KOTA BHARU: Kelantan United (KUFC) mengambil pendekatan berbeza pada jendela perpindahan sebelum pusingan kedua saingan Liga Premier musim ini, apabila tidak membuat sebarang rombakan terhadap kesebelasan utama pasukan.
Ketua jurulatih KUFC Syamsul Saad berkata langkah mempertaruh barisan pemain sedia ada juga diambil, kerana tidak mahu bergelut dengan masalah hutang sekiranya membawa masuk pemain bertaraf 'bintang' menyertai pasukan.
"Saya sedar majoriti pasukan lain membuat rombakan, tetapi saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada.
"Kita sedar kemampuan kewangan pasukan dan cuba untuk belanja sekadar yang mampu, bagi mengelak bergelut untuk membayar gaji di kemudian hari," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Jendela perpindahan kedua Liga Malaysia 2022 bermula dari 28 Mei hingga 24 Jun.
Selepas sembilan perlawanan pusingan pertama Liga Premier, KUFC berada pada kedudukan kelima liga apabila mengumpul 15 mata hasil empat kemenangan, tiga seri dan dua kekalahan.
Mengulas lanjut, jurulatih kelahiran Perak itu berkata biarpun tidak dibarisi pemain 'bintang', pasukan itu tetap menetapkan sasaran untuk layak ke Liga Super musim depan.
"Misi kami pada pusingan kedua nanti tetap sama, biarpun tanpa pemain 'bintang' kita akan berikan peluang kepada anak negeri yang tidak mendapat tempat dalam mana-mana pasukan utama Liga Premier dan Liga Super, untuk beraksi dengan KUFC.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 23 2022

"Saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada," kata Syamsul.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.

Liga Super: Akinade, Shahril sah sertai KUFC
Kelantan United FC (KUFC) hari ini mengumumkan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade dan bekas penjaga gol Kedah Shahril Saa'ri menyertai pasukan itu untuk menghadapi baki saingan Liga

Liga Super: Selangor kenduri gol benam Kelantan United 7-1
Penyerang import dari Colombia, Ayron del Valle muncul wira skuad Gergasi Merah pada aksi di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Pemain kebangsaan Filipina, Jose Elmer sertai KUFC
Jose Elmer Porteria bakal memperkuatkan skuad Kelantan United FC (KUFC) selepas menandatangani kontrak selama semusim bersama pasukan berkenaan.

KUFC tidak bawa masuk pemain 'bintang', elak bergelut masalah hutang
"Saya yakin dalam usaha kita memperkuat pasukan adalah penting juga, untuk kita menghargai dan menjaga bakat pemain sedia ada."

Kelantan United berdepan masalah kecederaan pemain utama
Masalah itu memberi tekanan kepada barisan kejurulatihan untuk merancang strategi serta memperbaiki beberapa kelemahan pemainnya.

Melaka United bangkit tiga kali ikat Kelantan United di Kota Bharu
Gol pertama KUFC hadir pada minit ke-22 menerusi sepakan deras import dari Jepun Yuki Tanigawa dari luar kotak penalti.

Liga Premier: Nazrulerwan kecewa keputusan seri KUFC
Pasukannya melepaskan dua gol mudah menerusi dua sepakan percuma di kawasan sendiri selepas pemain hilang tumpuan.

Kes Gaduh: KUFC ambil tindakan tegas ke atas Gassama, Muhammad Asraff
Tindakan itu susulan kedua-dua pemain tersebut terlibat dalam pergaduhan, sehingga dikenakan kad merah.

Motoyama tiba di Malaysia
Pemain import Kelantan United FC Masashi Motoyama yang juga bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun tiba di sini, pada Sabtu.

KUFC pertaruh pelatih muda dari Jepun
Keputusan pasukannya menandatangani kontrak selama setahun dengan Akira Higashiyama berdasarkan prestasinya membimbing pasukan Kuching FA (Kuching City) musim lalu.