SHAH ALAM: Keputusan Selangor menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dibuat selepas mengambil kira manfaat yang bakal diperoleh melalui penganjuran temasya sukan dwitahunan berprestij itu.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata tawaran itu adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengangkat prestasi sukan serta keupayaan atlet negeri selepas kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998, iaitu 28 tahun lepas.
Beliau berkata penganjuran acara sukan yang dilangsungkan setiap dua tahun itu juga berpotensi mengangkat sektor pelancongan sukan yang merupakan satu daripada elemen penting dalam agenda pemerkasaaan ekonomi negeri.
"Selangor memiliki hampir semua kemudahan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa dan yakin melalui penganjuran SUKMA, kita mampu menjana ekonomi kepada negeri dan rakyat melalui kehadiran peminat sukan dari seluruh negeri dan juga dari Asia Tenggara.
"Atas faktor itu, kita melihat Selangor perlu ambil peluang penganjuran sukan berprestij ini untuk menjana ekonomi setempat.
"Dari segi penganjuran mungkin kita perlu mengeluarkan kos, tetapi kalau dilihat dari segi impak, ia sebenarnya amat bermanfaat dan memberi pulangan kepada negeri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bizmatch Mega PKNS di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.
Mohd Najwan berkata demikian ketika mengulas mengenai persediaan dan manfaat kepada Selangor selepas dipilih menjadi tuan rumah SUKMA 2026.
Khamis lepas, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memutuskan Selangor sebagai tuan rumah SUKMA 2026 selepas Selangor dilaporkan tampil menawarkan diri untuk mengelolakan kejohanan edisi ke-22 itu.
Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata penganjuran SUKMA memberi peluang kepada Selangor untuk menaik taraf kemudahan sukan sedia ada.
Beliau berkata pihaknya bersedia menjadikan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang kini dalam proses pembinaan sebagai venue utama SUKMA jika kemudahan moden itu dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.
"Kita harap pembinaan kompleks sukan ini dapat disiapkan mengikut jadual. Jika ia dapat disempurnakan dengan baik, kita boleh jadikan sebagai venue utama penganjuran majlis perasmian nanti," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata proses pembinaan semula Stadium Shah Alam yang dijenamakan sebagai KSSA berjalan lancar dan dijangka siap pada hujung 2026 seperti dijadualkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
Mohd Najwan berkata tawaran itu adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengangkat prestasi sukan serta keupayaan atlet negeri selepas kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998, iaitu 28 tahun lepas. - Gambar Bernama
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
AWAN Ringkas 31 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 31 Januari 2025
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
1️⃣ Tegakkan undang-undang antarabangsa
2️⃣ Pastikan kelancaran penyampaian bantuan
3️⃣ Pembebasan tebusan Hamas & Israel
#awaniringkas
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.
VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta
Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.