KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu Taekwondo Malaysia (TM) menamatkan kemarau hampir dua dekad tiada wakil di Sukan Olimpik pada temasya Los Angeles 2028 (LA28).
Mohamad Norza meminta TM untuk menyediakan hala tuju ke arah LA28 sebagai persediaan awal supaya negara kembali mempunyai wakil untuk bertarung di pentas temasya terbesar dunia itu dalam masa empat tahun lagi.
"Saya berharap Presiden TM Azizul Annuar Adenan dan Setiausaha Agung Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor menyediakan hala tuju bagaimana kita boleh buat persediaan awal untuk memastikan kita ada wakil di LA28 atau peringkat-peringkat tertinggi.
"Sudah tentu langkah demi langkah, saya rasa ini adalah salah satu cara," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar dan Kursus Penyegaran Pengadil Antarabangsa Kyorugi dan Poomsae Taekwondo Dunia di Wisma OCM di sini pada Jumaat.
Kali terakhir atlet taekwondo negara layak ke Olimpik adalah pada edisi 2008 di Beijing menerusi Elaine Teo dan Che Chew Chan, masing-masing beraksi dalam kategori wanita bawah 57kg dan lebih 67kg.
Mohamad Norza pada masa sama, memuji kemajuan yang dipamerkan TM di bawah kepimpinan dua individu tersebut, termasuk penganjuran seminar dan kursus pengadil itu di Malaysia selepas 20 tahun yang menarik penyertaan lebih 400 peserta dari 33 negara bermula hari ini hingga 29 Jun.
"Ini salah satu cara meletakkan Malaysia di peta antarabangsa dan merancakkan pembangunan sukan ini, yang sedikit sebanyak memberi suntikan untuk bawa sukan ini ke peringkat lebih tinggi. Saya juga ingin menyatakan sokongan penuh untuk mengembalikan taekwondo sebagai sukan teras," tambahnya.
Sementara itu, Azizul Annuar menyahut saranan Mohamad Norza untuk melaksanakan hala tuju ke arah LA28 dan berkata pihak TM telah memulakan pencarian bakat muda pada tahun ini untuk dikembangkan menerusi penyertaan di kejohanan antarabangsa.
Beliau berkata TM juga telah berjaya mendapatkan kelulusan Kesatuan Taekwondo Asia untuk menjadi penganjur Kejohanan Asia Remaja, Kadet dan Para Asia, serta mesyuarat agung kesatuan itu pada Julai tahun depan di Kuching, Sarawak.
"Kejohanan itu akan melibatkan ribuan peserta daripada 44 negara, pencapaian yang amat membanggakan semenjak saya menjadi presiden TM pada 2018. Sekurang-kurangnya bakat kita akan diketengahkan untuk pencapaian baik di Asia Remaja, memandangkan kita menjadi tuan rumah, jadi kita bergerak ke hadapan dari situ," katanya.
Beliau turut optimis bahawa pihak Majlis Sukan Negara (MSN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan kembali menyenaraikan taekwondo sebagai sukan teras dalam masa terdekat, memandangkan ia masih di bawah pertimbangan dua organisasi itu.
"Masih di peringkat perbincangan, tetapi sokongan dari pihak KBS dan MSN sememangnya memberangsangkan kerana selepas penyertaan di kejohanan luar negara dibiayai sendiri selama beberapa tahun, MSN sudah mula memberikan bantuan untuk hantar atlet kita ke luar negara sejak tahun lepas.
"Malahan sebelum ini, bilamana kita ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan, kami masih mampu mendapatkan pingat emas Sukan SEA semenjak edisi 2019 dan pingat di Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia yang belum pernah dicapai oleh mana-mana atlet Malaysia sebelum ini. Itu seperti menjelaskan berapa banyak kami telah membangun dengan sokongan yang minima dari MSN," katanya.
Taekwondo, bersama-sama sepak takraw dan angkat berat telah digugurkan daripada sukan teras pada Disember 2017.
Skuad taekwondo negara berjaya merangkul tiga emas, dua perak dan tiga gangsa pada Sukan SEA Kemboja 2023, selepas pencapaian 1-2-5 dan 1-1-3 masing-masing pada Sukan SEA 2019 Filipina dan 2021 Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 21 2024

Mohamad Norza pada Seminar dan Kursus Penyegaran Pengadil Antarabangsa Kyorugi dan Poomsae Taekwondo Dunia di Wisma OCM pada Jumaat. - Foto BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Sukan SEA Thailand: MOM disaran lebih selektif, hanya sertai acara potensi hadirkan kilauan pingat
Mohamad Faithal berkata Sukan SEA di Kemboja wajar jadi pengajaran apabila kontinjen negara rekod sejarah hitam dengan pencapaian terburuk.

Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.

Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.

Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.

Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.

Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.

LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.