PASUKAN lelaki negara hanya selangkah lagi untuk mempertahankan gelaran apabila mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) selepas menewaskan Jepun 3-1 pada perlawanan separuh akhir di sini hari ini.
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15 pada perlawanan yang berlangsung di Pusat Konvesyen Setia City di sini.
Momentum kejayaan itu diteruskan pasangan pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila bangkit untuk menewaskan Akira Koga-Taichi Saito 15-21, 21-17, 21-10.
Bagaimanapun pemain perseorangan Leong Jun Hao yang dilihat bersemangat tidak melepasi halangan Koki Watanabe apabila dibenam 21-19, 12-21,19-21 dalam masa 88 minit perlawanan.
Kehadiran Goh Sze Fei-Nur Izzudin Nur Rumsani kembali menceriakan kem negara apabila sekali lagi menjadi penyumbang mata kemenangan dalam masa 54 minit perlawanan ke atas Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura 21-15, 21-19.
Esok, Malaysia akan berhadapan perlawanan getir bertemu China pada jam 4 petang, selepas negara tembok besar itu mengalahkan Korea Selatan 3-2 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.
Pada edisi dua tahun lalu yang berlangsung di venue sama, skuad negara berjaya muncul juara buat kali pertama selepas mengatasi Indonesia 3-0 di pentas final.
Dalam pada itu, perlawanan akhir wanita pula menyaksikan India dan Thailand akan melakukan perhitungan jam 10 pagi esok.
India menyingkirkan Jepun 3-2 dan Thailand menewaskan Indonesia 3-1 pada aksi separuh akhir.
Sementara itu, Zii Jia yang terpaksa direhatkan kerana masalah resdung pada aksi suku akhir menentang Taiwan semalam memaklumkan beliau masih belum mencapai tahap kecergasan seratus peratus hari ini.
Pemain berusia 26 tahun itu bagaimanapun berkata sokongan peminat tempatan telah menaikkan semangatnya untuk berjuang menyumbang mata berharga buat pasukan negara.
"Bukan 100 peratus hari ini tapi kita tidak mahu berlaku macam semalam. Selagi keadaan baik, saya pasti mahu beraksi di final," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 17 2024
![Malaysia selangkah pertahan kejuaraan BATC selepas tewaskan Jepun Malaysia selangkah pertahan kejuaraan BATC selepas tewaskan Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707924078_LeeZiiJia.jpg)
Lee Zii Jia memulakan kempen negara dengan baik apabila menyumbang mata pertama dengan mudah menewaskan Kenta Nishimoto, 21-18,21-15. - Gambar fail
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51738022974_feidin.jpg)
Fei-Din jadi model jenama pakaian antarabangsa
Juara Terbuka India itu mendapat durian runtuh selepas Lee Zii Jia turut diperkenalkan untuk sebuah jenama pakaian tempatan.
![Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732098065_LeeZiiJia.jpg)
Lee Zii Jia sah tidak sertai Terbuka India, Masters Indonesia
Lee Zii Jia tidak akjan menyertai Kejohanan Terbuka India dan Kejohanan Masters Indonesia yang akan berlangsung bulan ini.
![Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734056718_tbLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia terpaksa tarik diri dari Terbuka Malaysia minggu depan
Lee Zii Jia menarik diri daripada pembukaan musim Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2025 di Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Axiata Arena, Bukit Jalil, pada Selasa ini.
![Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735114179_yeoh.jpg)
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
![Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734588712_TBHannahYeoh.jpg)
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia, permohonan maaf memadai - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menyifatkan pemohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai.
![Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734056718_tbLeeZiiJia.jpg)
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
!['Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik' 'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734094222_TBZiiJia.jpg)
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
![Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734155559_TBZiiJia.jpg)
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
![Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734094222_TBZiiJia.jpg)
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
![Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734056718_tbLeeZiiJia.jpg)
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia