KUALA LUMPUR: Setelah menjadi teka-teki selama hampir sebulan, akhirnya persoalan peminat bola sepak tanah air mengenai hukuman ke atas Selangor FC akibat enggan menghadirkan diri dalam perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 10 Mei lalu terjawab juga.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, Ahli Lembaga Pengarahnya secara sebulat suara memutuskan agar pasukan bimbingan Nidzam Jamil itu dikenakan denda sebanyak RM100,000.
Ia berkata, denda tersebut akan disumbangkan kepada badan kebajikan yang akan diputuskan pada satu tarikh kemudian.
Tidak cukup dengan itu, Selangor FC juga akan dikenakan pemotongan tiga mata, manakala pampasan kerugian akan ditanggung secara bersama antara Selangor FC dan JDT.
“MFL akan mengumpul maklumat dan kos yang dikemukakan oleh JDT dan Sekretariat MFL sebelum diserahkan kepada Selangor FC untuk semakan dan perbincangan selanjutnya,” katanya lagi.
Pada 9 Mei lepas, MFL mengumumkan perlawanan sumbangsih membabitkan Selangor FC dan Johor JDT bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada Jumaat ini di Stadium Sultan Ibrahim terpaksa dibatalkan, susulan keputusan Selangor FC untuk tidak hadir ke perlawanan berkenaan.
Pada 16 Jun lepas, suasana emosi menyelubungi Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat kali pertama di situ sejak insiden disimbah asid awal bulan lepas.
Pengendali Selangor Nidzam Jamil berkata, kehadiran pemain berusia 26 tahun itu yang lebih dikenali sebagai Faisal Halim tidak dijangka dan mengejutkan pemain dan barisan kejurulatihan.
Nidzam menyifatkan kehadiran pemain kebangsaan yang lebih mesra disapa Mickey itu mencetuskan inspirasi pasukan yang berjaya mara ke peringkat suku akhir Piala FA 2024/2025 selepas menjinakkan Negeri Sembilan 4-0 pada aksi pusingan pertama di Stadium MBPJ, semalam.
Serangan asid yang hampir melumpuhkan semangat Gergasi Merah itu, disifatkan sesuatu yang luar biasa dan tidak pernah terjadi sebelum ini, selain menimbulkan kebimbangan terhadap nasib pemain yang lain.
Ia turut mendapat perhatian bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa pihak berkuasa untuk melipatgandakan usaha mereka dalam mencari dalang serta motif sebenar di sebalik kejadian tersebut.
Dalam pada itu, MFL mengumumkan Perlawanan Liga Super (LS14) melibatkan Selangor FC menentang JDT di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya akan dimainkan tanpa penonton.
“Operasi perlawanan ini akan dilaksanakan dengan kerjasama antara MFL dan Selangor FC dengan syarat kemasukan wakil-wakil terpilih kedua-dua kelab yang akan diselaraskan untuk kehadiran pada hari perlawanan,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Tue Jun 25 2024
![Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata Liga Super 2024/2025: Selangor FC didenda RM100,000, hilang tiga mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41718273416_TBFAISAL.jpg)
Sudah jatuh ditimpa tangga, nasib malang Selangor FC dilihat berganda selepas Faisal Halim direhatkan dan didenda RM100,000 oleh Malaysian Football League. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Dia perlu kuat, kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim Dia perlu kuat, kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41735781128_KetuajurulatihSela.jpg)
"Dia perlu kuat," kata jurulatih Selangor kepada Faisal Halim
Katsuhito Kinoshi menasihati Faisal harus menjadi lebih kuat daripada kebiasaannya bagi mendapatkan momentum terbaiknya kembali di atas padang.
![Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733903087_TBFAISALHA.jpg)
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
![Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Kes Faisal Halim: Selangor mungkin guna undang-undang jika tiada keputusan siasatan
Selangor tidak menolak kemungkinan menggunakan saluran undang-undang sekiranya tiada sebarang keputusan daripada siasatan kes serangan asid ke atas pemain Selangor FC, Faisal Halim.
![Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41722740023_FaisalHalim.jpg)
Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
"Pasukan ini mempunyai kepakaran dan peralatan bantuan yang lebih baik bagi mengenal pasti dan menangkap suspek yang terlibat."
![Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732336858_FaisalHalim.jpg)
Polis tidak pernah henti siasat kes simbah asid Faisal Halim - KPN
Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim.
![Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721721561_faisalhalim.jpg)
Selangor belum terima maklum balas perkembangan kes Faisal Halim
Kerajaan negeri belum menerima apa-apa maklum balas daripada pihak polis berhubung perkembangan siasatan kes membabitkan pemain Selangor FC Muhammad Faisal Halim.
![ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728015340_TBLigaJuara.jpg)
ACL2: Faisal Halim gembira raih minit perlawanan paling lama sejak serangan asid
Faisal Halim berbesar hati selepas membuat debut ketika membantu Gergasi Merah meraih kemenangan pertama dalam kempen ACL2 2024/25, semalam.
![ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41727992401_TBSelangorFC.jpg)
ACL2: Selangor raih kemenangan pertama di pentas Asia selepas lapan tahun
Kemenangan tipis itu membolehkan skuad bimbingan Nidzam Jamil mengutip tiga mata pertama dalam saingan Kumpulan H ACL2 2024/25.
![Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru? Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725158133_FaisalHalim.jpg)
Faisal Halim jatuh cinta dengan hobi baru?
Dalam satu video yang tular di media sosial, Faisal sedang melakukan 'strike' selepas umpan terkena seekor ikan.
![Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725010158_tbFaisalHalim.jpg)
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.