KEPALA BATAS: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan pertemuan bersama pihak penganjur sukan permotoran, pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) serta Pesuruhjaya Sukan minggu hadapan.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata pertemuan itu
bagi membincangkan secara terperinci isu penganjuran perlumbaan drag di litar SIC yang didakwa gagal memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sehingga dikenakan tindakan kompaun.
Reezal Merican berkata, secara peribadinya beliau kesal dengan insiden yang berlaku dan berharap pihak penganjur akan lebih peka dalam memastikan semua penonton yang hadir mematuhi SOP yang ditetapkan.
Reezal Merican berkata insiden itu tidak sepatutnya berlaku selepas pihak KBS berhempas pulas meyakinkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membolehkan sesuatu penganjuran kejohanan atau aktiviti sukan diadakan ketika pandemik COVID-19 ini.
BACA: SIC pastikan pelanggaran SOP tidak berulang
BACA: Penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 gagal patuhi SOP
Bagaimanapun beliau menghargai sikap penganjur yang sanggup tampil ke depan serta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut.
"Saya mengharapkan ini sebagai satu pengajaran dan saya telah mengarah pengurusan kanan KBS untuk memanggil pihak penganjur minggu depan bersama pihak SIC dan juga Pesuruhjaya Sukan yang mengeluarkan arahan agar melihat semula, kerana saya tidak mahu insiden berulang.
"Saya hendak supaya ia diketatkan, dalam masa sama saya hendak mengajak rakyat dan penggiat sukan mari kita jaga, kita tunjuk contoh. Saya selalu mengatakan mereka yang menjadi pencinta sukan adalah pematuhan SOP paling tinggi, kita jaga sukan kita," katanya.
Dalam pada itu, Reezal Merican berkata beliau optimis insiden yang berlaku di Sepang itu sebagai kes terpencil dan ia tidak akan mempengaruhi penganjuran sukan lain buat masa ini.
Ini kerana terdapat banyak lagi penganjuran program atau aktiviti sukan lain yang kadar pematuhan SOPnya tinggi.
Beliau berkata demikian pada sidang media bagi mengulas isu penganjur sukan permotoran dikompaun RM20,000 selepas gagal memastikan penjarakan fizikal ketika menganjurkan perlumbaan drag di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Imran Abd. Rahman, berkata penganjur dikesan melakukan kesalahan aktiviti dengan kehadiran ramai di suatu tempat sehingga menyukarkan untuk melaksanakan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan.
Reezal sebelum itu menyampaikan Sumbangan Ihya Ramadan kepada Masjid dan Surau dalam Parlimen Kepala Batas, Pulau Pinang pada Sabtu.
Dewi Nur Harasha Alias
Sat Apr 10 2021
![Langgar SOP: KBS dapatkan penjelasan penganjur, SIC dan Pesuruhjaya Sukan Langgar SOP: KBS dapatkan penjelasan penganjur, SIC dan Pesuruhjaya Sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616142604_ReezalMericanNaina.jpg)
Reezal Merican berkata, secara peribadinya beliau kesal dengan insiden yang berlaku dan berharap pihak penganjur akan lebih peka. - Gambar fail
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
![Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738772325_AnwarIbrahim.jpg)
Lawatan Mirziyoyev perkukuh hubungan Malaysia-Uzbekistan - PM Anwar
Anwar turut menzahirkan keyakinan bahawa lawatan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.
11 terbunuh, lima cedera tembakan di pusat pendidikan di sweden
Sekurang-kurangnya 11 terbunuh dalam kejadian tembakan di pusat pendidikan Risbergska, Orebro Sweden pada Selasa.
AS hantar pesalah migran ke Guantanamo Bay, Trump perluas kem tahanan
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat membawa migran yang ditahan telah mendarat di Guantanamo Bay, Cuba pada Selasa.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
Menurut pegawai tenteranya, Presiden Donald Trump merancang untuk menggunakan pangkalan tentera laut di Cuba bagi menempatkan puluhan ribu migran yang ditahan.
![Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734309467_ReezalMericanNaina.jpg)
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 dapat sokongan padu daripada organisasi utama
Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), yang akan berlangsung dari 17-19 Dis mendapat sokongan padu daripada penaja dan rakan strategik utama.
![MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723037638_ReezalMericanNaina.jpg)
MATRADE sasar jualan eksport MIHAS@Dubai bernilai RM1 bilion
MIHAS@Dubai akan menjadi acara antarabangsa pertama di luar negara dengan penyertaan terbesar oleh syarikat Malaysia diterajui oleh MATRADE.
![MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643615356_TBMIHAS.jpg)
MATRADE sasar MIHAS 2024 jana jualan RM3.5 bilion
Reezal Merican berkata sasaran itu lebih tinggi berbanding jualan RM3.2 bilion yang berjaya dicapai pada MIHAS 2023.
![Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723037638_ReezalMericanNaina.jpg)
Pensijilan halal bantu perluaskan produk dan perkhidmatan ke peringkat antarabangsa - MATRADE
Pensijilan halal memainkan peranan kritikal bagi memperluaskan pasaran produk tempatan ke peringkat antarabangsa.
![Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723037934_ReezalMericanNain.jpg)
Perjuangan atlet di Paris bakar semangat MATRADE perkukuh eksport negara
Reezal Merican berkata beliau ingin lihat semangat juang seperti yang dipamerkan barisan atlet negara diterapkan di MATRADE.
![Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.
!['Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel' 'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710466445_ReezalMericanNaina.jpg)
'Dua tahun tak cukup buat persiapan Sukan Komanwel'
Katanya, tempoh dua tahun merupakan satu masa yang singkat buat negara untuk membuat persiapan menganjurkan temasya besar tersebut.
![Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61699394020_ReezalKADIN.jpg)
Malaysia tawar khidmat kepakaran pemain industri untuk pembangunan Nusantara
Satu memorandum persefahaman akan dimeterai dengan Kadin mengenai penerokaan pelbagai bidang baharu berkaitan digital dan teknologi.
![Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698552408_QPRStadium.jpg)
Stadium QPR kini dikenali MATRADE Loftus Road Stadium
Stadium QPR iaitu Loftus Road kini dinamakan MATRADE Loftus Road Stadium berkuatkuasa sehingga musim 20252026.
![Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691928825_DatukSeriReezal.jpg)
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.