KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak kebangsaan diingatkan supaya memberikan aksi terbaik, selain menjaga keselamatan diri pada Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) bulan hadapan, tatkala kes COVID-19 global masih belum reda.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, setiap pemain dan pegawai pasukan yang berada dalam gelembung sukan, perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Reezal Merican turut mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya di UAE, dalam memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.
"Kibarkanlah panji panji negara dengan bangga, tetapi jangan lupa jaga keselamatan," katanya dalam video di laman Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini.
"Bertarunglah atas nama, demi tanah air kita, bertarunglah atas nama, demi Malaysia. Selamat berjuang dan selamat kembali ke tanah air," tambah Reezal Merican.
Skuad Harimau Malaya bimbingan Tan Cheng Hoe dijadual terbang ke Dubai esok bagi meneruskan kem latihan pusat di sana, selain beraksi dalam dua perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Kuwait di Dubai dan Bahrain di Manama, masing-masing pada 23 dan 28 Mei.
Malaysia akan memulakan baki saingan Kumpulan G kempen kelayakan itu bertemu UAE pada 3 Jun, Vietnam (11 Jun) dan Thailand pada 15 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021
Reezal Merican turut mendoakan kejayaan skuad Harimau Malaya di UAE, dalam memburu slot automatik ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sekali gus layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 3 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ahmad Fadzli dilantik Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baharu
Pegawai Kewangan Negeri Selangor Datuk Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu berkuat kuasa esok.
Ratusan teruja saksi tayangan mempersona di Casa Batllo
Tayangan pemetaan video digital di bangunan Casa Batllo di Barcelona, Sepanyol menarik kehadiran ramai pengunjung pada Ahad. Artis Itali, Quayola mempersembahkan karya dikenali Arborescent itu, sebagai dedikasi kepada keindahan alam semula jadi.
Penerbangan Learjet 55 hanya kurang seminit sebelum menjunam
Penerbangan pesawat perubatan Learjet 55 yang terhempas di kawasan kejiranan di Philadelphia disahkan hanya kurang dari seminit. Perkara itu seperti disahkan penyiasat dari Badan Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Rick Hicks dalam sidang media pada Ahad. Katanya, pesawat itu hanya mencapai ketinggian 1,500 kaki sebelum ia menjunam dan terhempas.
R Stromlinienwagen dibida pada harga 51.55 juta euro
Kereta lumba jenis Mercedes (W196 R Stromlinienwagen) berjaya dijual pada harga 51.55 juta euro dalam satu majlis bidaan di Jerman pada Sabtu. Kereta lumba berwarna silver itu, salah satu daripada empat yang ada di dunia.
Jepun lancar roket H3 pembawa satelit navigasi Michibiki
Jepun pada Ahad melancarkan satelit navigasi Michibiki dengan menggunakan Roket H3 No. 5 dari Pusat Angkasa Tanegashima di Wilayah Kagoshima.
Ribuan bantah pengusiran imigran di Atlanta
Ribuan berhimpun di sepanjang lebuhraya Buford di Atlanta, Georgia selepas pihak Jabatan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) Amerika Syarikat mengumumkan pelaksanaan operasi bersasar di metro Atlanta. Ia sebagai tanda protes terhadap tindakan itu yang dilaksana dibawah arahan Presiden Donald Trump sejurus pelantikannya kembali ke White House minggu lalu.
Lelaki ditahan disyaki seludup motosikal dari negara jiran
Polis menahan seorang lelaki, semalam, dipercayai menyeludup masuk motosikal Yamaha RXZ dan komponen enjin dari negara jiran.
Netanyahu ke Washington bertemu Trump
Netanyahu, pemimpin asing pertama yang membuat kunjungan sejak pelantikan Trump bulan lalu, meninggalkan Israel ketika gencatan senjata di Gaza masih berjalan dan rundingan fasa kedua dijangka bermula minggu ini.
Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Bersama Mohtar Samat, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Sarawak bagi membincangkan Kesiapsiagaan berdepan gelombang kedua banjir
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.
MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.
Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.