SEREMBAN: Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata penganjuran SUKMA ke-21 dari 17 hingga 24 Ogos itu akan berlangsung di sembilan daripada 12 bahagian di Sarawak iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.
Beliau berkata persiapan SUKMA ke-21 ketika ini berjalan lancar, dengan ada fasiliti sukan baharu yang dalam pembinaan dijangka siap pada Jun ini, di samping pelaksanaan kerja-kerja naik taraf beberapa venue sukan lagi.
"Perkara yang perlu diperhalusi adalah logistik, membabitkan pergerakan kontinjen negeri-negeri yang terlibat pada SUKMA ini (bagi memastikan ia) dapat berjalan dengan baik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Kunjungan Hormat Jawatankuasa Induk SUKMA dan Para SUKMA ke-21, sempena Promosi SUKMA dan Para SUKMA Sarawak 2024 keatas Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah dan dan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka Datuk Kalsom Nordin.
Abdul Karim berkata pada masa ini infrastruktur jalan raya di Sarawak bertambah baik, termasuk lebuh raya Pan Borneo yang hampir seratus peratus siap.
Semalam media melaporkan temasya SUKMA Sarawak bakal menjadi yang terbesar dalam sejarah penganjurannya dengan melibatkan lebih 12,000 atlet, mengambil bahagian dalam 37 acara sukan yang dipertandingkan.
Sementara itu Aminuddin berkata Negeri Sembilan menyertai 30 daripada 37 acara yang akan dipertandingkan dalam temasya SUKMA kali ini dengan penyertaan kontinjen yang mengandungi 500 orang, termasuk sekretariat, pasukan perubatan, pengurus pasukan, jurulatih dan atlet.
"Bagi SUKMA kali ini, kita meletakkan sasaran ranking di bawah 10 kontinjen terbaik, dengan sasaran pingat emas melebihi 19. Saya berharap kontinjen negeri dapat membuktikan kemampuan, berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan," katanya dan menambah kontijen Negeri Sembilan akan bertolak ke Sarawak secara berperingkat mulai 8 Ogos ini.
Beliau berkata antara acara disertai adalah akuatik, skuasy, badminton, boling, berbasikal, wushu, bola keranjang, sofball, tenis dan bola sepak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
![Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714044624_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga, kiri) menyerahkan cenderahati kepada Exco Pembangunan Belia Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Melaka VP Shanmugam (empat, kanan). - Foto BERNAMA
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724301672_PencakSilatSukanM.jpg)
Sukma 2024: Polis buka kertas siasatan insiden di gelanggang silat
Polis membuka satu kertas siasatan berkaitan insiden membaling objek dipercayai botol air ke dalam gelanggang saingan acara silat Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Stadium Bandaraya Miri, semalam.
![Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714481462_TBSUKMA.jpg)
Skuad Sepak Takraw Kelantan sasar satu pingat pada SUKMA Sarawak
Skuad Sepak Takraw Kelantan meletakkan sasaran sekurang-kurangnya satu pingat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak Ogos depan.
![Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718192548_TBNIZAMMARJUGI.jpg)
Sukma 2024: Selangor optimis capai kedudukan tiga teratas
Selangor turut meletakkan sasaran memenangi 13 hingga 15 peratus daripada keseluruhan 488 pingat emas yang dipertandingkan.
![Atlet memanah diberi tempoh dua minggu jawab isu doping - NAAM Atlet memanah diberi tempoh dua minggu jawab isu doping - NAAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/71475659583_archeryarcherarr.jpg)
Atlet memanah diberi tempoh dua minggu jawab isu doping - NAAM
Namun, sehingga kini badan induk sukan itu tidak boleh menyatakan nama atlet tersebut dan warna pingat yang diperoleh di Sukma Sarawak Julai lepas.
![Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/41460732651_doping.jpg)
Empat atlet Sukma Sarawak positif ujian doping
Empat pemenang pingat Sukma Sarawak didapati positif menggunakan bahan terlarang.
![Selangor juara Sukma 2016, namun Hafiz Jantan akan diingati Selangor juara Sukma 2016, namun Hafiz Jantan akan diingati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469941067_Sukma.jpg)
Selangor juara Sukma 2016, namun Hafiz Jantan akan diingati
Hasrat Sarawak untuk menjulang juara keseluruhan edisi Sukma kali ini dipintas Selangor dengan perbezaan dua pingat emas dalam saingan penuh dramatik.
![Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467332896_SukmaSarawak.jpg)
Atlet Sukma Sarawak maut kemalangan
Mangsa Muhammad Syafiq Halias, 15, yang menunggang motosikal jenis Honda bersama rakannya yang juga pembonceng Muhammad Syafiq Hasnan, 15, sedang dalam perjalanan untuk menghadiri latihan.
![Persiapan penuh Sukma Sarawak bermula hari ini Persiapan penuh Sukma Sarawak bermula hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467332896_SukmaSarawak.jpg)
Persiapan penuh Sukma Sarawak bermula hari ini
Ini termasuk memastikan urusan kemudahan penginapan dan pengangkutan atlet sepanjang temasya dari 22 hingga 31 Julai depan akan berjalan lancar.