KUALA LUMPUR: Pemanah berpengalaman negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 1 di Antalya, Turkiye, malam tadi.
Menurut laman web rasmi kejohanan, Mohd Juwaidi tidak berdepan masalah menewaskan wakil India qOjas Pravin Deotale di suku akhir selepas lawannya itu mencipta kejutan menyingkirkan pemanah ranking keenam dunia Mathias Fullerton dari Denmark di pusingan ketiga.
Atlet berusia 32 tahun yang menduduki ranking ke-161 dunia menang ke atas Deotale 150-148 dan bakal membuat perhitungan menentang pemanah ranking ke-11 dunia dari Slovakia Jozef Bosansky di pentas separuh akhir yang dijadual berlangsung esok.
Sekiranya Mohd Juwaidi berjaya ke final, menanti pemenang dua pingat emas Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam tahun lepas itu adalah antara Mike Schloesser dari Belanda dan pemanah Amerika Syarikat Sawyer Sullivan yang akan berentap dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Terdahulu, Mohd Juwaidi memperbaharui rekod kebangsaan miliknya dalam pusingan kelayakan Rabu lepas apabila mengumpul keseluruhan 714 mata selepas 72 panahan sekali gus memadam rekod lama 709 mata yang dicipta di Kejohanan Memanah Asia 2019.
Dalam pada itu, pemanah elit Fatin Nurfatehah Mat Salleh yang menjadi wakil tunggal negara dalam acara compound individu wanita terkandas di pusingan kedua selepas tewas tipis di tangan Avneet Kaur dari India 145-146.
Bagaimanapun, Fatin Nurfatehah berpeluang menebus kekecewaannya itu dalam acara compound berpasukan campuran bersama Mohd Juwaidi dengan mereka menanti lawan antara Estonia dan Poland di pusingan kedua esok, selepas diberi 'bye' di pusingan pertama.
Sementara itu, hasrat trio Syaqiera Mashayikh, Ku Nurin Afiqah Ku Ruzaini dan Nurul Azreena Mohamad Fazil untuk mara lebih jauh dalam saingan recurve berpasukan wanita tidak kesampaian apabila tumpas kepada gandingan Denmark 2-6 seawal pusingan pertama.
Syaqiera dan Ku Nurin Afiqah bagaimanapun akan turun beraksi dalam acara recurve individu, masing-masing akan berdepan pemanah Taiwan Peng Chia-Mao dan Chiu Yi-Ching di pusingan pertama yang dijadual berlangsung hari ini.
Syaqiera yang membuat penampilan sulung Sukan Olimpik di Tokyo, Jepun tiga tahun lepas turut bergandingan bersama Muhammad Danish Amsyar Norazlan dalam saingan recurve berpasukan campuran dan akan berdepan Riau Salsabilla-Diananda Choirunisa dari Indonesia di pusingan pertama hari ini.
Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya berlangsung dari 18-23 April ini.
Selepas ini, saingan Peringkat 2 dijadual berlangsung di Shanghai, China dari 16-21 Mei diikuti Peringkat 3 di Medellin, Colombia 13-18 Jun dan Peringkat 4 di Paris, Perancis 15-20 Ogos sebelum pusingan akhir dijangka diadakan di Hermosillo, Mexico, September ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023

Mohd Juwaidi bakal membuat perhitungan menentang pemanah ranking ke-11 dunia dari Slovakia Jozef Bosansky di pentas separuh akhir yang dijadual berlangsung esok. - Fail/FB Mohd Juwaidi Mazuki
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Memanah: Mohd Juwaidi-Fatin Nurfatehah hampir pecah rekod kebangsaan, layak ke suku akhir
Skuad memanah compound berpasukan campuran dan berpasukan lelaki meneruskan panahan positif untuk mengatasi cabaran lawan masing-masing.

Mohd Juwaidi sambut Aidilfitri dengan dua gangsa di Piala Dunia Memanah
Mohd Juwaidi Mazuki menyambut Aidilfitri jauh di perantauan dengan membuat panahan yang memberikan dua pingat gangsa untuk negara di Piala Dunia Memanah Peringkat 1 di Antalya, Turkiye.

Mohd Juwaidi selangkah ke final Piala Dunia Memanah 2023 di Antalya
Pemanah negara Mohd Juwaidi Mazuki hanya selangkah untuk mencipta sensasi meraih pingat emas selepas mara ke separuh akhir acara compound individu lelaki pada Piala Dunia Memanah 2023.

Juwaidi pecah rekod kebangsaan, skuad memanah mula bergaya di Antalya
Atlet berusia 32 tahun itu, yang menduduki ranking ke-161, akan berdepan Yang Chen-Jui dari Taiwan pada saingan pusingan pertama.

Pemanah Mohd Juwaidi menyerlah dalam semua tiga acara
Mohd Juwaidi berjaya mara ke tiga pusingan akhir - individu lelaki, lelaki dan pasukan campuran, pada Isnin.