KUALA LUMPUR: Banyak lagi sasaran perlu dicapai oleh dua beregu negara lelaki walaupun mereka terpaksa melupakan dahulu Sukan Olimpik Paris 2024, kata jurulatih beregu lelaki Tan Bin Shen.
Beliau berkata kedua-dua beregu negara iaitu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun buat masa ini masih belum merangkul gelaran di kejohanan Super 500 dan Super 750 meskipun sudah bergelar atlet senior.
"Peluang (Olimpik) Sze Fei-Nur Izzuddin dan Wei Chong-Kai Wun sudah tidak ada tapi nanti ada Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Ningbo, China dari Selasa depan (9 April). Saya rasa walaupun tidak layak ke Olimpik masih banyak sasaran yang mereka perlu capai daripada asyik kalah seawal pusingan pertama," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Menurut Bin Shen, kedua-dua pasangan negara itu mempunyai keazaman yang tinggi untuk memenangi sesuatu perlawanan dan perlu mengekalkan mentaliti menang itu walaupun mengalami kekalahan.
"Saya nampak keinginan mereka mahu menang sebab sudah cuba sedaya upaya namun perlu terus baiki cara permainan," katanya.
Wei Chong-Kai Wun pernah muncul juara sebanyak tiga kali di Kejohanan Antarabangsa India Syed Modi 2022 (Super 300) dan Terbuka Taiwan edisi 2022 dan 2023 (Super 300) manakala Sze Fei-Nur Izzuddin memenangi Terbuka Amerika Syarikat 2023 (Super 300), Masters Kaohsiung 2023 (Super 100) dan Masters Abu Dhabi 2023 (Super 100).
Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 Aaron Chia-Soh Wooi Yik ketika ini menjadi satu-satunya beregu lelaki Malaysia mengesahkan tiket ke Paris secara tidak rasmi dengan berada di kedudukan kelima daripada kelompok lapan terbaik dunia dalam ranking kelayakan yang akan berakhir 28 April ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024

Menurut Bin Shen, kedua-dua pasangan negara itu mempunyai keazaman yang tinggi untuk memenangi sesuatu perlawanan dan perlu mengekalkan mentaliti menang itu walaupun mengalami kekalahan. - Gambar fail/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Pearly-Thinaah jatuh satu anak tangga, Soon Huat-Shevon Lai kini ranking ketiga dunia
Kemas kini terbaharu ranking badminton dunia menyaksikan beregu wanita utama negara, Pearly Tan dan M. Thinaah turun satu anak tangga.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Herry mahu lihat 'sisi baharu' Aaron-Wooi Yik di All England
Herry mengakui perubahan itu tidak boleh berlaku sekelip mata, memandangkan beliau memerlukan masa untuk melakukan transformasi.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

KBS rancang perkenal inisiatif pemindahan bakat sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam usaha memastikan perjalanan bakat dipupuk sejak usia muda tidak terhenti pada satu jenis sukan sahaja.

Sistem pemarkahan 21 mata sudah bagus, tak perlu ubah - Rexy
Katanya, BWF sepatutnya memikirkan perkara yang lebih penting berbanding hanya menukar sistem pemarkahan untuk menjadikan sukan itu lebih kompetitif.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Jom kita kurang 'mengular' dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.

'Ini semua salah faham' - Ini penjelasan Arif susulan didakwa seleweng wang di Kanada
Pada Isnin, tular dakwaan terhadap Arif yang didakwa melakukan penyelewengan wang mencecah nilai RM200,000 ketika berkhidmat Kanada.

Tonjol peningkatan ketara, dua finalis Masters Indonesia perbaharui ranking dunia
Man Wei Chong-Tee Kai Wun, menghampiri kelompok 10 terbaik dunia apabila naik satu anak tangga di tempat ke-12.