PENJAGA gol Perancis, Hugo Lloris, mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa dalam usia 36 tahun pada Selasa.
Kapten Les Bleus itu berkata, dia mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama ahli keluarganya.
Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod.
Dia membuat penampilan sulung antarabangsanya pada 2008, bermain di Kejohanan Euro pada 2012, 2016 dan 2020 serta Piala Dunia 2010, 2014, 2018 dan 2022.
Penjaga gol Tottenham Hotspur itu juga mengetuai Perancis memenangi Piala Dunia 2018 sebelum sekali lagi membawa Les Bleus ke final Qatar 2022 sebelum ditewaskan Argentina.
"Ada masanya anda perlu tahu bagaimana untuk menyerahkan tampuk. Saya selalu berkata berulang kali bahawa pasukan Perancis bukan milik sesiapa, dan kita semua perlu memastikan perkara itu berlaku, saya dahului....
"Saya rasa pasukan sudah bersedia untuk meneruskan. Ada juga penjaga gol yang sudah bersedia seperti Mike Maignan.
"Saya lebih suka keluar pada kemuncak daripada menunggu kegawatan. Terdapat juga pilihan keluarga, saya rasa perlu meluangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak-anak," katanya kepada L'Equipe.
Bersama-sama Piala Dunia 2018, Lloris turut memenangi Liga Negara-Negara 2021 dan membimbing Perancis ke perlawanan akhir Euro 2016.
Sementara itu, Pengendali Perancis, Didier Deschamps berkata, Lloris bersara pada kemuncaknya biarpun masih mempunyai tempat dalam skuad kebangsaan, namun meminta para penyokong The Bleus menghormati keputusan tersebut.
"Seorang pemain hebat buat pasukan Perancis sebelum mengambil keputusan mengakhiri karier antarabangsa dan saya ingin memberi penghormatan kepada kerjayanya yang luar biasa.
"Di luar semua rekod yang bakat dan profesionalismenya membolehkannya dipecahkan, melangkaui peranan penting yang dimainkannya dalam kemenangan terbesar pasukan Perancis, Hugo adalah seorang yang luar biasa pada tahap pencapaian manusia.
"Merupakan satu keseronokan dan penghormatan untuk saya menjadi jurulatihnya. Saya berharap semua jurulatih mempunyai pemain seperti dia untuk dilatih. Hugo mempunyai rasa hormat dan terima kasih saya. Saya doakan dia bahagia," kata Deschamps.
Sejak 2012, Lloris telah bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham, yang juga kapten.
Beliau sebelum ini beraksi untuk kelab Ligue 1 Perancis, Nice dan Olympique Lyonnais. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jan 10 2023

Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod. - Foto fail/Stadium Astro
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

Lloris umum persaraan
Lloris membuat rekod 145 penampilan untuk Perancis dari 2008-22, mengetuai pasukan sebanyak 121 kali, yang juga satu rekod.

Piala Dunia Qatar: Kekalahan Perancis umpama perlawanan tinju - Lloris
Menurutnya, Argentina lebih bernasib baik kerana mampu tampil cemerlang di penentuan penalti berbanding pasukannya.

UNL: Lloris gesa pengkritik usah persoal Griezmann
Persembahan Griezmann menjadi bualan sejak 15 bulan terakhir selepas dia menyempurnakan perpindahan daripada Atletico Madrid ke Barca.

Kejam kalau Liverpool tidak ditabalkan juara - Lloris
Pasukan asuhan Jurgen Klopp itu menguasai puncak saingan dengan kelebihan 25 mata sebelum musim ini ditangguhkan sejak Mac lalu ekoran pandemik COVID-19.

Mourinho berdepan rekod tanpa kemenangan terburuk
Dua gol daripada Marcel Sabitzer, dibantu dengan kesilapan penjaga gol Spurs, Hugo Lloris, Leipzig jelas pasukan yang lebih baik dalam penentuan ke suku akhir itu.

Kecederaan Lloris beri kesan besar kepada Tottenham - Pochettino
Kapten Spurs, Lloris, diberikan oksigen sebelum diusung keluar dari padang ketika babak awal pertemuan di Stadium Amex.

Kubu stadium baru Tottenham runtuh 'dihentak' Hammers
Tottenham tumbang di stadium baru kepada seteru London, West Ham sekali gus mengugat misi kekal dalam kelompok empat terbaik EPL.

Kane puji kebangkitan Spurs
Skuad kendalian Mauricio Pochettino hampir tewas buat kali ketiga dalam tempoh lapan hari selepas berdepan Burnley dan Chelsea, sementara Arsenal mendahului permainan menerusi jaringan Aaron Ramsey.

Pochettino malas layan khabar angin dikaitkan ke Real Madrid
Khabar angin yang hangat mengaitkan Madrid dengan bekas pengurus Espanyol itu timbul pada hujung minggu ketika kelibat Julen Lopetegui di Madrid semakin diragui.

Tewaskan Messi jadi titik tolak buat Perancis dalam Piala Dunia - Lloris
Perjuangan juara Piala Dunia itu mungkin berakhir dalam pusingan 16 ketika mereka ketinggalan 1-2 kepada finalis edisi 2014, Argentina.