NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
The Pocket Rocketman berkata, beliau berhasrat melengkapkan koleksi warna pingat yang dimenanginya di pentas Olimpik selepas memperoleh pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada edisi 2020 di Tokyo, Jepun dan 2016 di Rio de Janeiro, Brazil.
Mohd Azizulhasni turut optimis mampu meraih emas pertama negara di temasya berprestik dunia itu berikutan peningkatan prestasinya dari semasa ke semasa pada sesi latihan bersama ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley.
"Bila umur masuk 30-an persembahan mula turun tapi saya punya prestasi sentiasa meningkat semasa latihan. Perlumbaan terakhir yang setaraf dengan Olimpik adalah di Adelaide, Australia pada Februari lepas apabila saya bergelut dengan perikarditis.
"Saya tak berlatih dengan betul tapi boleh dapat emas acara keirin dan keputusan tahap tinggi dalam acara pecut. Bayangkan kalau saya berlatih dengan betul, sihat dan cukup rehat di Sukan Olimpik kelak," katanya kepada pemberita pada sidang media Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) di Velodrom Nasional, di sini, pada Jumaat.
Mengenai sasaran pada penampilan terakhirnya di Sukan Olimpik, Mohd Azizulhasni berkata: "Saya tidak mahu membuang masa, tanpa saya bagitahu orang ramai sasaran, semua orang mesti sudah tahu saya mahukan emas."
Bagaimanapun, pelumba berusia 36 tahun kelahiran Dungun, Terengganu itu berkata, beliau menghormati sebarang sasaran yang diletakkan oleh PKBM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Paris kelak.
Demi merealisasikan impian emasnya itu, Mohd Azizulhasni mengakui perlu bijak mengatur latihan bersesuaian dengan umurnya dan tidak terlalu memaksa fizikal.
"Saya perlu bijak, berlatih dengan bijak dengan keadaan umur, untuk elak cedera, sebab umur macam ini susah sembuh kalau cedera," katanya.
Bagi acara berbasikal trek, dua lagi pelumba layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 ialah Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri.
Sukan Olimpik Paris dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Mohd Azizulhasni menjalani latihan pada persiapan akhir menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 di Velodrom Nasional pada Jumaat. - Gambar Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Mohd Azizulhasni tunggu masa sesuai umum hala tuju karier - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihaknya bersama jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang sedang menunggu masa sesuai untuk mengumumkan hala tuju kariernya.

Hannah jumpa Mohd Azizulhasni untuk bincang hala tuju karier
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dijadual akan mengadakan pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang hari ini.

Azizulhasni belum putuskan sertai Program Podium - Amarjit
Keputusan sama ada jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang bersetuju kekal dalam Program Podium tahun depan atau tidak, dijangka mengambil masa dua minggu lagi untuk diketahui.

Beasley yakin Azizulhasni akan kembali ke gelanggang tahun depan
Kehadiran semula pemenang pingat Olimpik dua kali itu motivasi buat pasukan negara.

Mohd Azizulhasni kekal dalam Program Podium, KPI ke Santiago
PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju untuk mengekalkan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang dalam Program Podium tahun depan.

Azizulhasni tidak akan beraksi pada ACC 2025
Beliau bagaimanapun tetap akan hadir ke kejohanan berkenaan untuk membantu serta memberi sokongan kepada pelumba-pelumba negara.

Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.

Azizulhasni kembali berkayuh sejak Olimpik Paris 2024
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang kembali berkayuh basikal selepas kali terakhir melakukannya ketika temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Azizulhasni kenang jasa MSN
MSN telah memainkan peranan yang amat penting dalam perjalanan karier saya selama ini, kata Azizulhasni.

Muhammad Shah Firdaus sedia galas tanggungjawab jika Azizulhasni bersara
Pelumba berbasikal trek negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom sedia menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama, sekiranya Datuk Mohd Azizulhasni Awang secara rasmi tidak beraksi lagi.