KUALA LUMPUR: Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek memuji semangat melawan barisan pemain muda negara biarpun ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia di pusingan suku akhir kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark, semalam.
Malah, Rashid menyifatkan sebenarnya Indonesia yang dipaksa bekerja keras pada pertembungan itu sebelum mengesahkan tempat ke separuh akhir dengan kejayaan 3-0.
Katanya, ia menunjukkan barisan pemain muda negara yang kurang pengalaman beraksi pada kejohanan berintensiti berjaya memberikan tentangan yang sengit sekali gus tewas dengan melawan dan bermaruah.
"Saya nampak kalah itu bukan kalah yang senang, kebanyakan kalah itu mereka kalah betul-betul. Mereka bagi semangat yang tinggi dan main bermati-matian.
"Kita tahu pemain kita rata-ratanya masih muda dan pertama kali beraksi pada Piala Thomas jadi kita tidak boleh meletakkan jangkaan tinggi untuk kalahkan Indonesia," katanya ketika ditemui pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan BT Bina Group Sdn Bhd di sini, hari ini.
Rashid yang merupakan sebahagian daripada skuad yang menjulang Piala Thomas buat kali terakhir untuk negara pada 1992 di Kuala Lumpur berkata, persembahan ditampilkan di Aarhus itu memberikan petanda yang positif menjelang edisi Piala Thomas selepas ini.
Pada aksi suku akhir, Malaysia bermula langkah kiri apabila Zii Jia tewas 15-21, 17-21 kepada pemain nombor lima dunia, Anthony Sinisuka Ginting, manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik kalah 17-21, 16-21, 15-21 kepada gandingan nombor satu dunia Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo.
Juara 13 kali Indonesia mengesahkan kemenangan menerusi Jonatan Christie yang menewaskan Ng Tze Yong 14-21, 21-19, 21-16, dan bakal bertemu Denmark esok dalam misi menamatkan kemarau pingat selepas kali terakhir muncul juara pada 2002.
Sementara itu, mengulas mengenai prestasi dua 'ubi muda' Tze Yong, 21, dan Leong Jun Hao, 22, di Aarhus, Rashid berkata, kedua-duanya mempunyai potensi yang besar untuk dimajukan.
"Mereka ada bakat yang bagus dan semangat berjuang yang bagus...besar kemungkinan mereka akan menjadi pemain dalam kelompok 10 terbaik di dunia sekiranya mereka betul-betul berusaha dan berlatih dengan gigih untuk capai sasaran itu," katanya.
Dalam pada itu, majlis anugerah tersebut menyaksikan jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou dan Rashid sebagai jurulatihnya menerima durian runtuh apabila dihadiahkan sebuah kondominium mewah di sini, susulan kejayaan merangkul pingat emas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 baru-baru ini.
Ia disumbangkan BT Bina Group selaku pemaju hartanah, selain syarikat itu turut memberikan tajaan RM250,000 kepada setiap seorang setahun bagi tempoh sehingga 2024. - BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021

Legenda badminton negara, Datuk Rashid Sidek memuji semangat melawan barisan pemain muda negara biarpun ditunjukkan jalan keluar oleh Indonesia di pusingan suku akhir kempen Piala Thomas di Aarhus, Denmark, semalam. - Gambar fail BERNAMA

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri bantuan khas kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

PM Anwar arah KKDW segerakan, pantau rapi projek infrastruktur asas rakyat
Perdana Menteri mengarahkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah supaya menyegerakan projek-projek infrastruktur asas yang melibatkan kepentingan rakyat.

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.

Chong Wei berterima kasih kepada semua jurulatih yang membantu kerjayanya
Semua jurulatih itu bukan hanya menggilap kemahiran badminton bahkan membina keperibadiannya sehingga berjaya ke hari ini.

Rashid Sidek tarik balik perletakan jawatan
Bekas jaguh perseorangan negara itu akan kembali bertugas di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 1 Oktober ini.

Rashid curi tumpuan dengan perletakan jawatan
Perletakan jawatan Rashid Sidek mendapat pelbagai reaksi daripada semua pihak.