IPOH: Ketumpulan jentera serangan dalam menyudahkan peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan, merupakan faktor yang menyebabkan Perak FC kecundang di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC semalam.
Ketua jurulatih Perak FC Chong Yee Fatt berkata, keputusan tersebut mungkin berubah sekiranya barisan serangan berjaya menterjemahkan jaringan melalui beberapa peluang yang dicipta sepanjang 90 minit permainanan.
"Saya akui sedikit kecewa. Walaupun pada babak pertama, permainan kita agak kurang tersusun dan itu antara sebab pihak lawan dapat menjaringkan gol.
"Di babak kedua, permainan kita berubah dan beberapa peluang kita dapat tetapi nasib tidak menyebelahi kita untuk jaringan gol dihasilkan," katanya ketika sesi sidang media sejurus selesai perlawanan di Stadium Perak, semalam.
Pada perlawanan tersebut, skuad The Bos Gaurus tumpas 0-2 kepada Terengganu FC melalui jaringan yang dihasilkan oleh Mohd Faisal Abdul Halim pada minit ke-24 dan Dechi Marcel (minit ke-90).
Yee Fatt berkata, beliau berjanji pasukannya akan bangkit dan kembali mencatatkan keputusan positif dalam aksi menentang Kuala Lumpur di Stadium KLFA, Cheras pada 17 Mac ini.
"Kita perlukan kemenangan untuk memperbaiki kedudukan dan saya fikir akan ada penambahbaikan daripada pelbagai sudut, untuk pastikan kita tidak lagi keciciran mata dalam perlawanan itu," katanya.
Sementara itu, pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain berkata, semangat juang serta disiplin tinggi dipamerkan oleh anak buahnya, menjadi kunci kepada kejayaan mengutip tiga mata penuh.
Katanya, meskipun mengakui para pemain sedikit keletihan disebabkan jadual perlawanan yang agak padat, namun setiap pemain kekal fokus dalam merencana serangan dan juga bertahan.
"Namun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutama daripada aspek kesilapan kita sendiri, yang kadang-kadang terlampau mudah untuk berikan gol pada pihak lawan. Saya berharap perkara ini akan dapat kita atasi," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 15 2021

Pengendali Terengganu FC Nafuzi Zain berkata, semangat juang serta disiplin tinggi dipamerkan anak buahnya jadi kunci kepada kejayaan mengutip tiga mata penuh. - Facebook Malaysian Football League

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

Penang FC 'rehatkan' Yee Fatt, Manzoor Azwira
Pasukan Harimau Kumbang gagal melangkah ke pentas akhir MFL Challenge Cup 2023, pamer prestasi membimbangkan dalam saingan Liga Super 2023.

Shahril akui tugas getir sebagai ketua jurulatih Perak FC
Mohd Shahril Nizam Khalil mengakui berdepan tugas getir memangku tanggungjawab selaku ketua jurulatih pasukan Perak FC.

Yee Fatt direhatkan, Shahril Nizam pangku tugas Ketua Jurulatih Perak FC
Tugas Yee Fatt akan dipangku oleh Penolong Ketua Jurulatih Perak FC, Shahril Nizam Khalil.

Prestasi hambar, PAFA cadang Perak FC 'rehatkan' Yee Fatt
Tindakan itu perlu untuk mencari formula baharu dan mengubah nasib Perak FC yang tidak mustahil akan tersingkir ke saingan Liga Perdana.

Ketumpulan jentera serangan punca Perak FC tewas
Ketumpulan jentera serangan dalam menyudahkan peluang terhidang untuk menghasilkan jaringan, merupakan faktor yang menyebabkan Perak FC kecundang di gelanggang sendiri dalam aksi Liga Super menentang

Terkejut tapi Yee Fatt sedia pikul amanat Perak FC
Dia mengakui pelantikannya bermula daripada saranan Mehmet Durakovic sendiri, Yee Fatt bertekad legasi jurulatih dari Australia itu akan diteruskan musim ini.

Perak FC sahkan penamatan kontrak Mehmed sebagai ketua jurulatih
Penamatan kontrak itu adalah atas permintaan Mehmed sendiri yang memaklumkan ingin pulang ke Australia bagi menyelesaikan urusan keluarga.