KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) pada Perhimpunan Agung badan itu 8 Sept ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya OCA Rohinton Nariman dalam kenyataan berkata Jawatankuasa Pemilihan telah bermesyuarat untuk menyemak viate kurikulum (CV) dan syarat kelayakan mengikut Perlembagaan OCA, Peraturan dan Garis Panduan Pemilihan semua calon yang dikemukakan oleh Ahli Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) OCA sebelum tarikh akhir 21 Julai.
Jawatankuasa itu juga menilai kesemua pencalonan yang diterima untuk Naib Presiden Zon OCA yang lain iaitu Timothy Fok dari Hong Kong dan Battushig Batbold (Mongolia) mewakili Timur, Putera Jigyel Wangchuk (Bhutan) dan Maxwell De Silva (Sri Lanka) untuk Asia Selatan.
Selain itu, pencalonan juga melibatkan Otabek Umarov (Uzbekistan) dan Sadyr Mamytov (Kyrgyzstan) bagi Zon Tengah manakala Dr. Thani Al Kuwari (Qatar) bagi Asia Barat.
Menurut kenyataan sama pemangku Presiden Raja Randhir Singh merupakan calon tunggal yang layak untuk jawatan Presiden OCA memandangkan jawatankuasa itu sebulat suara meluluskan pencalonan beliau oleh NOC India dan disokong oleh 27 Ahli NOC OCA.
"Presiden Jawatankuasa Olimpik Mongolia Battushig Batbold yang dicalonkan oleh NOC Mongolia dianggap tidak layak oleh jawatankuasa kerana beliau tidak memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dalam Artikel Perlembagaan OCA 22.1.2.1 , 22.1.2.2 dan 22.1.2.3.
"Selepas mesyuarat, Jawatankuasa dimaklumkan menerusi e-mel daripada Setiausaha Agung NOC Mongolia, bahawa Batbold telah menarik balik pencalonannya untuk jawatan presiden," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia. - Foto Bernama
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tinggi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.

Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.

Hamidin dilantik Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Hanoi
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin dilantik sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.