Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) tidak layak bertanding untuk jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu esok, selepas gagal menepati tarikh tutup pencalonan.
Ini berikutan, keputusan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) hari ini, yang mendapati MPM terkhilaf berhubung tarikh tutup borang pencalonan yang disangkakan pada 15 Jun.
Selain itu, menurut PPS keputusan Lembaga Eksekutif MPM menerima lima borang berkenaan boleh dipertikai kerana setiausaha agung MPM memaklumkan ia hanya diputuskan oleh presiden dan timbalannya sahaja tanpa merujuk anggota exco yang lain.
"Sehubungan itu, PPS mendapati berlaku ketidakakuran dalam proses pencalonan tersebut dan keadaan ini adalah tidak mengikut peraturan dan syarat yang telah ditetapkan," menurut PPS dalam kenyataan hari ini.
Dalam kenyataan sama, PPS turut memaklumkan telah menerima aduan daripada Persatuan Kanu Malaysia (MASCA) pada Selasa lalu, berhubung bantahan terhadap pencalonan pada AGM tersebut.
PPS memaklumkan telah menjalankan siasatan dan memanggil kedua-dua pihak (MASCA dan MPM) bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.
Selain Khairy, empat calon lain termasuk Timbalan Presiden, John Ng dan Setiausaha Agung, Siti Zaharah Abdul Khalid, serta dua calon lain juga bakal menerima nasib sama kerana gagal mengemukakan borang pencalonan mengikut tempoh ditetapkan.
Kemelut pemilihan MPM tercetus apabila Khairy dikatakan menghantar borang pencalonan pada 11.30 malam 15 Jun bersama John Ng dan tiga calon lain, sedangkan tarikh akhir yang tertera di borang pencalonan adalah pada 11.59 malam, 14 Jun.
BACA: Campur tangan KBS, Pesuruhjaya Sukan jika MPM gagal selesai isu pencalonan secara profesional
Justeru, semalam, Presiden MASCA, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin, yang juga calon presiden, mengemukakan notis semakan semula status kelayakan terhadap pencabarnya, untuk bertanding jawatan tertinggi badan induk itu.
Sementara itu, Siti Zaharah ketika dihubungi Bernama, berkata AGM tersebut akan tetap berlangsung esok.
"Apa-apa keputusan akan ditentukan pada mesyuarat agung esok," katanya.
BACA: KP MSN nafi dakwaan bersekongkol dengan Presiden MBM luluskan pencalonan KJ
Sementara itu, ketika ditanya berhubung keputusan PPS yang mungkin memberi laluan kepadanya untuk menang tanpa bertanding, Megat Shahriman berkata, beliau menyerahkan kepada MPM untuk membuat keputusan.
"PPS telah mengeluarkan kenyataan dan MPM sepatutnya bersikap profesional dalam hal ini. Eloklah kiranya MPM ikut kepada perlembagaan yang telah ditetapkan. Perkara ini tidak akan berlaku kalau sebelum ini mereka ikut cara yang betul," katanya.
Mesyuarat Agung Tahunan MPM dijadual diadakan di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan, bermula 10 pagi esok.
Jawatan presiden menjadi perebutan antara Khairy dan Megat Shahriman selepas penyandangnya SM Nasarudin SM Nasimuddin mengumumkan tidak mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak empat tahun lepas.
VIDEO: Pencalonan Khairy untuk Presiden MPM kurang disenangi
Sementara, John Ng daripada Persatuan Ping Pong Malaysia pula bakal ditentang Dr R. Radha Krishnan daripada Persatuan Sukan Orang Buta Malaysia/Persatuan Boccia Malaysia bagi jawatan nombor dua badan induk itu.
Lapan pencalonan bagi mengisi lima jawatan naib presiden melibatkan persaingan antara Hadfizah Abd Khafidz (Persatuan Tenpin Bowling Para Malaysia), K M Rajendran (Taekwondo Malaysia), Muhd Iqbal Sulaiman (Tenis Berkerusi Roda Malaysia), Dr Ang Kean Koo (Persekutuan Bola Keranjang Kerusi Roda Malaysia), Dr Naharuddin Hashim (Persatuan Badminton Malaysia) dan Mejar Azhari Abdullah (Persatuan Bola Sepak Orang Buta Malaysia).
Dua lagi pencalonan untuk mengisi satu kuota wanita bagi jawatan naib presiden membabitkan saingan antara Siti Zaharah Abdul Khalid (Persatuan Boling Padang OKU Malaysia) dan Noor Syahieda Mat Shah (Persatuan Powerlifting Para Malaysia).
Jawatan Setiausaha Agung pula bakal menyaksikan pertandingan antara Datuk R. Subramaniam (Persatuan Olahraga Para Malaysia) dan Irena Chang (Persatuan Bola Tampar OKU Malaysia), manakala S Kumarusamy (Persatuan Para Karom Malaysia) tidak menerima tentangan bagi jawatan bendahari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Jawatan presiden menjadi perebutan antara Khairy (kiri) dan Megat Shahriman (kanan) selepas penyandangnya SM Nasarudin SM Nasimuddin mengumumkan tidak mempertahankan jawatan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Bursa Malaysia catat sejarah laksana AGM secara maya sepenuhnya
Bursa Malaysia Bhd mencatat sejarah dalam dunia korporat Malaysia apabila menjadi syarikat pertama di negara ini yang mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM) secara maya sepenuhnya.
Isu pengagihan royalti jadi topik utama perbincangan AGM Karyawan ke-19
Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, isu ini perlu diselesaikan segera memandangkan ramai artis tertanya-tanya mengenai royalti yang sepatutnya mereka dapat.
Perpecahan DAP Kedah berpunca daripada anggota dalaman - Guan Eng
Lim Guan Eng berkata perpecahan parti itu di Kedah berlaku disebabkan ada anggotanya yang cuba mengelirukan anggota lain serta melakukan tindakan yang menggugat keutuhan parti.