JUARA featherweight UFC Max Holloway berjaya mengekalkan gelarannya selepas menewaskan petinju Amerika Syarikat, Brian Ortega menerusi TKO di kejohanan UFC 231, di Toronto, Kanada pada Ahad.
Pertarungan dihentikan sebelum bermulanya pusingan kelima atas arahan doktor yang mengesahkan Ortega tidak dapat meneruskan perlawanan akibat kecederaan teruk di bahagian muka.
Holloway dari Britain dilihat mendominasi permainan dalam keempat-empat pusingan tersebut, mengasak lawannya dengan skil 'striking' yang mengagumkan seluruh penonton di Arena Scotiabank.
Ternyata ketangkasan Holloway amat sukar ditandingi Ortega yang mahir dalam jiu-jitsu dan lebih gemar bermain di 'ground.
Sungguh pun terdapat beberapa cubaan dari Ortega untuk menjatuhkan Holloway dan membuat kuncian ke atas lawannya itu, namun cubaan itu tidak berjaya.
Sementara itu, petinju Kyrgyzstan, Valentina Shevchenko pula, berjaya merangkul gelaran juara flyweight UFC wanita selepas menundukkan Joanna Jedrzejczyk dari Poland.
Shevchenko menang menerusi keputusan sebulat suara juri (49-46, 49-46, 49-46) selepas bertarung sebanyak lima pusingan.
Haider Yutim
Sun Dec 09 2018

Max Holloway berjaya mengekalkan kejuaraan UFC featherweight selepas menewaskan Brian Ortega menerusi TKO. - Foto Twitter/@MMAFighting

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

UFC 266: Alexander Volkanovski, Valentina Shevchenko kekal kejuaraan
Juara featherweight UFC, Alexander Volkanovski berjaya mengekalkan kejuaraannya selepas menewaskan Brian Ortega dalam acara utama UFC 266 sebentar tadi.

Isu salah faham, Jay Park ditampar peninju UFC
Jadi penterjemah pun susah juga, dah cuba sampaikan sebaik mungkin tapi tetap salah faham juga. Kesian Jay Park.

MMA: Max Holloway kekalkan kejuaraan featherweight UFC
Juara featherweight UFC Max Holloway berjaya mengekalkan gelarannya selepas menewaskan petinju Amerika Syarikat, Brian Ortega menerusi TKO di kejohanan UFC 231.