KUALA LUMPUR: "Kita boleh buat, jangan takut game ni, kita boleh makan team ni."
Kata-kata semangat yang sering dilontarkan oleh mendiang Serbegeth Singh kepada rakan sepasukan di bilik persalinan sebelum turun ke padang dan ia bermain di fikiran bekas rakan seperjuangan, Dollah Salleh, sejurus menerima berita pemergian mengejut Serbegeth atau lebih dikenali dengan panggilan Shebby, malam tadi.
Bekas pengendali skuad kebangsaan itu pernah beraksi bersama Shebby ketika mewakili pasukan Johor pada 1982 dan 1983 mengakui kehilangan seorang sahabat yang mempunyai perwatakan tegas mirip legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun.
"Saya memang rapat dengannya sewaktu bermain di Johor dahulu... sebagai seorang ketua pasukan, Shebby boleh dikatakan seorang yang 'mulut bising' menerusi arahan serta nasihat diberikan kepada rakan sepasukan ketika bermain," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bukan sahaja bola sepak, malah Dollah memaklumkan mendiang juga sering menasihatinya untuk menjaga hubungan kekeluargaan memandangkan Shebby cukup rapat dengan keluarganya.
"Beliau sangat baik dengan rakan-rakan termasuk isteri saya, semua orang senang dengannya," tambahnya.
Bekas pengendali Sri Pahang FC itu turut berkongsi kisah menarik mengenai Shebby apabila mendiang tidak pernah lekang membaca majalah bola sepak ternama dari England, Shoot! sewaktu perkenalannya sebelum ini.
Justeru, katanya, tidak hairanlah mengapa bekas tonggak pertahanan negara yang juga pakar tendangan jarak 20 hingga 30 meter itu mempunyai ilmu sangat luas sehingga dapat memberi ulasan atau komentar dengan terperinci ketika menjadi tetamu rancangan bola sepak sebelum ini.
Sementara itu, seorang lagi rakan sepasukannya, Mohamed Razip Ismail, yang juga generasi emas skuad Kuala Lumpur ketika membantu pasukan itu memenangi hatrik Piala Malaysia dari 1987 hingga 1989 bersama Shebby, menyifatkan mendiang seorang yang lantang di atas padang namun sangat mesra di luar padang.
Bekas pemain pertahanan berusia 59 tahun itu mengakui sangat bertuah dapat bermain bersama Shebby yang dianggapnya sebagai pemain berdedikasi tinggi dan cukup berdisiplin ketika sesi latihan.
Mohamed Razip yang pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur dan Perlis itu juga kagum dengan aspek kepimpinan dimiliki Shebby terutama dalam memberi motivasi kepada pemain muda untuk memperbaiki prestasi mereka ketika bermain.
Ketua Unit Belia Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu turut terhutang budi dengan Shebby yang turut menjadi watak penting dalam membantunya berjinak-jinak dalam dunia pengulasan sukan tidak lama dahulu.
Mendiang Shebby semasa zaman kegemilangannya bermain di posisi pertahanan dan beraksi buat skuad kebangsaan dari 1982 hingga 1991, serta pernah beraksi dalam Kejohanan Sukan Asia 1982, 1986 dan 1990 selain membantu negara memenangi pingat emas di Sukan SEA 1989 Kuala Lumpur.
Selain itu, mendiang juga beraksi bersama skuad bola sepak Pahang pada era 90-an serta pernah menyarung jersi Negeri Sembilan dan Perak.
Selepas bersara sebagai pemain, mendiang mencipta nama sebagai personaliti televisyen bermula 1997, termasuk untuk saluran Astro SuperSport, FoxSports serta ESPN Asia selain pernah berkhidmat sebagai Penasihat Global di Blackburn Rovers pada 2012 dan Penasihat Teknikal Johor Darul Ta'zim (JDT).
Shebby, 61, meninggal dunia ketika berbasikal di Sunway di Iskandar Puteri, Johor, petang semalam. - BERNAMA
Bernama
Thu Jan 13 2022

Mendiang Serbegeth Singh dikenali sebagai seorang lelaki yang sangat rapat dengan keluarganya, kata rakan seperjuangannya, Dollah Salleh.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

KKDW fokus bangunkan infrastruktur luar bandar Sabah - Ahmad Zahid
Sabah memerlukan lebih banyak pembangunan infrastruktur, dan perancangan itu mampu direalisasikan hasil hubungan baik Kerajaan MADANI dan negeri.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Suasana hiba, sayu selubungi persemadian mendiang Serbegeth Singh
Suasana hiba menyelubungi upacara persemadian legenda bola sepak negara, Serbegeth 'Shebby' Singh di Pusat Pembakaran Mayat, Jalan Loke Yew di ibu negara.

'Mulut bising' Shebby masih terngiang-ngiang di telinga Dollah
Pemergian Serbegeth Singh dikenang rakan seperjuangan, Dollah Salleh.

Agong, Permaisuri ucap takziah kepada keluarga Serbegeth Singh
Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sedih dengan pemergian itu dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga mendiang sabar serta tabah.

Arena bola sepak negara berduka dengan pemergian Shebby Singh
Penggemar bola sepak tanah air bersedih dengan pemergian bekas pemain kebangsaan Serbegeth Singh, pada usia 61 tahun secara mengejut.

Serbegeth 'Shebby' Singh meninggal dunia ketika berbasikal
Serbegeth atau juga dikenali sebagai Shebby, 61, difahamkan mengalami kesesakan nafas ketika menjalani aktiviti berbasikal.

Program naturalisasi sememangnya gagal - Shebby
Bakat-bakat muda sedia ada akan 'rosak' sekiranya FAM menumpukan terhadap pemain naturalisasi yang tidak bersungguh-sungguh membawa lencana di dada.