KUALA LUMPUR: Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.
Presidennya Amir Amri Mohamad mendedahkan impak daripada isu pecah amanah itu masih dirasai KRM dan secara tidak langsung menjejaskan kantung kewangan mereka dan usaha mencari tajaan.
"Kami harap kes akan didakwa dalam masa terdekat kerana ia memberi satu kesan yang besar kepada perkembangan dan bantuan kepada KRM. Selagi kes ini tidak didakwa, semua lihat seperti di pihak KRM tiada tindakan susulan yang diambil atas apa yang telah berlaku.
"Saya yakin dan percaya pihak polis akan jalankan tugas sebaik-baiknya," katanya kepada Bernama ketika ditemui pada Majlis Penutup Seminar KRM 2024 di Wisma OCM di sini, hari ini.
Pada Disember 2022, KRM membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya dengan memalsukan tandatangan Presiden dan Bendahari Kehormat KRM bagi memasukkan nama beliau sebagai seorang daripada penandatangan cek.
Menurut KRM, kakitangan itu juga disyaki memalsukan tandatangan untuk membuat pengeluaran wang tunai daripada bank.
Dalam perkembangan berasingan, Amir berkata KRM hari ini bersetuju untuk melaksanakan penetapan baharu iaitu seorang pemain hanya boleh mendaftar untuk bermain dalam satu liga negeri sahaja bagi tahun 2024.
Beliau menyifatkan perkembangan itu yang melarang pemain beraksi di dua liga negeri dalam satu masa antaranya dapat membantu kesatuan negeri masing-masing mengenal pasti bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi
"Bila kita buat satu pemain satu liga negeri akan berlaku pertumbuhan pemain baharu dari negeri tersebut, (dapat) bagi ruang dan peluang kepada pemain baharu menonjol di peringkat liga negeri.
"Ini merupakan satu pandangan dan keputusan yang begitu positif bagi saya. Kita kena mencuba benda yang baharu dan harapkan hasil yang positif. Kalau ia nampak baik kita akan teruskan," katanya.
Pada masa sama, beliau berkata KRM akan berbincang bersama ahli gabungannya dari semasa ke semasa berhubung penetapan baharu itu termasuk cadangan untuk mewujudkan satu mekanisme yang akan memanfaatkan kedua-dua kesatuan negeri dan pemain.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024

Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia Amir Amri Mohamad ditemui pemberita pada Majlis penutup seminar Pengurusan Malaysia Rugby 2024 di Wisma OCM hari ini. - Foto Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Bekas kakitangan Kesatuan Ragbi Malaysia didakwa guna 58 cek palsu lebih RM2 juta
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas 58 tuduhan menggunakan cek palsu berjumlah lebih RM2 juta milik kesatuan itu, dua tahun lepas.

Kesatuan Ragbi Malaysia harap individu disyaki pecah amanah didakwa segera
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) berharap individu di sebalik isu pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu didakwa segera.

Ragbi 7s bakal 'berkelana' ke tiga negara
Kesatuan Ragbi Malaysia merancang untuk membawa skuad ragbi tujuh sebelah (7s) kebangsaan menjelajah New Zealand, Australia dan Fiji.

KRM buat laporan polis pecah kes amanah libatkan kakitangan
Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu

Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia
Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.

KRM tunda kejohanan domestik sehingga Jun 2021
Keputusan terpaksa dibuat kerana KRM berdepan masalah kehilangan potensi penaja utama disebabkan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

ARC 2018: Hong Kong, Korea Selatan nantikan kejutan pasukan negara - Duke
Bintang ragbi kebangsaan menyuarakan keyakinan dengan mengambil kira persiapan lebih bertenaga pasukannya bagi menghadapi kejohanan tersebut.

Kenapa pemain naturalisasi penting untuk pasukan ragbi Malaysia?
Pemain naturalisasi yang berpengalaman dan komited memberi kesan positif kepada skuad ragbi negara.

Tiga latihan mampu ubah persembahan skuad ragbi negara
Ia membabitkan penggunaan alat peranti digital Sistem Kedudukan Global (GPS), Sportscode serta elemen sains sukan dalam sesi latihan.

Demi lencana didada, skuad Bunga Raya tidak gentar pasukan lawan
Pelbagai persiapan sedang giat dijalankan pasukan ragbi Malaysia 15s termasuklah bakal menjalani latihan di New Zealand tidak lama lagi.