PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan isu pembayaran gaji yang dikatakan sedang membelenggu pasukan Perak FC dan Perak FC II sejak dua bulan lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia mungkin menjejaskan pelesenan kelab kedua-dua pasukan bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan.
Beliau berkata pihaknya sedang menguruskan proses pelesenan kelab bagi musim 2022 yang bakal diketahui statusnya pada Jun depan.
"Saya berharap agar masalah pembayaran gaji bagi semua pasukan (Liga-M) tidak berlaku lagi," katanya pada sidang media semalam.
Terdahulu, Ab Ghani menghadiri majlis pemeteraian perjanjian penajaan antara MFL dan Pusat Pakaian Hari-Hari di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di sini.
Laporan media semalam mendakwa pengurusan kedua-dua pasukan berdepan masalah pembayaran gaji pemain sehingga menyebabkan mereka belum menerima gaji bagi Februari dan Mac.
Mengulas pindaan kalendar perlawanan Liga-M, Ab Ghani berkata ia merupakan komitmen yang diberikan pihaknya kepada FAM dan skuad Harimau Malaya bagi memastikan pasukan bimbingan Tan Cheng Hoe dapat melakukan persiapan sebaik mungkin untuk menghadapi cabaran di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.
Kalendar Liga-M 2021 dipinda bermula 23 April ini untuk memberi laluan kepada persiapan pasukan kebangsaan menghadapi saingan pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di UAE.
Sementara itu, Ab Ghani yang teruja dengan tajaan wang tunai berjumlah RM500,000 daripada Pusat Pakaian Hari-Hari bagi musim ini, menyifatkan ia sebagai inisiatif syarikat tersebut untuk membantu membangunkan bola sepak negara.
Pengarah Pusat Pakaian Hari-Hari Amilludin Latip pula percaya inisiatif tersebut mampu menarik lebih banyak pihak untuk turut serta memberi tajaan kepada MFL seterusnya mengembangkan arena sukan nombor satu Malaysia itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021
![MFL tidak terima laporan isu gaji pemain Perak FC, Perak FC II MFL tidak terima laporan isu gaji pemain Perak FC, Perak FC II](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617766929_DatukAbGhaniHassa.jpg)
Ab Ghani bercakap pada sidang media selepas pada majlis Memeterai Perjanjian Penajaan antara MFL dan Pusat Pakaian Hari Hari ketika di Wisma FAM, Kuala Lumpur, 6 April, 2021. --fotoBERNAMA
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
!['Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung' 'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71735514055_tbtidakmenerimagaj.jpg)
'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.
![Nafuzi harap isu tunggakan gaji pemain KDA FC diselesaikan segera Nafuzi harap isu tunggakan gaji pemain KDA FC diselesaikan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726881672_tbMohdNafuziMohdZ.jpg)
Nafuzi harap isu tunggakan gaji pemain KDA FC diselesaikan segera
Pemain Kedah Darul Aman harap isu tunggakan gaji diselesaikan segera bagi meningkatkan semangat menghadapi perlawanan seterusnya dalam Liga Super.
![Pemilik kelab Marcerra United ditahan ingkar bayar gaji RM1.4 juta Pemilik kelab Marcerra United ditahan ingkar bayar gaji RM1.4 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729083028_kelabMarcerraUnite.jpg)
Pemilik kelab Marcerra United ditahan ingkar bayar gaji RM1.4 juta
Ia membabitkan bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra United yang didakwa ingkar perintah mahkamah untuk membayar tunggakan gaji berjumlah RM1.4 juta.
![Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61728535419_TBKLFA.jpg)
Abdullah Sani janji selesaikan masalah gaji, jika terpilih Presiden KLFA
Beliau bertekad untuk memperbaiki kedudukan kewangan skuad warga kota, bagi memastikan pasukan itu bebas daripada isu tunggakan gaji.
![Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000 Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715160964_MFL.jpg)
Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.
![KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726739422_KDAFC.jpg)
KFA sentiasa berusaha bantu selesai isu kewangan KDA FC
Kerajaan Kedah sangkal dakwaan kononnya mengambil sikap lepas tangan dan tidak membantu KDA FC yang menghadapi masalah kewangan.
![Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721524622_tbZhafriYahya.jpg)
Zhafri Yahya sahkan tunggakan KWSP wujud, mohon pengurusan selesai cara baik
Sebelum ini, Sheikh Mohd Nasir berkata, kelab itu sudah kemukakan dokumen lengkap dan mustahil pihaknya melakukan keputusan yang salah.
![KL City terima dua bulan gaji minggu depan KL City terima dua bulan gaji minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720733348_PaoloJosue.jpg)
KL City terima dua bulan gaji minggu depan
Menteri Wilayah Persekutuan dan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan turut bantu selesaikan masalah pemain skuad warga kota.
![Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719036742_FahmiFadzil.jpg)
Pengurusan KLFA perlu adil, selesai isu tunggakan gaji - Fahmi
Fahmi telah sampaikan pandangannya kepada Setiausaha Agung kelab KL City namun terdapat beberapa perkara asas masih belum diselesaikan.
![Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718955753_Germany.jpg)
Mbappe tuntut tunggakan gaji RM506 juta daripada PSG
Mbappe memberikan notis rasmi kepada PSG untuk kelab itu melunaskan tunggakan gaji bernilai 85 juta pound yang masih belum dibayar.