PENGAMBILALIHAN Newcastle United yang ditunggu-tunggu sejak sekian lama akhirnya dimeterai selepas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menerima jaminan bahawa kelab itu tidak akan dikendalikan oleh Arab Saudi.
Langkah itu menyaksikan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi (PIF) mengambil alih 80 peratus kepentingan kelab itu, lantas mengakhiri pemilikan Mike Ashley selama 14 tahun sementara PCP Capital Partners milik Amanda Staveley dan RB Sports & Media pula masing-masing menguasai 10 peratus saham.
Ashley, tokoh yang tidak popular dalam kalangan peminat Newcastle, telah lama berusaha untuk menjual kelab itu dan akhirnya menerima tawaran sesuai yang dilaporkan bernilai £305 juta (RM1.7 bilion) pada tahun lalu.
Bagaimanapun, tawaran itu, yang disokong oleh PIF dan diketuai ahli perniagaan wanita Britain, Staveley, terencat berikutan gagal mendapat persetujuan EPL.
Perselisihan antara Ashley, bakal pemilik baru dan pengelola liga itu terus berlegar dan hampir diheret ke mahkamah timbang tara sukan pada Januari 2022.
Ia disebabkan kekhuatiran mengenai peranan Arab Saudi dalam PIF.
Namun, isu cetak rompak di antara Arab Saudi dan penyiar EPL yang berpangkalan di Qatar, beIN Sports, yang reda melancarkan proses pengambilalihan kelab itu.
Penjualan itu disahkan malam tadi dalam satu kenyataan daripada EPL.
"EPL, Kelab Bola Sepak Newcastle United dan St James Holdings Limited pada Khamis telah menyelesaikan perselisihan mengenai pengambilalihan kelab oleh konsortium PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media," menurut kenyataan itu.
"Perselisihan undang-undang membabitkan entiti mana yang akan dimiliki atau memiliki kemampuan untuk mengendalikan kelab selepas pengambilalihan ini telah selesai.
"Semua pihak telah bersetuju bahawa penyelesaian ini diperlukan untuk mengakhiri ketidakpastian yang membelenggu peminat berhubung hak milik kelab sejak sekian lama.
"EPL menerima jaminan sah bahawa Kerajaan Arab Saudi tidak akan mengendalikan Kelab Bola Sepak Newcastle United.
"Semua pihak dengan senang hati telah menyelesaikan proses ini bagi menawarkan kepastian dan penjelasan kepada Newcastle United dan peminat mereka."
Gabenor PIF, Yasir Al-Rumayyan, akan berfungsi sebagai ketua bukan eksekutif Newcastle, Staveley akan mempunyai tempat dalam ahli lembaga pengarah sambil Jamie Reuben akan bertindak sebagai pengarah.
Astro Arena
Fri Oct 08 2021

EPL, Kelab Bola Sepak Newcastle United dan St James Holdings Limited pada Khamis menyelesaikan perselisihan mengenai pengambilalihan kelab oleh konsortium PIF, PCP Capital Partners dan RB Sports & Media. - Foto Astro ARENA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

EPL: Newcastle gagal saingi fizikal Manchester City
Omar Marmoush melengkapkan hatrik dalam tempoh 14 minit separuh masa pertama, manakala jaringan James McAtee menutup kekalahan berat itu.

Piala EFL: Arsenal tersungkur di tangan Newcastle
Jaringan Jacob Murphy dan Anthony Gordon sudah cukup untuk membawa mereka ke Wembley dengan agregat 4-0.

Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.

Manchester City seri dua kali berturut-turut
Perlawanan menyaksikan Erling Haaland gagal menjaringkan gol buat kali pertama untuk The Citizens musim ini.

Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai
Manchester United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baharu.

Slot Eropah kembali gamit Newcastle United
Kemenangan itu menjelmakan semula harapan skuad kendalian Eddie Howe apabila mendaki tangga keenam liga.

Arteta terlepas hukuman
Arteta sebelum ini didakwa menyifatkan keputusan untuk tidak menolak jaringan Anthony Gordon dalam kekalahan 0-1 Arsenal sebagai memalukan.

Piala EFL: Erik ten Hag tekad terus berjuang untuk Manchester United
Erik ten Hag berikrar bahawa dia adalah seorang pejuang selepas Manchester United kecundang 0-3 di tempat sendiri dalam Piala Liga Inggeris (EFL) kepada Newcastle United.

Piala EFL: Balas dendam bukan agenda Newcastle United jumpa Man Utd
"Emosi kami hanya cuba mempersiapkan dri untuk memenangi satu demi satu perlawanan dan kami mahu ke suku akhir"- Pengurus Newcastle United

EPL: West Ham rasa teraniaya
Mohammed Kudus masuk sebagai pemain gantian untuk jaringan EPL sulungnya - seminit sebelum tamat permainan.