KUALA LUMPUR: Peminat sukan permotoran tanah air mungkin terpaksa melupakan seketika impian melihat kelibat pelumba Malaysia beraksi di pentas Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP).
Ini selepas prinsipal pasukan WithU Yamaha RNF MotoGP Racing Team, Datuk Razlan Razali memberi bayangan tiada seorang pun pelumba tempatan berpotensi menyertai pasukannya ketika ini.
"Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil.
"Saya tak nampak dalam masa terdekat kita ada pelumba, bukan sahaja MotoGP malah saingan Moto2 dan Moto3 pun saya tak nampak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Malaysia sebelum ini mempunyai wakil menerusi Hafizh Syahrin Abdullah yang pernah beraksi selama lapan musim dalam saingan MotoGP termasuk untuk kelas perdana pada 2018 dan 2019, sejak menjadi pelumba sepenuh masa pada 2014.
Pelumba berusia 27 tahun yang kali terakhir beraksi dalam MotoGP bagi saingan Moto2 tahun lepas kini mencuba 'angin baharu' apabila akan membuat penampilan sulung pada Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) bersama pasukan Mie Racing Honda untuk musim 2022.
Sementara itu, walaupun masih 'mentah' dalam saingan MotoGP, Razlan percaya tidak mustahil bagi pasukannya yang merupakan pendatang baharu dalam perlumbaan berprestij kali ini untuk melakar kejutan pada musim 2022.
Mana tidaknya, Razlan sebelum ini pernah membawa Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) mencatat kejayaan membanggakan dengan merangkul gelaran pasukan 'Independent Teams' terbaik pada pada musim 2019 dan 2020.
Razlan juga percaya pasukannya yang memiliki pelumba berpengalaman, Andrea Dovizioso selaku naib juara tiga kali berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019 selain Darryn Binder yang 'diangkat' daripada saingan Moto3 ke MotoGP mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lain bagi musim 2022.
"Kalau dilihat, memang sukar tapi tidak mustahil kerana saya yakin apa dibuat pada 2019 dan 2020 (Petronas Yamaha SRT) boleh diulangi.
"Kita ada jentera yang bagus selain dilengkapi pelumba berpengalaman (Dovizioso) dan pelumba muda berpotensi (Binder) yang mampu memberikan tunggangan terbaik musim baharu ini," katanya.
Beliau pada masa sama berkata penyandang juara, Ducati Lenovo Team diikuti Monster Energy Yamaha MotoGP serta Repsol Honda Team merupakan pencabar utama bagi merebut gelaran pasukan terbaik musim ini.
Pasukan Razlan akan meneruskan aksi pramusim berikutnya di Litar Mandalika, Indonesia pada 11 hingga 13 Feb ini selepas baru sahaja tampil beraksi pada Ujian Musim Sejuk 2022 di Litar Antarabangsa Sepang pada 5 dan 6 Feb lepas.
Perlumbaan MotoGP 2022 akan membuka tirai pada 4 hingga 6 Mac di Litar Antarabangsa Losail, Qatar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 07 2022
![MotoGP: Razlan tidak nampak bayang pelumba Malaysia sertai pasukannya MotoGP: Razlan tidak nampak bayang pelumba Malaysia sertai pasukannya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-02/51644220386_AhmadRazlanAhmadR.jpg)
RAZLAN: Jika ada pelumba Malaysia yang berpotensi dan berbakat, sudah tentu kita akan fikirkan dan ambil. - Bernama
![Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739270807_TBgari.jpg)
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
![Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739269028_Handcuffedwomen.jpg)
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
![Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/81510921285_HunSen.jpg)
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin Sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
![Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739268563_PaperStraw.jpg)
Trump 'isytihar perang' terhadap straw kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump "mengisytiharkan perang" terhadap straw kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
![Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737882414_TBhajijiNoor.jpg)
Penjawat awam perlu ambil perhatian isu libatkan kesejahteraan rakyat - Hajiji
Penjawat awam perlu kurangkan kerenah birokrasi dengan mempermudah proses untuk memastikan sesuatu perkara dapat diselesaikan.
Filipina mulakan kempen pilihan raya
Tempoh kempen 90 hari bagi pilihan raya pertengahan penggal Filipina bermula hari ini dalam suasana politik yang semakin tegang.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
Sebanyak 18,280 kerusi akan dipertandingkan pada pilihan raya 12 Mei ini, termasuk kesemua 317 kerusi di Dewan Perwakilan Rakyat.
China dan Thailand perdalam kepercayaan, perluas kerjasama
Dalam pertemuan tersebut, Xi Jinping juga menyentuh mengenai projek seperti kereta api berkelajuan tinggi yang dijadualkan menghubungkan Bangkok dengan Kunming di barat daya China.
![Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41597302921_Mempelamharumanis.jpg)
Harumanis Perlis berbuah lebih awal, hasil penyelidikan bersama UniMAP
Melalui penanaman lebih sistematik, Harumanis boleh dihasilkan lebih awal dengan kualitinya setanding dengan musim biasa.
Azalina, Rith bincang kerjasama undang-undang dua hala
Pengukuhan kerjasama undang-undang dua hala Malaysia-Kemboja antara perkara dibincangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said pada lawatan kerja ke Kemboja pada Isnin.
![SRT kini RNF MotoGP Racing SRT kini RNF MotoGP Racing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81632000937_RazlanRazali.jpg)
SRT kini RNF MotoGP Racing
RNF MotoGP Racing akan berlumba sebagai satu pasukan 'independent' (bebas) dalam kelas MotoGP bermula 2022.
![Pelumba AS, Gerloff gantikan Morbidelli di GP Belanda Pelumba AS, Gerloff gantikan Morbidelli di GP Belanda](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605477377_TBFrancoMorbidell.jpg)
Pelumba AS, Gerloff gantikan Morbidelli di GP Belanda
Morbidelli kini menjalani penilaian perubatan dan rawatan selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya pada Selasa.
![SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-11/61572682258_AhmadRazlan.jpg)
SRT mahu bantu Rossi kembali kompetitif - Razlan
Kehadiran legenda Kejuaraan MotoGP, Valentino Rossi ke pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team musim ini, bukan sekadar pemasaran.
![Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607551653_RazlanRazali.jpg)
Petronas Yamaha SRT nafi pinggirkan pelumba Malaysia
Razlan berkata banyak peluang diberikan kepada Khairul Idham, namun beliau gagal menjelmakan keputusan positif sepanjang dua musim bersama pasukan berkenaan sejak musim lepas.
![Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603319072_TBAzlanShah.jpg)
Penunggang negara jangan dibiarkan 'sesat', kata Azlan Shah
Khairul Idham Pawi bakal digugurkan oleh Petronas-Yamaha Sepang Racing Team (SRT) bagi saingan Moto2 musim depan.
![Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41603083276_PelumbaPetronas.jpg)
Petronas Yamaha SRT buat analisis isu dihadapi pada GP Aragon
Razlan bagaimanapun berkata beliau masih berpuas hati selepas Morbidelli menduduki tempat keenam, manakala Quartararo di kedudukan ke-18.
![Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/61601941800_KhairulIdham.jpg)
Moto3: Khairul Idham digesa beri komitmen tinggi
Sebelum ini, Razlan meluahkan kekecewaan terhadap penunggang kelahiran Perak itu melakukan latihan berbasikal bersama pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah.
!['Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin 'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/81597578611_MotoGP.jpg)
'Saya masih merasa impak kemalangan' - Hafizh Syahrin
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah masih merasai kesakitan pada kedua-dua belah kakinya selepas terbabit dalam kemalangan mengerikan semasa perlumbaan Grand Prix (GP) Austria di Litar Red B
![Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61595832080_PelumbaPetronas.jpg)
Kemenangan berganda lonjak semangat pasukan Petronas Yamaha SRT
Prinsipal Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT) Datuk Razlan Razali adalah individu paling gembira apabila pelumba pasukannya Fabio Quartararo meraih kemenangan berganda di Litar Jerez, Sepanyol pa
![Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022 Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/61594658682_Morbidelli.jpg)
Morbidelli sambung kontrak dengan Petronas Yamaha SRT hingga 2022
Beliau gembira untuk memperbaharui kontraknya untuk dua tahun lagi selepas cemerlang dengan pasukan itu.