SEPANG: Pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini berjaya merangkul kemenangan pertamanya musim ini, selepas memenangi perlumbaan Grand Prix (MotoGP) Malaysia 2023, di sini hari ini.
Bastianini yang bermula dari petak ketiga, berjaya memotong rakan sepasukan dan juara dunia Francesco Bagnaia serta Jorge Martin dari pasukan Prima Pramac Racing pada pusingan pertama untuk mendahului perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Pelumba dari Itali itu melintasi garisan penamat dalam masa 39 minit 59.137 saat (s) sekali gus mengakhiri kemarau kejuaraannya, selepas kali terakhir meraihnya pada GP Aragon, Sepanyol pada September 2022.
Juara perlumbaan pecut semalam Alex Marquez dari Gresini Racing MotoGP yang ketinggalan 1.535s menduduki tempat kedua, manakala Bagnaia di tempat ketiga.
Pesaing terdekat Bagnaina, Martin hanya menamatkan perlumbaan di tempat keempat (4:09.633s) manakala bekas juara dunia 2021 Fabio Quartararo dari Monster Energy Yamaha MotoGP di tempat kelima (40:14.137s).
Sementara itu Bastianini amat gembira kerana berjaya kembali ke podium, selepas menghadapi musim yang sukar tahun ini disebabkan kecederaan dialaminya sebelum ini.
"Saya berasa hebat sekarang ini. Ia kemenangan pertama saya tahun ini. Ia suatu yang hebat sekali kerana pasukan telah bekerja dengan baik sekali dari mula sehingga ke akhirnya," katanya pada sidang media selepas perlumbaan hari ini.
Sementara itu Marquez berkata ia merupakan minggu yang baik untuknya di Sepang dan mahu terus menunjukkan aksi terbaiknya pada perlumbaan seterusnya di Litar Antarabangsa Lusail, Qatar dari 17-19 Nov.
Dengan MotoGP 2020 menuju ke penamatnya musim ini, keputusan hari ini meletakkan Bagnaia mendahului 14 mata di hadapan Martin, yang sehingga kini telah pun mengutip 398 mata.
Walaupun dengan kelebihan mata itu, Bagnaina atau lebih dikenali sebagai Pecco, gembira dapat mengatasi Martin di Sepang tanpa sebarang isu.
"Ia masih satu kelebihan yang kecil. Kita akan ke Qatar seperti apa yang dilakukan di sini dan menyasarkan untuk bermula dengan kuat. Namun demikian permukaan litar yang baru di sana menjadikan keadaannya lebih sukar untuk diramalkan," katanya.
Selepas GP Qatar, musim 2023 akan menutup tirainya dengan perlumbaan di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol dari 24 hingga 26 Nov.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 12 2023

Pelumba Ducati Lenovo Team Enea Bastianini menjuarai perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia 2023 di Litar Antarabangsa Petronas Sepang di Sepang hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).