SEPANG: Mekanik Melayu pertama dalam Kejohanan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP), Habibtullah Mohamad Fuad tidak melihat masalah komunikasi sebagai batu penghalang untuk membina kerjaya cemerlang bersama pasukan RNF MotoGP Team.
Mula bersama RNF MotoGP Team musim lepas, Habibtullah, 37, berkata kerjayanya menuntut beliau untuk memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris malah bahasa Sepanyol dan Itali.
Bapa kepada tiga orang anak itu berkata ini kerana kebanyakan rakan sekerjanya di hentian pit merupakan warganegara Sepanyol dan Itali.
"Dahulu saya tak tahu langsung berbahasa Itali namun sejak tahun ini saya tahu serba sedikit memandangkan jurutera saya dari sana.
"Bagi Bahasa Sepanyol pula, saya sudah berinteraksi (dalam bahasa Sepanyol) selama lapan tahun memandangkan saya pernah bersama krew pasukan dari Sepanyol dalam kancah Moto2 sejak 2014," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Ujian Musim Sejuk MotoGP 2023 di sini, semalam.
Ditanya bagaimana mula bergelumang dalam dunia permotoran, Habibtullah atau lebih dikenali Habib berkata beliau sememangnya dibesarkan dalam keluarga yang meminati sukan itu.
"Ayah saya merupakan pelumba motorcross, dari situ saya sudah terpengaruh dengan dunia permotoran. Saya menjadi mekanik sejak umur 14 tahun lagi dalam satu perlumbaan di Batu Tiga, Shah Alam dan dari situlah segalanya bermula," katanya.
Beliau berkata minat dan kerjaya dalam dunia permotoran menyebabkan beliau terpaksa berkorban masa dengan keluarga kerana jadual yang padat sepanjang tahun.
"Sebanyak 21 perlumbaan perlu ditempuhi tahun ini, kalau ikutkan masa memang tak banyak bersama keluarga. Nasib baik ada teknologi panggilan video untuk ubat rindu kepada mereka," katanya.
Anak kelahiran Parit Buntar, Perak itu berpesan kepada golongan muda yang berminat untuk bekerja di belakang tabir sukan permotoran, khususnya untuk berada dalam dunia MotoGP, agar tidak berputus asa dalam mengejar impian.
Mengenai cabaran musim ini, beliau mengakui masih lagi menyesuaikan diri dengan enjin Aprilia yang digunakan pasukannya musim ini berbanding Yamaha pada musim lepas.
Kesemua pelumba dan pasukan akan terlibat dalam ujian dua hari di Autodromo Internacional do Algarve, Portimao, Portugal pada 11 dan 12 Mac ini, dengan perlumbaan pertama musim 2023 berlangsung di litar sama dua minggu kemudian (24-26 Mac).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 12 2023

Habibullah ditemui pemberita ketika Ujian Pra Musim MotoGP 2023 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), 12 Feb 2023. --fotoBERNAMA

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

Mekanik Melayu di MotoGP, Habib tak kekok berbahasa Sepanyol, Itali
Kerjayanya menuntut beliau memahami dan bertutur bukan sahaja dalam bahasa Inggeris malah bahasa Sepanyol dan Itali.