JURGEN Klopp telah menolak tawaran Amerika Syarikat (AS) yang ingin menjadikannya pengurus baharu pasukan kebangsaan negara itu.
AS menyenaraikan Klopp sebagai calon utama ketika mereka mencari pengurus baharu untuk menggantikan Gregg Berhalter yang telah dipecat minggu ini selepas pasukan tersingkir di peringkat kumpulan Copa America.
Tawaran dibuat kepada Klopp itu untuk membolehkan AS melakukan persiapan rapi menghadapi Piala Dunia 2026 dengan negara itu akan menjadi tuan rumah bersama Kanada dan Mexico.
Tetapi Klopp telah menolak peluang untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat.
Klopp meninggalkan Liverpool pada penghujung musim lalu sekali gus menyaksikan penutup era transformasi di Anfield.
Sembilan tahun khidmat pengendali kelahiran Jerman itu di kelab Merseyside menyaksikan mereka memenangi kejuaraan Liga Perdana buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun dan turut memenangi Liga Juara-Juara.
Klopp difahamkan masih mahu mengekalkan perancangan asalnya iaitu mahu berehat sekurang-kurangnya setahun daripada bola sepak selepas meninggalkan Liverpool.
Perpindahan membimbing pasukan negara akan menawarkan cabaran yang berbeza terutama kurang tekanan harian kejurulatihan kelab, tetapi Klopp tidak tertarik dengan prospek untuk mengambil alih pasukan AS.
Pemecatan Berhalter berlaku dalam tempoh setahun setahun selepas dia mengambil semula peranannya dalam skuad kebangsaan AS.
Pasukannya bergelut untuk konsisten dalam kejohanan Copa America dan kekalahan peringkat kumpulan kepada Uruguay dan Panama menyebabkan mereka tersingkir awal. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jul 12 2024

Klopp telah menolak peluang untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan Persekutuan Bola Sepak Amerika Syarikat. - Gambar/ Stadium Astro

SOSMA: Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara, hak asasi individu - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap SOSMA adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa. #AWANInews

Paus Francis disahkan hidap radang paru-paru- Vatican
Paus Francis disahkan menghidap radang paru-paru, menurut kenyataan Vatican pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Klopp tolak tawaran latih skuad Amerika Syarikat
JURGEN Klopp telah menolak tawaran Amerika Syarikat (AS) yang ingin menjadikannya pengurus baharu pasukan kebangsaan negara itu.