KAJANG: Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata skuasy akan dipertandingkan buat julung kalinya di pentas berprestij dunia itu, justeru skuad skuasy negara yang menjadi sandaran untuk membawa pingat emas pertama sukan tersebut perlu membuat persiapan rapi.
"Kita sekarang sedang berbincang dengan pasukan skuasy mengenai khidmat tambahan yang mereka perlukan sama ada latihan di sini ataupun di luar negara.
"Kita sedang berbincang dengan SRAM (Persatuan Raket Skuasy Malaysia) juga untuk pastikan mereka buat persediaan dari sekarang dan hasrat mereka semua adalah untuk membawa balik pingat emas Olimpik pertama untuk skuasy," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program Projek Reben Kuning peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2024 di Penjara Wanita Kajang, di sini hari ini.
Menerusi inisiatif Road To Gold (RTG)- Fast Track, terdapat empat pemain skuasy negara tersenarai dalam program berkenaan iaitu Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman.
Selain atlet skuasy, dua penerjun muda negara iaitu Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold disenarai dalam program RTG-Fast Track.
Ditanya mengenai keselamatan kontinjen Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 susulan pergolakan politik yang berlaku di Perancis, Hannah memberi jaminan keselamatan mereka menjadi keutamaan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Beliau berkata KBS sudah membuat persiapan dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) juga sentiasa berhubung dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) berhubung perkembangan di Paris.
"Keselamatan atlet dan kontinjen, termasuk staf-staf sokongan yang pergi itu merupakan keutamaan kepada kita.
"Jadi kita akan sentiasa mendapat maklumat daripada MOM dan IOC. Kita dah buat persiapan dan telah diberikan taklimat. Kita harap semuanya berjalan lancar," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Hannah berkata skuad skuasy negara yang menjadi sandaran untuk membawa pingat emas pertama sukan tersebut perlu membuat persiapan rapi. - Gambar fail/Bernama

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.

Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.

Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.