-pemain di bawah naungannya yang beraksi di Olimpik Paris 2024 tidak mencapai sasaran ditetapkan selepas gagal membawa pulang pingat emas.

BAM sasar skuad negara ke separuh akhir BATC 2024
BAM meletakkan sasaran sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir untuk skuad negara di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

BWF perlu kaji semula model penganjuran Piala Thomas dan Uber - Kenny
Kenny berkata perbincangan dalaman perlu mengenai hak penganjuran untuk kejohanan berpasukan dunia lelaki dan wanita.

Saman Kenny terhadap Roslin Hashim selesai
Muhammad Roslin mengaku kesal atas kenyataan yang ditimbulkan selain menyebabkan kesulitan kepada Kenny.

BAM yakin Misbun mampu perbaiki prestasi skuad remaja
Misbun perlu bentang rancangan terperinci secepat mungkin bagi mengukuhkan bahagian kejurulatihan dan program latihan pemain remaja.

Final Jelajah Dunia BWF: Malaysia tidak tolak batal penyertaan
Ia bergantung kepada mesyuarat badan induk negara itu dengan pihak berwajib, bagi mengumpul semua maklumat diperlukan.

Badminton Terbuka Malaysia terima sambutan, tiket hampir habis dijual
Tiket kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang bakal berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai ini hampir habis dijual.

Kenny dipilih ahli majlis BWF, cadangan tukar sistem pemarkahan gagal
Kenny mendapat 218 undi dan antara 20 yang dipilih sebagai ahli majlis.

Terbuka Malaysia 2021 diteruskan selagi ada penyertaan
Kejohanan berstatus Super 750 yang juga platform kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu masih diteruskan walaupun ada negara yang menarik diri.