KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek kebangsaan Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini mengungguli ranking teratas dunia acara Ujian Masa Lelaki Elit, menurut Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mengumpul 1,762.50 mata, naik empat anak tangga selepas mengutip 720 mata apabila meraih pingat perak acara 1km Ujian Masa pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Hong Kong, minggu lepas.
Muhammad Fadhil adalah pemegang rekod kebangsaan dan Asia acara 1km Ujian Masa selepas mencatat 1 minit 00.305 saat di Kejohanan Dunia Berlin tahun lepas.
Seorang lagi pelumba negara Muhammad Ridwan Sahrom yang menamatkan perlumbaan di tempat keempat di Hong Kong menghuni ranking ke-25 selepas mengumpul 600 mata.
Kejayaan Muhammad Ridwan di Hong Kong turut menyumbang kepada peningkatan ranking Malaysia sebanyak 13 anak tangga kepada kedudukan ketujuh dunia dengan jumlah terkumpul 1,412.50 mata, berdasarkan kemas kini yang disiarkan di laman web UCI www.uci.org.
Sementara itu, harapan pingat emas Sukan Olimpik negara Mohd Azizulhasni Awang hilang takhta nombor satu acara pecut lelaki selepas dipintas tiga pelumba Jepun.
Pelumba berusia 33 tahun itu tidak mengambil bahagian pada kejohanan berkenaan, turun ke kedudukan keempat dengan jumlah terkumpul 1,300 mata, di belakang Tomohiro Fukuya (1,632.5), Yudai Nitta (1,405) dan Yuta Wakimoto (1,335).
Muhammad Shah Firdaus Sahrom pula jatuh lima tangga kepada kedudukan ke-20 dengan 792.5 mata, manakala Muhammad Fadhil naik 81 tangga kepada kedudukan ke-25 dengan 756 mata.
Bagi acara keirin, Mohd Azizulhasni turun dua anak tangga kepada kedudukan kelima dengan 1,240 mata manakala Mohd Fadhil naik 172 anak tangga kepada kedudukan ke-11 dunia dengan 890 mata.
Pelumba wanita negara Anis Amira Rosidi pula, turut mempamerkan peningkatan dalam ranking terkini apabila menduduki tangga ke-11 dengan mengumpul 720 mata.
Anis Amira meningkat 108 anak tangga selepas meraih pingat gangsa acara 500m Ujian Masa Wanita di Hong Kong.
Dalam acara keirin, pelumba berusia 23 tahun itu meningkat 37 anak tangga kepada kedudukan ke-35 selepas mengumpul 549 mata dan menduduki ranking ke-40 acara pecut dengan 573 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 19 2021

Muhammad Fadhil adalah pemegang rekod kebangsaan dan Asia acara 1km Ujian Masa selepas mencatat 1 minit 00.305 saat di Kejohanan Dunia Berlin tahun lepas. - BERNAMA

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.

Muhammad Fadhil akhiri kemarau empat tahun
Muhammad Fadhil mengakhiri kemarau empat tahun tanpa gelaran antarabangsa apabila muncul juara acara keirin elit lelaki pada siri kedua saingan Siri Trek ASEAN (Piala Presiden) hari ini.

ACC: Muhammad Fadhil mahu tamatkan penantian sedekad emas ujian masa
Pelumba negara Muhammad Fadhil Mohd Zonis kini dalam misi untuk menamatkan penantian sedekad Malaysia untuk meraih pingat emas acara 1 kilometer (KM) ujian masa individu di ACC 2023.

PKBM minta KBS senarai Muhammad Fadhil dalam program 'Road To Gold'
Kelibat Muhammad Fadhil disifatkan sebagai satu keperluan selaku pelumba sandaran bagi acara pecut berpasukan.

Kejohanan Berbasikal Trek Asia: Fadhil Zonis raih pingat perak
Sementara itu, Nurul Izzah tersingkir di peringkat suku akhir acara pecut individu wanita.

Muhammad Fadhil kini no. 1 dunia acara ujian masa
Pelumba Yayasan Sime Darby berusia 24 tahun itu mengumpul 1,762.50 mata, naik empat anak tangga selepas mengutip 720 mata.

Fadhil raih perak ujian masa di Piala Negara-negara UCI di Hong Kong
Pelumba berusia 24 tahun itu mencatatkan masa 1 minit 1.772 saat (s), ketinggalan 0.998s di belakang Felix Grob.

Kejayaan di kejohanan kebangsaan medan terbaik Azizulhasni buru tiket ke Tokyo
Beliau tidak sangka dapat menewaskan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.