KUALA LUMPUR: Seramai lima atlet para menerima Anugerah Khas Paralimpik yang diperkenalkan buat julung kali sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya Sedunia Peringkat Kebangsaan 2021.
Kesemua atlet para berkenaan menerima pengiktirafan itu atas pencapaian mereka yang berjaya meraih pingat pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, baru-baru ini.
Anugerah itu diterima oleh tiga atlet para iaitu Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting), Cheah Liek Hou (badminton) dan Abdul Latif Romly (lompat jauh), yang telah memenangi pingat emas bagi acara sukan masing-masing pada temasya itu.
Anugerah Khas Paralimpik turut diberikan kepada dua atlet para yang merangkul pingat perak pada Paralimpik Tokyo iaitu Jong Yee Khie (powerlifting) dan Chew Wei Lun (boccia).
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan anugerah itu kepada atlet berkenaan pada Majlis Malam Kasih Orang Kurang Upaya (OKU) Keluarga Malaysia di sini malam tadi.
Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dan Presiden Persatuan OKU Sental Senator Datuk Ras Adiba Radzi.
Sementara itu, Anugerah Ibu Bapa Mithali OKU diberikan kepada Gustin Jenang, 54, bapa kepada Bonnie dan pengiktirafan kategori ini bagi menghargai jasa dan pengorbanan ibu bapa atau penjaga dalam menjaga anak OKU, seterusnya berjaya menyumbang kepada pemerkasaan golongan istimewa itu di Malaysia.
Pada majlis itu, lima kategori anugerah lain turut disampaikan kepada beberapa penerima yang terdiri daripada pertubuhan, majikan, badan korporat, agensi kerajaan, serta individu yang kreatif dalam menghasilkan sesuatu ciptaan khas buat golongan OKU.
Antara kategori itu ialah Anugerah Pencapaian Dasar Satu Peratus OKU dalam Perkhidmatan Awam yang diberikan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; Kementerian Perpaduan Negara; Kementerian Pertahanan; dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kesemua kementerian berkenaan menerima pengiktirafan tersebut kerana berjaya memastikan lebih ramai OKU diberi ruang dan peluang untuk bekerja dalam sektor awam.
Selain itu, tiga Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) iaitu Seri Malindo, Melaka; Miri, Sarawak; dan Wakaf Tapai, Terengganu; menerima Anugerah Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cemerlang bagi menghargai usaha dan komitmen daripada aspek pengurusan, pentadbiran, pemulihan, pembelajaran, latihan dan penempatan pekerjaan pelatih PDK.
Bagi Anugerah Majikan Prihatin (swasta) pula diberikan kepada QSR Brands (M) Holdings Bhd; Lotuss Stores (M) Sdn Bhd; Perusahaan Saudee Sdn Bhd; Extramil Export Industry Sdn Bhd dan The Famous Amos Chocolate Chip Cookie Corp (M) Sdn Bhd.
Pengiktirafan terhadap lima syarikat itu merupakan penghargaan dalam memberikan sokongan padu sebagai majikan, untuk menggajikan golongan OKU melalui perkhidmatan 'Job Coach' yang disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 03 2021
Abdul Latif, Liek Hou dan Bonnie menerima Anugerah Khas Paralimpik malam tadi. - Gambar fail
[EKSKLUSIF] “Saya masih ada, cuma jauh dari dunia hiburan…” – Mazuin Hamzah
Buat kali pertama selepas lebih 30 tahun menyepi dari publisiti media, Mazuin beri peluang kepada Astro AWANI mewawancara beliau.
AWANI Ringkas 12 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Februari 2025
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
1️⃣ Kerajaan pertingkatkan usaha
2️⃣ Belajar daripada Singapura
3️⃣ Pelan Washington ambil alih Gaza
#awaniringkas
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
Raja Jordan titah pemindahan perubatan 2,000 kanak-kanak Gaza
Langkah ini merupakan sebahagian daripada respons kemanusiaan Jordan terhadap krisis di Gaza.
Lima cabaran dan peluang ekonomi belia Malaysia: Apa yang perlu diketahui?
Pasaran kerja Malaysia semakin dinamik, namun cabaran seperti ketidaksepadanan pekerjaan, hala tuju pendidikan, dan kebergantungan kepada pelaburan asing terus memberi kesan kepada golongan muda.
“Tidak ada diskrminasi sama ada wanita mahupun lelaki” - Adly
Timbalan Menteri Pertahanan berkata kenaikkan pangkat anggota wanita terbuka berdasarkan keupayaan dan peningkatan pengetahuan yang akan memberi jaminan kepada peningkatan dalam tugas dan juga pangkat anggota wanita tersebut.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Tiada diskriminasi, sentiasa ada peluang untuk anggota wanita ATM naik pangkat
Adly Zahari berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina.
PM Anwar mahu iPayment diperluas ke semua kementerian, jabatan menjelang Mac
Penyampaian perkhidmatan menggunakan sistem tersebut perlu dipercepatkan agar rakyat dapat segera menikmati manfaat.
Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,550 orang
Timbalan Menteri Pertahanan berkata Jumlah keseluruhan anggota wanita yang berkhidmat didalam ATM seramai 9,950 orang sehingga 31 Dis 2024
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
“Kerajaan juga sentiasa komited menghantar anggota dan pasukan khusus melibatkan anggota wanita dalam misi penting”Katanya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.
Bantuan bulanan JKM RM1,000 akan dilaksanakan segera - Perdana Menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin beri jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang.