KUALA LUMPUR: Pelumba muda Emil Idzhar Ezuan berada di landasan tepat untuk mengisi slot mewakili Malaysia beraksi pada perlumbaan Siri Dunia Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIM) MiniGP 2021 di Valencia, Sepanyol, bulan depan.
Ia susulan kejayaan pelumba berusia 14 tahun itu muncul sebagai pendahulu bagi dua pusingan pertama Siri Malaysia FIM MiniGP 2021 berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam, di Litar Kart Antarabangsa Sepang.
Emil Idzhar kini mengumpul 75 mata daripada keseluruhan empat perlumbaan pada kedua-dua pusingan pertama itu dengan baki dua lagi pusingan akan berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ini.
Bagaimanapun, kedudukan pelumba berasal dari Selangor itu belum cukup selesa apabila hanya dipisahkan lima mata di depan pencabar terdekat Farres Putra Mohammad Fadhill, 13, yang gagal mengutip sebarang mata pada perlumbaan terakhir selepas terbabit dalam kemalangan.
Kemalangan pada penghujung perlumbaan itu turut melibatkan seorang lagi pelumba Muhammad Farish Hafiy Farid Sezli, 13, sekali gus terlepas mengutip sebarang mata, namun masih berada dalam kelompok tiga pelumba terbaik dengan 56 mata.
Pada perlumbaan terakhir tersebut, Emil Idzhar cemerlang memanfaatkan insiden kemalangan untuk menjadi yang pertama melepasi garisan penamat dengan catatan masa 19 minit 28.673 saat manakala Muhamad Akif Abdullah di tempat kedua dan Muhammad Sharf Muhriz Noor Mohd Farhan ketiga.
Semangat juang tinggi ditonjolkan barisan pelumba muda sepanjang perlumbaan itu berlangsung mendapat pujian Setiausaha Agung Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) Muizz Azli yang berharap ia dapat dikekalkan dalam dua pusingan akan datang.
"MAM memuji ketahanan fizikal dan mental para pelumba muda bertanding, sentiasa positif walaupun diselangi beberapa insiden. Kami berharap semua dapat mengekalkan momentum, dedikasi dan komitmen mereka pada perlumbaan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada masa sama, Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang Sepang (SIC) Azhan Shafriman Hanif mengucapkan syabas kepada ZK Racing selaku penganjur dan MAM yang berjaya mengendalikan kejohanan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
"Saya lihat pematuhan SOP adalah sangat memuaskan, semua orang pakai pelitup muka, semua ada penjarakan fizikal dan semua jaga SOP ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Pengurus Pasukan ZK Racing Mohd Zulfahmi Khairuddin yang juga bekas pelumba Moto3 negara berkata insiden dalam perlumbaan memberi elemen positif kepada barisan pelumba muda yang masih dalam proses menimba pengalaman.
Siri MiniGP Malaysia 2021 disertai 13 pelumba berusia 10 hingga 14 tahun yang bersaing dalam kategori 160cc mengikut garis panduan dan format ditetapkan FIM dan tiga pelumba terbaik dipilih membawa cabaran Malaysia di Sepanyol.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 11 2021

pelumba berusia 14 tahun itu muncul sebagai pendahulu bagi dua pusingan pertama Siri Malaysia FIM MiniGP 2021 berlangsung selama dua hari dan berakhir semalam di Litar Kart Antarabangsa Sepang. - Bernama/SIC

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.

MiniGP: Peluang Emil dan Farres ke Valencia cerah
Emil Idzhar kini mengumpul 75 mata daripada keseluruhan empat perlumbaan pada kedua-dua pusingan pertama.