CHENGDU: Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah dengan mengakhiri kemarau 32 tahun negara bergelar juara Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bermula esok.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri telah mencabar pemainnya bahawa tidak mustahil untuk membawa pulang Piala Thomas dengan syarat mereka perlu mempamerkan semangat patriotik dan juang yang tidak berbelah bahagi sepanjang kejohanan yang diadakan di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.
Bagaimanapun, persiapan pasukan negara telah dibelenggu beberapa isu luar gelanggang melibatkan kem perseorangan lelaki termasuk kontroversi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dan ketiadaan Ng Tze Yong selepas belum pulih daripada kecederaan belakang.
Zii Jia sekali lagi mencuri tumpuan menjelang kejohanan apabila beliau sebelum ini menuntut bayaran 'hak imej' dan menarik diri daripada menyertai kem latihan pasukan negara selama seminggu di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.
Kini setelah pemain nombor 10 dunia itu sebahagian daripada pasukan negara, Piala Thomas menjadi peluang terbaik untuk beliau 'menutup mulut' pengkritiknya dengan memberikan segala yang beliau mampu bagi menyumbang mata berharga kepada Malaysia di Chengdu nanti.
Ini kerana berdasarkan fakta juara Seluruh England 2021 itu mampu menjadi taruhan paling selamat bagi negara ekoran kerapuhan kem perseorangan lelaki ketika ini.
Jika dilihat pada rekod Zii Jia dalam acara berpasukan sejak musim 2022, pemain berusia 26 tahun itu tidak mengecewakan apabila hanya kalah sekali sepanjang 18 perlawanan termasuk tiga kemenangan pada Piala Thomas 2022 di Bangkok, Thailand, sebelum Malaysia dinafikan kemaraannya oleh India, 3-2 dalam saingan suku akhir.
Mengiringi Zii Jia adalah bekas juara Remaja Asia 2017, Leong Jun Hao yang mungkin mengambil tanggungjawab sebagai perseorangan kedua diikuti oleh Cheam June Wei dan Justin Hoh.
Kekuatan sebenar Malaysia terletak pada segmen beregu yang diketuai oleh juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, naib juara Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan gandingan sedang meningkat naik Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian.
Dengan Wooi Yik sebagai ketua pasukan, Malaysia yang merupakan pilihan kelima dan lima kali juara, akan membuka kempen Kumpulan D dengan menentang Hong Kong pagi esok.
Kem perseorangan negara perlu berhati-hati terhadap ancaman yang mungkin ditimbulkan oleh Hong Kong kerana 'rahsia' Malaysia berada dalam genggaman bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Wong Choong Hann.
Kini berkhidmat sebagai jurulatih perseorangan lelaki Hong Kong, Choong Hann mungkin menggunakan kepakarannya untuk membantu pemain nombor 15 dunia Lee Cheuk Yiu serta Angus Ng Ka Long dan Jason Gunawan bagi menyekat Zii Jia dan rakan-rakannya.
Walaupun Malaysia mempunyai kelebihan menerusi beregu mereka, pasukan negara tidak boleh memandang rendah pengaruh seorang lagi bekas pemain beregu lelaki negara, Choong Tan Fook kerana di bawah bimbingannya Hong Kong berpotensi menemukan strategi untuk mengecewakan lawan mereka.
Meraih kemenangan ke atas Hong Kong penting bagi Malaysia melepasi peringkat kumpulan lebih awal kerana dijangkakan tiada masalah bagi mereka untuk mengenepikan saingan pemain muda Algeria pada Ahad ini, sebelum menutup tirai Kumpulan D dengan menentang juara 2016 dan jaguh Eropah, Denmark.
Di atas kertas, Denmark mungkin mempunyai kelebihan ke atas Malaysia dengan barisan pemainnya seperti nombor satu dunia Viktor Axelsen dan nombor empat dunia Anders Antonsen yang mewakili perseorangan lelaki, selain gandingan nombor empat dunia Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Dalam pada itu, sokongan kuat penyokong sendiri mampu membakar semangat pilihan utama, China untuk menjulang piala tersebut buat kali ke-11 selepas kali terakhir mereka bergelar juara pada 2018 di Bangkok mengalahkan juara bertahan, Jepun 3-1.
China, yang menurunkan barisan terkuat mereka termasuk perseorangan nombor dua dunia Shi Yu Qi dan nombor enam dunia Li Shi Feng serta juara beregu lelaki BAC yang baru dinobatkan, Liang Wei Keng-Wang Chang, akan menjadi pasukan yang perlu ditewaskan dalam Kumpulan A, yang turut menampilkan Korea Selatan, Kanada dan Australia.
Bagi Kumpulan B, tumpuan sudah tentunya kepada Jepun yang mengintai gelaran juara kedua sekali gus menjadi hadiah perpisahan istimewa buat Kento Momota selepas juara dunia dua kali itu mengumumkan persaraan daripada arena badminton antarabangsa selepas kejohanan di Chengdu ini.
Jepun berdepan laluan mudah untuk mengungguli Kumpulan B apabila mereka hanya perlu mengatasi Taiwan, Jerman dan Republik Czech.
Walaupun mengekalkan lapan daripada 10 muka lama termasuk Lakshya Sen, H.S Prannoy, Kidambi Srikanth dan juara beregu lelaki Sukan Asia Hangzhou 2022, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty yang membantu India mencipta sejarah menjulang Piala Thomas buat julung kali, tugas getir menunggu mereka selepas diundi dalam Kumpulan C.
Digelar sebagai 'kumpulan maut', Kumpulan C menjanjikan saingan menarik apabila juara bertahan akan berdepan dengan pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala Thomas dan juara 14 kali, Indonesia, selain Thailand dan England.
Sementara itu, dalam aksi Piala Uber, ketiadaan pasangan beregu utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan kali ini mungkin menjejaskan pasukan negara sebagai pilihan kesepuluh dalam Kumpulan B, yang turut mengandungi pilihan keempat Thailand, pilihan keenam Taiwan dan Australia.
Walaupun pasukan wanita tidak diberikan harapan tinggi, edisi kali lain boleh menjadi platform terbaik buat pemain beregu Teoh Mei Xing menampilkan peningkatan dan memberi inspirasi kepada rakan sepasukan terdiri daripada Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Siti Nurshuhaini Azman, Wong Ling Ching, Siti Zulaikha Azmi, Go Pei Kee, Tan Zhing Yi, Ho Le Ee dan Chan Wen Tse untuk beraksi dengan membanggakan.
Sama seperti pasukan lelaki, skuad wanita China yang juga naib juara edisi terdahulu, akan membariskan pasukan terbaik mereka dalam usaha untuk merampas gelaran daripada Korea Selatan dan berharap dapat bergelar juara buat kali keempat di tanah air sendiri, selepas tiga kejuaraan sebelum ini semua dimenangi di China iaitu Guangzhou 2022, Wuhan 2012 dan Kunshan 2016.
Empat pemain perseorangan terbaik dunia terdiri daripada pemain nombor dua dunia Chen Yu Fei, He Bing Jiao (ranking keenam), Han Yue (ranking ketujuh ) dan Wang Zhi Yi (ranking kelapan) bersama beregu wanita nombor satu dunia, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan dan pasangan nombor tiga dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning sudah pasti akan memainkan peranan masing-masing dalam Kumpulan A menentang India, Kanada dan Singapura.
Satu lagi pasukan pilihan, Jepun akan lebih bergantung kepada juara dunia dua kali Akane Yamaguchi dan beregu mereka termasuk gandingan keempat dunia Nami Matsuyama-Chiharu Shida untuk meningkatkan prestasi mereka selepas meraih gangsa di Bangkok pada 2022.
Indonesia pula menjadi cabaran sengit kepada Jepun dalam Kumpulan C bersama Hong Kong dan Uganda.
Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita nombor satu dunia An Se Young dan beregu kedua terbaik dunia ketika ini Baek Ha Na-Lee So Hee akan mengetuai cabaran Korea Selatan dalam Kumpulan D yang turut disertai Denmark, Amerika Syarikat dan Mexico.
Final Piala Thomas dan Piala Uber 2024 yang berlangsung selama sembilan hari akan berakhir pada 5 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Pemain-pemain Malaysia gigih ketika sesi latihan sempena Kejohanan Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone hari ini. - Foto BERNAMA
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Jahaberdeen lebih minat pertahan jawatan di BAM
Jahaberdeen masih belum memberi bayangan jelas mengenai kemungkinan merebut jawatan presiden baharu.

BAMTC 2025: Pengajaran berguna buat pemain Malaysia - Rexy
Rexy sebaliknya berkata ia adalah pengajaran berharga buat pemain sandaran dalam usaha membina kematangan di pentas antarabangsa.

Badminton: Herry belum fikir ubah gandingan beregu lelaki negara
Ketua jurulatih beregu lelaki negara Herry Iman Pierngadi tidak berhasrat untuk memecah gandingan sedia ada buat masa ini.

Konsistensi dan komitmen ramuan bergelar juara dunia - Herry
Katanya, ramuan itu tidak akan lengkap sekiranya tidak 'diadun' dengan disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain.

Tiada unsur jenayah dalam kes pegawai tinggi BAM - Azam Baki
Satu laporan lengkap berhubung siasatan akan dihantar kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh kerana wujud beberapa perkara yang perlu diperbetulkan.

Herry Iman ketua jurulatih beregu lelaki negara - BAM
Teka-teki mengenai ketua jurulatih beregu lelaki terjawab hari ini selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan Herry Iman Pierngadi membimbing skuad kebangsaan berkuat kuasa 1 Feb ini.

Kurang cergas punca Pearly-Thinaah tersingkir awal - Rexy
Rexy Mainaky mengakui keadaan pemain beregu wanita negara Pearly Tan-M Thinaah yang tidak cukup cergas menjadi punca mereka tersingkir awal di Terbuka Malaysia 2025.

BAM tidak lagi mahu dengar alasan pemain - Subramaniam
BAM telah melaburkan sejumlah wang yang besar untuk membayar jurulatih berkualiti tinggi serta pemain.

BAM nafi tuduhan Megat D Shahriman
Goh menyifatkan tuduhan itu tidak munasabah dan menegaskan BAM bukan antara persatuan yang 'mencabar' kedudukan AGM MPM.

BAM muktamadkan pengganti Bin Shen dua minggu lagi
BAM sedang meneliti beberapa calon termasuk jurulatih tempatan bagi menggantikan Tan Bin Shen.