KUALA LUMPUR: Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepas secara rasmi layak ke ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Pemangku Timbalan Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata langkah itu akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Beliau berkata Nurul Izzah Izzati, yang mengesahkan penampilan sulungnya dalam Sukan Olimpik Paris 2024 dari 23 Julai hingga 11 Ogos ini dalam acara keirin dan pecut boleh memaksimumkan keupayaannya dengan sokongan dan latihan yang betul.
" Saya tidak akan memberi tekanan kepadanya untuk Sukan Paris. Ini penampilan pertamanya jadi kami perlu lebih praktikal dan dia masih mempunyai banyak potensi.
" Penyertaannya di bawah Program Fast Track akan menjadi sangat baik. Walaupun dia mungkin bukan pencabar pingat (di Paris), dia perlu dimasukkan di bawah program itu kerana tumpuan kita sepatutnya empat tahun ke depan, bukannya dua bulan (ke Paris)," katanya kepada Bernama pada Selasa.
Amarjit berkata walaupun pelumba itu tidak menyerlah pada penampilan pertama di Kejohanan Piala Negara-Negara UCI 2024 di Milton, Kanada, minggu lalu apabila menamatkan saingan di tempat kelapan acara kerin namun berjaya layak ke temasya Olimpik.
Pencapaian dua emas masing-masing dalam acara kerin dan 500 meter ujian masa pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di New Delhi Februari lalu turut membantu beliau dalam proses kelayakan ke Paris 2024.
Terdahulu, Amarjit mengumumkan bahawa Nurul Izzah Izzati, bersama-sama jaguh berbasikal trek lelaki Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Muhammad Shah Firdaus Sahrom telah melayakkan diri secara rasmi ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Majlis Sukan Negara (MSN) telah memulakan Program Fast Track RTG dengan misi mewujudkan atlet muda dan berbakat berumur antara 16 hingga 25 tahun yang berpotensi untuk memenangi pingat emas di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Pemain skuasy Ng Eain Yow, S. Sivasangari, Aifa Azman dan Aira Azman serta penerjun Bertrand Rhodict Lises dan Enrique Maccartney Harold telah disenaraikan dalam program Fast Track RTG.
Sementara itu, Presiden Majlis Olimpik Malaysia (OCM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengucapkan tahniah kepada trio berbasikal trek atas kelayakan mereka untuk Paris 2024.
"Saya percaya dengan pengalaman dan tekad mereka, kedua-dua Azizulhasni dan Shah Firdaus akan melakukan yang terbaik bagi menyumbang pingat untuk Malaysia.
"Manakala bagi Nurul Izzah, pelumba muda masa depan kita, saya gembira dia berjaya layak. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terbaik kepada mereka dalam persediaan mereka menjelang Olimpik," katanya dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 23 2024

Amarjit berkata langkah itu akan membantu mengembangkan sepenuhnya potensi pelumba berusia 21 tahun itu untuk mencabar pelumba terbaik dunia pada Sukan Olimpik LA28. - Foto fail/BERNAMA
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Selamat tinggal Paris 2024, jumpa di Los Angeles 2028
Temasya Sukan Olimpik Paris 2024 melabuhkan tirai dengan penuh gemilang malam tadi selepas 19 hari aksi sukan bertaraf dunia.

Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.

Rexy belum fikir mahu tinggalkan BAM
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky belum memikirkan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

KBS penuhi permintaan pemain skuasy program Fast Track LA28
Permintaan itu termasuk bantuan kejurulatihan khusus, peralatan latihan dan pemulihan selain perkhidmatan sokongan perubatan dan sains sukan.

Bintang skuasy meningkat naik, Sanjay mahu 'bersinar' di LA28
Sanjay Jeeva sasar untuk bertanding pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) iaitu penampilan pertama sukan itu dalam temasya sukan terbesar dunia tersebut.

Norza mahu taekwondo tamat kemarau Olimpik di LA28
Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).

LA28: Nurul Izzah Izzati wajar disenaraikan dalam progran Fast Track RTG - Amarjit
Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM) percaya pelumba trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri harus disertakan dalam program Fast Track di bawah inisiatif Road to Gold (RTG) selepa

Speedy Tigers perlu lebih pendedahan tahap tinggi - Arul
Arul berkata pemain perlu biasakan diri beraksi dalam tekanan menentang pasukan gergasi menerusi perlawanan berintensiti tinggi.

MOM minta flag football bentang hala tuju ke LA28
MOM meminta agar sukan flag football untuk membentangkan peta hala tuju jika berhasrat untuk mewakili negara ke Sukan Olimpik LA28.

LA28: MOM sambut baik lima acara sukan baharu di Sukan Olimpik Los Angeles 2028
MOM memuji keputusan Lembaga Eksekutif IOC untuk menyokong penambahan lima sukan baharu dipertandingkan di temasya Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).