KUALA LUMPUR: Jaguh bina badan negara Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah memberi bayangan akan bersara tahun depan, setelah 26 tahun berkecimpung dalam sukan itu.
Bercakap kepada Bernama pada Sabtu, beliau yang lebih mesra dipanggil Mike Mahen, mengakui niat untuk bersara sudah terdetik sejak tahun lepas, bagi memberi ruang kepada pelapis baharu namun menangguhkannya kerana 'dipujuk' oleh Persekutuan Bina Badan Malaysia (MBBF).
"Dalam hati ini, memang niat nak bersara kerana ikut usia, saya rasa saya atlet paling tua menang kejuaraan dunia dalam kategori terbuka, iaitu ketika berusia 50 tahun.
"Cukup semuanya saya sudah enam kali juara dunia dan Asia malah di Sukan SEA, saya sudah merasai pingat emas tetapi bila saya nyatakan hasrat kepada persatuan, mereka mohon saya kekal dan bertanding untuk tempoh dua tahun lagi sehingga 2025," katanya selepas menghadiri sesi Kopi, Sukan dan Aspirasi Bersama Atlet Negara pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Mike, bagaimanapun berkata beliau akan berbincang lebih lanjut dengan persatuan mengenai hasratnya itu dan sebarang keputusan akan diumumkan pada satu sidang media, berkemungkinan pada Februari atau Mac depan.
"Sebagai duta baru dilantik Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Tenggara untuk pembangunan bina badan dan kecergasan belia, sudah tentu saya juga mempunyai perancangan. Oleh itu, sebelum saya pergi ke luar negara untuk buat klinik, lebih baik saya berkhidmat dulu untuk negara sendiri," katanya.
Setelah melihat banyak bakat baharu yang berpotensi dalam sukan itu, Mike juga berhasrat mencurah bakti sebagai jurulatih kebangsaan, agar lebih ramai atlet muda dapat diketengahkan di persada dunia.
Sepanjang penglibatannya dalam sukan bina badan sejak berusia 24 tahun, Mike sudah memenangi hampir semua gelaran termasuk membolot gelaran juara dunia buat kali keenam di Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada awal November lepas.
Sebelum itu, beliau juga berjaya meraih gelaran juara Asia keenam di Nepal pada September dan mendapat pengiktirafan sebagai Atlet Terbaik Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100PLUS 2022 pada Ogos lepas.
Dalam perkembangan lain, atlet terjun wanita negara Cheong Jun Hoong yang mengumumkan persaraan tahun lepas berkata beliau kini lebih selesa meluangkan bersama keluarga, setelah sekian lama tidak dapat berbuat demikian berikutan komitmen tugas.
"Daripada maklum balas yang saya terima, ramai tidak menyangka sukan terjun ini bukanlah satu aktiviti mudah...saya beritahu mereka, saya banyak mengalami kecederaan, sebab itu mereka agak kasihan kepada saya," katanya.
Bekas juara dunia itu mengumumkan persaraannya secara rasmi pada Januari tahun lepas, setelah lebih dua dekad penglibatannya dalam sukan berkenaan sejak 1999.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023

Mike Mahen mengakui niat untuk bersara sudah terdetik sejak tahun lepas, bagi memberi ruang kepada pelapis baharu. - Foto fail/Stadium ASTRO

Veteran DAP, Kulasegaran tarik diri pemilihan parti
M Kulasegaran mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu bagi memberi laluan kepada kepimpinan baharu.

Man Tiger tidak mengaku cuba bunuh suami isteri
Suspek ditahan dalam tempoh 24 jam selepas kejadian dan mempunyai 27 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.
3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Tiga buah bas meletup, di Tel Aviv pada Khamis dalam kejadian yang didakwa oleh polis Israel sebagai serangan pengganas.
Inflasi Januari 2025, apa pendorong situasi dan prestasi terkini?
Untuk mengulas lanjut angka terkini inflasi ini, kita bersama Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Provost, Malaysia University of Science & Technology MUST.

Jabatan Kesihatan rampas gula-gula kenyal dijual dekat sekolah Mohamad Fahmi
JKN Pulau Pinang sedang siasat lebih lanjut keselamatan produk makanan itu, tindakan selanjutnya akan diselaras di peringkat ibu pejabat.

Bapa dakwa anak autistik didera di taska, ada kesan lebam
Seorang kanak-kanak autistik, didakwa menjadi mangsa dera di taska apabila bapanya menemukan kesan lebam yang besar pada belakang badan ketika ingin memandikan anak sulungnya itu.
'Nak beli baju raya, rancang kewangan terlebih dahulu' - Pakar
Masyarakat disaran untuk berbelanja secara berhemah dan tidak membiarkan perancangan kewangan mereka tersasar semata-mata kerana ingin memenuhi gaya hidup atau mengikut trend menjelang perayaan Aidilfitri.
[TERKINI] Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 - DOSM
Inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya. Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan hari ini mengenai keluaran Indeks Harga Pengguna (IHP), Januari 2025.

'Along Kubur' disambung reman empat hari
Perintah reman ke atas suspek dikeluarkan hingga 25 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB)1952.
AWANI Ringkas: Projek Bandar Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.

'Modal RM600,000, jual balik RM20,000'
Setakat ini, lebih 30 gimnasium sekitar Lembah Klang terpaksa ditutup di mana kebanyakan peralatan dilonggokkan di sebuah gudang di Seri Kembangan, Selangor.