PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan bersama Kementerian Belia dan Sukan akan memeterai Kod Sukan Selamat minggu depan bagi memastikan ekosistem sukan yang selamat untuk pelajar, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Beliau berkata kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang bermula 15 Julai nanti.
"Kod itu untuk memastikan ekosistem yang selamat untuk anak-anak bersukan dan ruang yang lebih mengikat dalam konteks memastikan mereka dilindungi termasuk gangguan seksual, buli, pengantunan dan sebagainya," katanya kepada media selepas melancarkan Takwim Kejohanan MSSM 2023 di sini hari ini.
Fadhlina berkata kod itu adalah berdasarkan kod Olimpik yang merangkumi aspek etika, perlindungan, peranan ibu bapa dan komuniti sukan serta akses membuat aduan sekiranya terdapat kes melibatkan gangguan seksual dan buli.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2023

Fadhlina Sidek (dua, kanan) menerima baju sukan pada Majlis Pelancaran Takwim Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2023 di Auditorium Kompeks F hari ini. - Bernama
Korea Selatan akan bangunkan ChatGPT sendiri
Korea Selatan akan membangunkan model ChatGPT tersendiri untuk bersaing dalam pembangunan kecerdasan buatan (AI) global.
Usah perlekeh protokol 'Chinese wall', benteng pemisah maklumat
KWSP mengekalkan tahap profesionalisme dan tadbir urusan yang tinggi dalam pengurusan dengan mengamalkan protokol Chinese Wall.
Kerajaan tidak pernah pinggir TVET pertanian, jamin terus perkasa
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertanian tidak pernah dipinggirkan, sebaliknya kerajaan memberi jaminan TVET bagi bidang itu akan terus diperkasakan.
Orang ramai dipelawa hadir sesi pendengaran awam
Orang ramai dan pihak-pihak berkepentingan dipelawa untuk sama-sama hadir pada sesi pendengaran awam prosiding peningkatan bayaran Premium Insurans kesihatan/Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan Awam anjuran Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) di bangunan Parlimen pada Jumaat.

Selangor jamin tiada unsur budaya songsang dalam penganjuran SUKMA 2026
Selangor memberi jaminan tiada sebarang unsur promosi atau normalisasi budaya songsang seperti LGBT sepanjang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
46 Panel GP skim perubatan madani dikesan langgar LOA, tuntutan RM2 juta
Sebanyak 46 panel pengamal perubatan am di bawah Skim Perubatan MADANI ditamatkan perkhidmatan selepas dikesan melanggar terma LOA yang melibatkan nilai tuntutan RM2 juta.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Hakim, semua pihak terlibat lawat lokasi kejadian
Hakim dan semua pihak terlibat dalam perbicaraan kes pengabaian dihadapi ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matin melawat lokasi kejadian kanak-kanak autistik itu ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai pada 6 Disember 2023.
"Beri Menteri jawab dahulu..." - Timbalan YDP
"Bukan soal tak berani. Saya anjurkan kepada Kota Bharu, sabarlah," jelas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Menteri KDN berkata demikian ketika YB Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan cuba mencelah pada sesi pergulungan perbahasan.
Menteri KDN berkata demikian ketika YB Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan cuba mencelah pada sesi pergulungan perbahasan.
Proses e-waste haram: PDRM, JAS rampas RM3.8 bilion e-waste
PDRM dengan kerjasama JAS menumpaskan kegiatan memproses sisa elektrik dan elektronik (e-waste) secara haram di seluruh negara melibatkan nilai rampasan berjumlah RM3.8 bilion bagi tempoh 1 Jan 2024 hingga 17 Feb 2025.

Kilang e-waste lebur peluru proksi warga China
Seramai empat individu termasuk seorang wanita ditahan bagi membantu siasatan berkaitan penemuan kira-kira 50 tan peluru dan kelongsong dalam serbuan di kilang e-waste haram.

19 kes berkaitan keselamatan atlet selesai - Hannah
Sebanyak 38 kes berkaitan keselamatan atlet diterima sejak 2021 menerusi inisiatif Kod Sukan Selamat di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

KBS tidak lulus peruntukan GPS, DSK jika enggan patuh Kod Sukan Selamat
Penganjuran sesebuah acara yang telah diluluskan turut dibatal jika diketahui ada penglibatan syarikat tembakau, rokok elektronik dan alkohol.

Kod Sukan Selamat: Tiada lagi isu disembunyikan 'bawah karpet' - ISN
ISN mempunyai peranan sebagai pihak yang beri kesedaran kepada atlet, jurulatih dan pihak berkepentingan menerusi program pendidikan awam.

Enggan insiden ibu bapa 'serang' pengadil berulang, Kod Sukan Selamat diperluas - Hannah
KBS akan memastikan pelaksanaan Kod Sukan Selamat diperluas ke peringkat akar umbi dalam usaha mewujudkan persekitaraan sukan yang selamat dan harmoni.

Kod Sukan Selamat pastikan ekosistem sukan yang selamat
Kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang bermula 15 Julai nanti.

KBS, MSN bangunkan kod sukan selamat
Kod itu bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual di semua peringkat termasuk pusat latihan sukan.