SEPANG: Pelumba MotoGP pasukan Aprilla Racing, Aleix Espargaro telah mengemukakan permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia selepas warga Sepanyol itu dikatakan tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan untuk Ujian Musim Sejuk di sini, Khamis lepas.
Pengurus pasukan itu, Paolo Bonora berkata, pelumba tersebut telah mengemukakan surat permohonan maaf kepada kerajaan Malaysia semalam atas kesilapan melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Beliau (Espargaro) tidak tahu yang beliau tidak boleh berlatih di luar litar. Beliau telah tahu akan masalah itu dan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kerajaan," katanya kepada media ketika ditemui pada hari pertama Ujian Musim Sejuk di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.
Sebuah portal antarabangsa telah melaporkan bahawa SIC telah mengeluarkan amaran kepada badan pentadbir MotoGP iaitu Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM), selepas pelumba itu didakwa melanggar protokol gelembung sukan COVID-19 dengan berbasikal berhampiran Putrajaya, iaitu kira-kira 35 kilometer daripada litar itu.
Mengikut SOP ditetapkan, kesemua pasukan dan pelumba terlibat dalam ujian itu adalah dihadkan untuk berada di sebuah hotel dan hanya dibenarkan untuk bergerak ke litar.
Sementara itu, Paolo memaklumkan, Espargaro dan seorang lagi pelumba mereka, Maverick Vinales berpuas hati dengan motosikal baharu mereka, sebelum bermulanya perlumbaan pertama musim ini yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Losail, Doha, Qatar dari 4-6 Mac.
"Kami juga gembira untuk kembali ke SIC selepas dua tahun, ia tentunya satu tempat dan persekitaran yang menarik," katanya.
Pandemik COVID-19 telah memaksa MotoGP Malaysia dibatalkan untuk dua tahun berturut-turut pada 2020 dan 2021.
Ujian Musim Sejuk 2022 di SIC, berakhir esok. - BERNAMA
Bernama
Sat Feb 05 2022
![MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644063087_TBESPARAGO.jpg)
Aleix Espargaro memohon maaf kepada kerajaan Malaysia kerana tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan untuk Ujian Musim Sejuk di sini, Khamis lepas. - Gambar Instagram @aleixespargaro
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![MotoGP: Espargaro peroleh kemenangan sulung di Argentina MotoGP: Espargaro peroleh kemenangan sulung di Argentina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/51649035041_ArgentinaMotoGP.jpg)
MotoGP: Espargaro peroleh kemenangan sulung di Argentina
Espargaro meneruskan rentak cemerlang apabila meraih kemenangan grand prix yang telah lama ditunggu-tunggu.
![MotoGP: Espargaro, SIC berdepan hukuman MotoGP: Espargaro, SIC berdepan hukuman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644136551_TBESPARAGO.jpg)
MotoGP: Espargaro, SIC berdepan hukuman
Pelumba Aprilla Racing Aleix Espargaro bakal berdepan hukuman susulan tindakan culasnya melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada Ujian Musim Sejuk MotoGP 2022.
![MotoGP: Pelumba Aprilia Racing buat kejutan hari pertama ujian pramusim MotoGP: Pelumba Aprilia Racing buat kejutan hari pertama ujian pramusim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644074728_TBMOTOGP.jpg)
MotoGP: Pelumba Aprilia Racing buat kejutan hari pertama ujian pramusim
Aleix Espargaro dan Maverick Vinales bagai memberi amaran awal kepada pelumba lain menjelang musim ini apabila masing-masing meraih kedudukan pertama dan kedua pada sesi Ujian Musim Sejuk 2022.
![MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/61644063087_TBESPARAGO.jpg)
MotoGP: Espargaro mohon maaf pada Malaysia
Aleix Espargaro memohon maaf kepada kerajaan Malaysia kerana tidak mematuhi protokol gelembung sukan yang ditetapkan.
![Marc Marquez terus dominasi Sepang Marc Marquez terus dominasi Sepang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/81381576416_295x200.jpg)
Marc Marquez terus dominasi Sepang
Marc Marquez catat masa terpantas sekaligus memadamkan rekod lama milik penunggang Australia, Casey Stoner yang dibuat pada 2012.