KOTA KINABALU: Kertas Kabinet berkenaan usaha mewujudkan sektor industri sukan dijangka dibentang kepada Jemaah Menteri dalam tempoh sebulan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata kertas Kabinet bagi mewujudkan sektor di bawah Kementerian Belia dan Sukan itu penting, bagi memperluas skop industri sukan di negara ini dan tidak hanya tertumpu kepada latihan atau atlet semata-mata.
Beliau berkata skop itu termasuk perubatan sukan, suplemen, insurans, pengusaha gim dan fasiliti sukan, penganjuran aktiviti sukan serta persidangan serta pelbagai lagi aktiviti melibatkan sukan, yang berpotensi menambah pendapatan negara.
"Penting lihat industri berada di sekitar sukan itu sendiri dan lihat cara bagaimana kita dapat bersama (bawah kementerian ini). Kita wujudkan sektor industri sukan itu dan berkerjasama dengan DOSM (Jabatan Perangkaan) bagi kumpul data-data berkaitan bagi melangkah ke hadapan.
"Kita telah bekerjasama dengan DOSM sebelum ini, tetapi data ialah mengenai nilai jualan menerusi sukan, bila ada penganjuran sukan kita lihat berapa dibelanjakan tetapi kita mahu (skop) lebih daripada itu, jadi sektor industri sukan diharap capai hasrat kita ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kongres Persekutuan Perubatan Sukan Asia Ke-18 dan Persidangan Perubatan Sukan dan Sains Sukan Institut Sukan Negara Kelapan yang disempurnakan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik, antaranya dengan membawa lebih banyak dana dan pelaburan dalam industri tersebut.
"Dengan langkah ini juga, Kementerian Belia dan Sukan juga tidak akan dilihat lagi sebagai sebuah kementerian kecil yang menjaga belia dan sukan sahaja. Ada sebuah industri di situ yang kita boleh teroka dan memberikan manfaat kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata penubuhan sektor industri sukan itu juga diharap dapat membolehkan kerajaan menyalurkan dana yang lebih khusus untuk kementerian itu, antaranya bidang perubatan sukan dan sains sukan, yang mana sekarang lebih banyak diberikan kepada Kementerian Kesihatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 27 2024
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik. - Foto Bernama
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Dekriminalisasi bunuh diri: Kertas cadangan di peringkat akhir, akan dibentang ke Kabinet
Khairy berkata, cubaan membunuh diri tidak wajar diletakkan di bawah kategori jenayah, tetapi wajar ditangani dengan intervensi klinikal
KPDNHEP adakan pertemuan dengan pemegang taruh kongsi maklumat subsidi minyak bersasar
Antara pemegang taruh ialah persatuan pengguna, pengusaha stesen minyak, syarikat minyak dan agensi lain seperti Bank Negara Malaysia, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Tiada lagi kilang kimia di Pasir Gudang pada masa hadapan
Perancangan itu telah dibincang bersama kerajaan negeri bagi memastikan Pasir Gudang membangun dengan lebih lestari pada masa depan.
Jabatan Peguam Negara digesa tidak dakwa adik Lokman
Datuk Liew Vui Keong berkata kes itu tidak sepatutnya diteruskan kerana Dr Mahathir sendiri tidak kisah dengan apa jua kenyataan yang dibuat tentang beliau.