KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) masih menunggu maklum balas daripada negeri lain yang berkemungkinan berminat menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.
Ketua Pengarah MSN Abdul Rashid Yaakub berkata setakat ini tiga negeri telah memberikan maklum balas iaitu Sarawak, Pulau Pinang dan Sabah yang menjadi negeri terbaharu berbuat demikian.
"Setakat ini seperti dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Pulau Pinang dan Sarawak memang pasti (berminat). Paling baharu ialah Sabah (dan) pada masa sama dalam minggu ini, urus setia juga sedang kemas kini daripada negeri-negeri (berhubung keputusan mereka sama ada mahu terlibat ataupun tidak).
"Patutnya paling akhir minggu ini kita dapat (jawapan) tapi sedang kemas lagi kerana ada sebahagian negeri belum dapat memutuskan perkara tersebut. Kita bagi tempoh sikit lagi kepada negeri untuk bagi maklum balas kerana negeri ada proses dan tatacara untuk men yampaikan keputusan," katanya.
Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Setakat ini difahamkan pendirian Sabah berhubung penganjuran Sukan SEA 2027 masih belum diketahui memandangkan butiran maklum balas yang diberikan kepada MSN tidak didedahkan.
Sebelum ini, Sarawak bersedia untuk berkongsi kos penganjuran bersama kerajaan Persekutuan dengan syarat acara perasmian temasya sukan dan sebahagian acara lain diadakan di Bumi Kenyalang selain Pulau Pinang pula telah mengemukakan cadangan untuk mengadakan satu acara sukan di negeri berkenaan namun tidak memperincikan jenis sukan.
Abdul Rashid berkata pihaknya kini sedang menyediakan kertas kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027 yang mengandungi maklumat perincian berkaitan kos dan jenis sukan kepada Kabinet yang dijangka diselesaikan sebelum temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 26 Julai ini.
Beliau berkata pihaknya juga akan menilai semula sekiranya banyak negeri berminat dalam penganjuran temasya dwitahunan itu dnegan mengambil kira kos pengeluaran.
"Ini saya kena jelaskan. Kita akan angkat cadangan (namun) persetujuan untuk hos ini belum tentu lagi (tapi) semua perincian ini kita sedang sediakan dan akan diangkat ke mesyuarat Jemaah Menteri kemudian.
"Sebenarnya banyak (maklumat) yang dah disediakan cuma perlu perelokkan lagi lebih kurang 10 hingga 20 peratus. Kita lebih banyak menunggu maklumat negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Abdul Rashid Yaakub pada sidang media Majlis Perjanjian Persefahaman (MoU) di antara Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) dengan Bubbles O2 Sdn Bhd di Majlis Sukan Negara hari ini. - Foto BERNAMA

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aliran trafik lancar 30 peratus tanpa kenderaan berat
Larangan pergerakan kenderaan berat di beberapa jajaran lebuh raya terpilih sekitar Lembah Klang menyaksikan aliran trafik lancar sehingga 30 peratus pada waktu puncak.

Mahkamah akan dengar saman bekas ADUN Nenggiri berhubung penamatan keahlian Bersatu
Mahkamah Tinggi memutuskan akan mendengar saman pemula difailkan bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim bagi mencabar penamatan keahliannya daripada Bersatu.
AWANI Ringkas: JIM gempur flat Chow Kit, tahan 124 PATI
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya sokong menggantung lesen atas kesalahan yang serius '- YB Jelutong
Menteri Pengangkutan berkata lesen tidak boleh dibatal sewenang-wenangnya oleh JPJ. Hukuman untuk menggantung lesen bergantung kepada tahap keseriusan dan ditentukan oleh mahkamah. #AWANInews

Pengasuh dengar suara Zayn Rayyan cuba lepaskan diri daripada seseorang
Pengasuh Zayn Rayyan telah mendengar suara kanak-kanak autistik itu seakan-akan mahu melepaskan diri daripada seseorang di Blok R, Pangsapuri Idaman pada 5 Disember 2023 lalu.

Sun Life Malaysia lantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai CEO unit takaful
Sun Life Malaysia (Sun Life) melantik Noor Azam Mohd Yusof sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) berkuat kuasa 3 Feb, 2025.
'Kapal yang berlabuh tidak perlu serah dokumen secara fizikal'-Anthony
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke telah mengumumkan satu aplikasi di mana semua dokumen kapal yang berlabuh tidak perlu diserahkan secara fizikal dan akan dilakukan secara dalam talian. #AWANInews

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.

Keputusan ceburi bidang sukan bawa tuah buat 'Pocket Rocketman'
Biarpun keputusan yang diambil ketika beliau berusia 15 tahun itu amat berat, Azizulhasni nekad demi mengejar impiannya.

KBS sedia pertimbang tiga permintaan PKBM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan bersama Majlis Sukan Negara sedia pertimbang tiga permintaan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia kepada kementerian itu.

KOM tunggu dana daripada MSN
KOM masih menunggu keputusan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai peruntukan yang bakal diberikan kepada persatuan tersebut.

Sektor swasta diharap bantu pembangunan atlet Olimpik Khas
Hannah berkata bantuan sektor swasta amat diperlukan bagi pembangunan atlet sukan berkenaan meskipun telah mendapat sokongan MSN.

Hapuskan had umur penyertaan Sukma - Ahmad Shapawi
Sudah tiba masanya tiada had umur ditetapkan kepada atlet untuk beraksi di temasya Sukan Malaysia (Sukma) bagi memberi mereka peluang bersaing secara kompetitif.

MOM biayai sendiri kos delegasi ke Olimpik Paris 2024 - MSN
MSN turut menjelaskan kos pembiayaan bagi tetamu MOM pula ditanggung oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan.

MSN masih tunggu maklum balas negeri berhubung penganjuran Sukan SEA 2027
Majlis Sukan Negara (MSN) masih menunggu maklum balas daripada negeri lain yang berkemungkinan berminat menjadi penganjur bersama temasya Sukan SEA 2027.

Negeri digesa melabur dalam pembangunan bakat baharu renang, terjun
KBS gesa semua kerajaan negeri membuat pelaburan untuk pembangunan bakat baharu bagi melahirkan lebih ramai atlet dalam sukan renang dan terjun.

KBS, MSN kaji keperluan rombak geran program pembangunan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula sekiranya terdapat keperluan merombak peruntukan geran kepada program pembangunan sukan terutamanya apabila mer

Pakar dari Australia dilantik pengarah teknikal NFDP, AMD
Jawatankuasa Pemandu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) mengumumkan pelantikan Oscar Francisco Gonzalez sebagai pengarah teknikal NFDP.