IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, terserah kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) untuk mengendalikan kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
Menurutnya, sebagai menteri, beliau memberi ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk membuat sebarang tindakan mengenai isu berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, tindakan itu mestilah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
“Bukan hanya kebijaksanaan, pengurusan PJS juga mesti mengikut dan berlandaskan kepada peraturan yang ada,” katanya ketika ditemui selepas majlis pecah tanah projek naik taraf sebahagian Jalan Tambun di Dewan Badminton X - Treme Park, Bandar Sunway, Tambun di sini, hari ini.
Pada Ahad, Presiden PAFA, Datuk Mohd Azhar Jamaluddin berkata, PJS perlu memberi maklum balas segera berhubung notis aduan rasmi yang dihantar ahli-ahli gabungan PAFA pada 9 Disember lepas bagi menyelesaikan kemelut melanda badan induk bola sepak negeri ini.
Menurut Azhar, ini kerana, ia dapat meleraikan segala kekusutan yang wujud sekali gus memberikan pengesahan mengenai pihak yang mempunyai hak untuk menerajui PAFA.
Pada 24 Disember lepas, Pesuruhjaya Sukan, Ibrahim Mohd Yusof dalam satu laporan media memaklumkan pihaknya tidak membuat sebarang kenyataan dalam menentu atau mengiktiraf mana-mana pihak dalam menerajui PAFA.
Malah, PJS dalam kenyataan itu memaklumkan mereka masih belum menerima sebarang laporan mengenai Kongres Luar Biasa (EGM) 14 ahli gabungan PAFA pada 19 Disember lepas.
Mohd Azhar berkata, pihaknya juga menghantar permohonan Perintah Larangan terhadap PAFA kepada PJS pada 27 Disember lalu bagi memastikan tiada mana-mana pihak diberi kebenaran membuat sebarang keputusan atau tindakan berkenaan PAFA sehinggalah proses siasatan selesai dan keputusan PJS mengenai pihak yang sah untuk menerajui PAFA diterima.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 10 2022
![Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639658211_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA). - Gambar fail BERNAMA
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews
![Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689912299_KhairudinAbuHanipa.jpg)
Perak harap kemelut PAFA selesai tahun ini - Exco
Ia bagi membolehkan program pembangunan pemain, kejurulatihan dan kepengadilan dapat yang tertangguh, dapat diteruskan.
![Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51687332650_TBKhairudinAbuHani.jpg)
Jawatankuasa adhoc ditubuh urus tadbir PAFA sehingga AGM
Sebuah jawatankuasa adhoc akan ditubuhkan untuk mengurus tadbir Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sehingga mereka selesai mengadakan mesyuarat agung tahunan (AGM).
![Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670161161_TBKAHIRUDINABUHANAPI.jpg)
Isu penggantungan PAFA: Exco Perak mahu jumpa PJS dahulu
Perak akan mengadakan pertemuan dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) terlebih dahulu bagi menyelesaikan masalah Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang masih lagi digantung sejak Mac lalu.
![Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/81650666022_DatukSeriAhmadFai.jpg)
Pesuruhjaya Sukan diminta teliti, selesai masalah badan sukan
Antara badan sukan itu ialah Persatuan Bola Sepak Perak dan Persatuan Olahraga Selangor.
![Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646638213_PesuruhjayaSukanP.jpg)
Kemelut kepimpinan: PAFA digantung sehingga enam bulan
Kemelut kepimpinan dalaman yang melanda PAFA akhirnya mengakibatkan badan induk itu digantung sehingga enam bulan kerana berlaku ketidakpatuhan terhadap Perlembagaan persatuan.
![Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644759215_PERAKFA.jpg)
Bola sepak Perak: Muhammad Yadzan dakwa dirinya Presiden PAFA yang sah
Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Muhammad Yadzan Mohammad mendakwa dirinya merupakan presiden badan induk itu yang sah bagi penggal 2021 hingga 2025.
![Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71639658211_AhmadFaizalAzumu.jpg)
Menteri serah pada Pesuruhjaya Sukan selesai kemelut PAFA
Menteri Belia dan Sukan beri ruang kepada Pesuruhjaya Sukan untuk selesai kemelut yang melanda Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).
![Pemecatan ahli gabungan PAFA didakwa tidak sah Pemecatan ahli gabungan PAFA didakwa tidak sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637797389_GabunganPersatuanB.jpg)
Pemecatan ahli gabungan PAFA didakwa tidak sah
Pemecatan 12 ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) yang diumumkan semalam adalah tidak sah dan tidak mengikut perlembagaan persatuan.
![Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81631999864_perakfc.jpg)
Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II
Pembubaran memberi kesan kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus.
![PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/41591788217_DatukSeriAhmadFai.jpg)
PAFA terima peletakan jawatan Ahmad Faizal
Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bersetuju menerima peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Presiden persatuan itu.