FLORENTINO Perez menegaskan tujuan utama Liga Super Eropah (ESL) ditubuhkan adalah demi menyelamatkan bola sepak selepas idea pembentukan kejohanan itu menerima kritikan tanpa henti sejak diumumkan.
Liga Super mencetuskan spekulasi hangat apabila melancarkan laman sesawangnya Ahad lalu dengan Perez dipilih sebagai ketua pertandingan baru.
Madrid termasuk gergasi LaLiga, Barcelona dan Atletico Madrid dan enam kelab utama Liga Perdana Inggeris (EPL) -- Manchester United, Liverpool, Chelsea, Manchester City, Tottenham dan Arsenal -- serta Juventus, Milan dan Inter telah bersepakat untuk menjadi anggota asas yang akan memanfaatkan keuntungan jangkaan awal sebanyak €3.5 bilion (RM17.3b).
Begitupun, Perez menjelaskan kepada El Chiringuito TV bahawa dia bercita-cita lebih tinggi mengenai aksi di atas padang berbanding sifat tamak.
"Kelab-kelab terbesar di England, Itali dan Sepanyol telah menemui jalan keluar untuk situasi yang sangat sukar dalam bola sepak ini," katanya.
"Dalam tempoh dua musim ini Real Madrid telah kerugian €400 juta (RM1.9b) dan itu Real Madrid sahaja.
"Apabila anda hanya menjana pendapatan daripada televisyen, anda akan memahami jalan keluarnya adalah dengan menjadikan sesuatu kejohanan itu lebih kompetitif dan menarik yang boleh disaksikan dilihat di seluruh dunia.
"Kami memutuskan iaitu pada pertengahan minggu, bukannya ketika Liga Juara-Juara (UCL) berlangsung untuk mengadakan lebih banyak perlawanan Liga Super.
"Bola sepak harus berkembang. Minat terhadapnya semakin pudar. Kita harus memikirkan mengapa kanak-kanak berusia 16-24 tahun mula hilang minat. Ada perlawanan berkualiti buruk yang disajikan selain pelantar hiburan yang lain.
"Kami harus menjadikannya lebih menarik. Ini bukan sesuatu untuk orang kaya. Kami melakukan ini demi menyelamatkan bola sepak."
Perez menepiskan kritikan bahawa liga itu dianjurkan secara tertutup apabila hanya membenarkan lima pasukan layak secara merit untuk melengkapkan 20 pasukan di samping 15 kelab pengasas.
Dia juga tidak gusar seandainya Madrid, Chelsea dan Manchester City disingkirkan dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, atau Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mahupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melarang pemain Liga Super daripada mengambil bahagian dalam kejohanan antarabangsa.
"Setiap pemain perlu bertenang kerana itu tidak akan berlaku," katanya.
"Real Madrid tidak akan diusir daripada UCL. Begitu juga City dan yang lain-lain.
"Ia tidak akan berlaku. Saya tidak mahu menggunakan alasan undang-undang tetapi ia tidak akan berlaku. Secara sahnya ia tidak mungkin."
Walaupun terdapat permusuhan bersejarah di antara Madrid dan Barcelona, Perez mengatakan mudah untuk meyakinkan presiden Camp Nou yang baru dipilih, Joan Laporta, untuk mengambil bahagian dalam projek ini.
Dia menambah: "Perlawanan membabitkan kelab besar adalah yang paling menarik, mereka menghasilkan banyak wang. Saya tidak fikir yang perlawanan lebih kecil akan menjadi lebih menarik.
"Ada kejohanan kebangsaan yang bahkan tidak diketahui namanya. Jadi bola sepak tidak dapat dikembangkan lagi"
Astro Arena
Tue Apr 20 2021

Kain rentang dipasang di luar Stadium Liverpool membantah pembentukan ESL, di Liverpool, England, 19 April, 2021. (Foto AP)

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Ronaldo bakal tinggalkan Al Nassr
Menurut laporan media Eropah, Presiden Real Madrid, Florentino Perez telah menawarkan Ronaldo peranan sebagai duta di kelab itu.

Kakak Ronaldo tempelak bos Real Madrid
Katia turut membidas Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang menolak untuk mendapatkan kembali khidmat kapten Portugal itu kerana dianggap sudah berusia.

Liga Super Eropah: Kami mahu selamatkan bola sepak, kata Florentino Perez
Liga Super mencetuskan spekulasi hangat apabila melancarkan laman sesawangnya Ahad lalu dengan Perez dipilih sebagai ketua pertandingan baru.

Bekas presiden Real Madrid akhirnya dedah punca pemergian Ronaldo dan Zidane
Ramon Calderon mendakwa presiden Real Madrid, Florentino Perez adalah punca bermulanya 'badai' yang melanda Santiago Bernabeu ketika ini.

Ronaldo pecah rahsia Real Madrid mahu ganti Navas dengan Courtois
Presiden Real Madrid Florentino Perez dikhabarkan tidak suka dengan Keylor Navas dan mahu dia segera meninggalkan kelab itu.

Kalau dah tak main bola, saya nak main filem - Cristiano Ronaldo
Bagi Ronaldo jika tidak lagi menjadi pemain bola satu ketika nanti, dia mahu beralih angin ke bidang filem.