IPOH: Presiden Persatuan Bolasepak Daerah Hilir Perak Datuk Mohd Azhar Jamaluddin hari ini dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Jan tahun lepas.
Pemilihan Mohd Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jong dipersetujui sebulat suara pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) yang dianjurkan 14 ahli gabungan PAFA di sini hari ini.
Mesyuarat turut melantik Setiausaha Politik Menteri Besar Perak Datuk Sham Mat Sahat sebagai Timbalan Presiden dan Setiausaha Persatuan Bola Sepak Daerah Kerian Tajul Hasnan Omar sebagai Setiausaha Kehormat PAFA yang baharu.
Mohd Azhar dan Sham dicalonkan oleh 13 ahli gabungan dan menang tanpa bertanding selepas pencalonan mereka diedarkan kepada seluruh gabungan pada Sabtu lepas.
EGM itu dihadiri 42 perwakilan mewakili 14 ahli gabungan PAFA manakala empat lagi ahli gabungan, Tanjung Malim, Batu Gajah, Kuala Kangsar dan Majlis Sukan India Perak tidak hadir.
Dalam sidang medianya, Mohd Azhar berkata tugasnya kini adalah mengembalikan semula perjalanan PAFA ke landasan yang betul selepas dilihat kehilangan nakhoda sejak awal tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 19 2021
ADUN Changkat Jong Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) bagi sesi 2018/2021 pada Kongres Luar Biasa PAFA di Pusat Konvensyen Amanjaya hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [7/2/2025] – Hujan lebat berterusan| Wang saku mahasiswa Sarawak| Taman Teknologi Hijau Kota Petra
AWANI Borneo Jumaat, 7 Februari 2025 bersama Nickyson Nyambar
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
1. Beaufort, Tambunan diisytihar kawasan bencana banjir
2. Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
3. Zecon diberi lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun untuk Taman Teknologi Hijau Kota Petra
Permohonan perintah injunksi PFA terhadap FAM ditolak
Mahkamah Tinggi Kangar menolak permohonan PFA untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang FAM mengadakan Kongres ke-61 bulan ini.
Dua pekerja melecur, kilang proses minyak sawit mentah terbakar
Dua pekerja lelaki warga tempatan dan Indonesia melecur tahap dua dalam kejadian kebakaran di sebuah kilang memproses minyak sawit mentah di Taman Nilai di sini hari ini.
Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP) di Kuching.
Mahasiswa Sarawak bakal terima wang saku RM1,200 setahun
Mahasiswa asal Sarawak yang menuntut di mana mana institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia bakal menerima wang saku RM1,200 setahun bermula April depan.
Pesawat bawa 10 orang hilang di barat Alaska
Sebuah pesawat yang membawa 10 orang dilaporkan hilang lewat petang Khamis berhampiran Nome, bandar utama paling barat di Alaska.
Yayasan Sarawak beri bantuan kewangan untuk lepasan SPM pelajaran di IPT milik negeri
Anak Sarawak yang melanjutkan pendidikan tinggi di enam institusi milik Negeri itu akan mendapat bantuan kemasukan institusi pengajian tinggi berjumlah RM1,000 selain elaun RM300 untuk mengikuti program pemantapan Bahasa Inggeris selama sebulan.
Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.
Korea Selatan keluar nasihat agar berhati-hati dengan penggunaan DeepSeek atas faktor keselamatan
Beberapa kementerian Korea Selatan menyekat akses dalaman kepada perkhidmatan AI itu berikutan kebimbangan terhadap amalan pengurusan data oleh Deepseek.
MOT umum tiga syarikat baharu laksana PPKM
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengumumkan pelantikan tiga syarikat baharu bagi melaksanakan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor (PPKM).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Menterinya, Anthony Loke berkata, ini sekali gus menamatkan monopoli pusat pemeriksaan kenderaan berkomputer (Puspakom).
Mohd Azhar presiden baharu PAFA
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin dipilih sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak Darul Ridzuan (PAFA) bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sejak 21 Jan tahun