KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya meraih kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, selepas menewaskan kelab England Beeston H.C 3-1 di Pusat Hoki Nottingham, awal pagi tadi.
Kejayaan itu hadir pada perlawanan keempat siri jelajah berkenaan selepas skuad bimbingan Ketua Jurulatih A. Arulselvaraj merekod dua keputusan seri dan satu tewas, dalam tiga aksi pertama berdepan pasukan berstatus kelab, demikian menurut kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).
Muhammad Razie Abd Rahim muncul wira pasukan selepas meledak hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12, ke-35 dan ke-42 manakala Beeston H.C meraih gol sagu hati pada minit ke-18 juga daripada pukulan sudut penalti.
"Kemenangan pertama 3-1 merupakan jaringan pukulan sudut penalti Razie Rahim di mana kami memperoleh empat pukulan sudut penalti dan beliau menjaringkan tiga daripadanya, sementara lawan memperoleh lima pukulan sudut penalti.
"Dari segi perlawanan, pemain mengawal permainan dengan baik, lebih teratur dan bermain dalam tempoh perlawanan yang agak tinggi. Kemenangan hari ini juga akan menaikan semangat pemain kerana ini aksi terakhir bertemu kelab di sini," kata Arulselvaraj dalam kenyataan tersebut.
Berbaki enam perlawanan dalam siri jelajah itu, skuad 'Speedy Tigers' akan dicabar skuad kebangsaan Ireland, Wales dan Perancis dengan empat daripada keseluruhan baki enam perlawanan itu adalah berstatus perlawanan ujian.
Arulsevaraj berkata pasukan negara akan bertolak ke Ireland hari ini untuk berdepan skuad tuan rumah yang dijadual berlangsung pada 6 Okt.
Sementara itu, pemain tengah kebangsaan Meor Muhammad Azuan Hassan menyifatkan kemenangan diraih pasukan negara adalah pemangkin semangat buat mereka menghadapi empat perlawanan ujian.
"Syukur Alhamdulillah, ini kemenangan pertama kami menentang pasukan kelab England dan kami akan menjadikan kemenangan ini sebagai persediaan bagi bertemu Ireland dan Wales. Perlawanan sebelum ini kami berjaya jaringkan gol menerusi gerakan padang dan ia sesuatu yang baik.
"Kali ini pula kami menjaringkan gol menerusi pukulan sudut penalti dan tiga gol tersebut cukup baik untuk kami kerana keseimbangan dalam menjaringkan gol dapat dilihat dan kami akan melakukan persediaan lebih lagi untuk bertemu Ireland dan Wales," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 02 2021

Muhammad Razie Abd Rahim muncul wira pasukan selepas meledak hatrik menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-12, ke-35 dan ke-42. - Gambar/ Malaysian Hockey Confederation

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.

Skuad hoki Malaysia kini naik tangga ke-10 hoki dunia
Setelah berusaha selama 18 tahun, skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya berada dalam kelompok 10 pasukan terbaik dunia setelah menampilkan aksi memberangsangkan pada Siri Jelajah United Kingdom 2021.

Muhammad Razie wira Speedy Tigers raih kemenangan sulung di UK
Skuad hoki lelaki kebangsaan akhirnya meraih kemenangan sulung pada Siri Jelajah United Kingdom 2021, selepas menewaskan kelab England Beeston H.C 3-1 di Pusat Hoki Nottingham, awal pagi tadi.

Ramadan 2021: Skuad hoki lelaki kebangsaan kekal ceria jalani latihan
Ibadah puasa pada bulan Ramadan bukanlah penghalang bagi pemain skuad hoki lelaki kebangsaan untuk menjalani latihan.

Atlet perlu bermain untuk masa depan sendiri dan pasukan - Mirnawan
Skuad hoki lelaki negara diingatkan agar bermain untuk kepentingan dan masa depan sendiri dan pasukan jika mahu melakar sejarah.

Jangan bandingkan skuad bola sepak dengan skuad hoki negara
Kapten hoki Malaysia Sukri Mutalib berkata, perbandingan sebegitu tidak perlu dicetuskan kerana tidak memberikan apa-apa manfaat kepada sesiapa sahaja.

Skuad hoki lelaki beri amaran awal
Skuad hoki lelaki negara menepati ramalan mengutip mata penuh apabila membelasah Vietnam 13-0 pada perlawanan pembukaan temasya Sukan SEA ke-27 di Stadium Hoki Theinphy di sini, hari ini.