SHAH ALAM: Persatuan Golf Malaysia (MGA) mengambil langkah signifikan dalam usaha membangunkan pelapis pemain golf kebangsaan dengan mengumumkan barisan pemain terpilih bagi Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan 2024/2025.
Pengerusi program itu Fauzi Mesran berkata senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa dan dedikasi terhadap sukan itu.
Beliau berkata Pasukan Elit itu menyenaraikan atlet yang telah meraih pencapaian penting dalam kerjaya mereka.
"Dalam kalangan pemain lelaki, Wan Danial Hafiz Wan Zain mengetuai dengan pencapaian mengagumkan termasuk Ranking Golf Amatur Dunia (WAGR) di tempat 671 dan kemenangan sebagai juara Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Bawah 18 Tahun (B-18) 2023.
"Pasukan itu turut disertai bintang meningkat naik seperti Muhammad Adif Haikal Md Hazan dan dan Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri," katanya ketika ditemui di Kota Permai Golf and Country Club di sini semalam.
Sementara itu bagi remaja wanita, Alya Afza Hazari, juara MSSM B-18 2023 antara yang menonjol bersama-sama Ngo Yi Belle dan Andrea Chin Yen Xing yang telah menunjukkan potensi luar biasa.
Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan:
Lelaki: Wan Danial Hafiz Wan Zain, Muhammad Adif Haikal Md Hazan, Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri, Muhammad Danial Muhammad Nazari, Lim Hao Yu, Ammer Aiman Mohd Fauzi, Ammar Aiman Mohd Fauzi, Mohamad Saiful Hakimi Mohamad Rosli, Anis Dylan Sinno, Joshua Lim Zhi Xing, Aiden Tai John Roberts, Felix Gan Yong Jun, Mohamad Danish Danial Md Jumat, Muhammad Afham Othman
Wanita: Alya Afza Hazari, Ngo Yi Belle, Andrea Chin Yen Xing, Nur Batrisyia Balqis Abdul Ghani, Nur Diana Syafiqah Abdullah, Siti Nur Husna Aina Abdul Karim Nast, Janice Kwan Yu Heng, Siti Nurfarah Fasha Mohamad Hasan, Amberly Zaira Zamri, Aarthi Ganesan, Nurlyana Yasmin Ruzkinain.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024

Fauzi berkata, Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja Kebangsaan 2024/2025 menyenaraikan atlet yang telah meraih pencapaian penting dalam kerjaya mereka. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiger Woods akui dirinya 'tidak kompetitif' sekembalinya beraksi
Woods akan bergandingan dengan anaknya, Charlie, di Kejohanan PNC di Orlando hujung minggu ini.

JIPS guna dron pantau warga PDRM main golf ketika bertugas
Pemantauan dan penyiasatan membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibuat menggunakan dron oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standards (JIPS) Bukit Aman.

Golf: Muhammad Afham tempah slot ke Piala Dunia Remaja 2025 di Florida
Atlet berusia 13 tahun itu menduduki tempat kedua pada Kejohanan Golf Remaja Thailand yang berlangsung pada Jumaat hingga Ahad lepas.

Trump selamat cubaan bunuh di Florida
Pegawai penguat kuasa undang-undang menyatakan, penembak bersembunyi di kawasan semak berhampiran sempadan padang golf.

SUKMA 2024: Wakil Sarawak Anson, Mirabel juara kejohanan golf
Anson Yeo Boon Xiang dan Mirabel Ting masing-masing dinobatkan juara bagi kategori lelaki dan wanita pada kejohanan golf SUKMA 2024.

Penampilan terbaik Gavin di Olimpik Paris 2024
Pemain berusia 30 tahun itu berkongsi kedudukan dengan Fabrizio Zanotti dari Paraguay.

MGA umum Pasukan Elit Program Pembangunan Remaja 2024/2025
Senarai tahun ini menampilkan 25 pemain berbakat besar berumur 13 hingga 18 tahun yang telah menunjukkan kemahiran luar biasa.

Jing Xuen ketuai cabaran negara di Piala QSC 2024
Ng Jing Xuen mengetuai cabaran negara di Piala Queen Sirikit (QSC) 2024, bersama dua pemain lain di Christchurch, New Zealand Mac depan.

Tiger Woods gemparkan dunia golf
Tiger Woods menarik diri selepas dia melakukan teed off di lubang ketujuh dengan penonton menyaksikan dia diiringi dari padang dengan kereta golf.

Pahang tubuh Akademi Golf Pahang Barat
Akademi itu yang dikelolakan MSP akan 'bertapak' di Padang Golf Raub, yang sedang dibaik pulih sebelum dibuka kepada umum tidak lama lagi.