KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024, yang bakal berlangsung bermula 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Di sebalik prestasi tidak menentu pada beberapa kejohanan Jelajah Dunia, termasuk Masters Malaysia baru-baru ini, Mohamad Norza berkata hal itu bukan pengukur prestasi sebenar pemain negara.
Malah, beliau yang juga Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) percaya pemain negara akan mencapai kemuncak prestasi di Paris kelak.
"Katakan mereka muncul juara di Terbuka Thailand, Singapura, adakah kita mahu mereka memuncak di sana? Kita mahu mereka capai prestasi yang tertinggi di Paris 2024. Bagi mereka faedah kesangsian (benefit of the doubt), ataupun sokongan yang tidak berbelah bagi.
"Jika mereka menghadapi saat-saat yang sukar, mereka perlukan kita...kita akan bersama mereka, bukannya kata 'oh kau ini menang tak ada harapan.' Atlet yang dah layak secara merit ini mempunyai peluang yang tinggi dan sebahagian mereka sudahpun Olimpian, mereka tahu apa yang mereka akan hadapi," katanya kepada pemberita di sini.
Mohamad Norza turut menegaskan bahawa kenaikan dan penurunan prestasi pemain negara ketika ini adalah satu proses yang perlu dilalui dan penting untuk mereka terus dibantu supaya dapat mencari jalan penyelesaian bagi berada pada tahap prestasi tertinggi di Paris.
"Yang paling penting mereka dah layak secara merit dan berada dalam 10 terbaik dunia. Terutamanya Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berada di kedudukan lima teratas dunia, kita harus berikan sokongan sebaik-baiknya," tambahnya.
Seramai lima wakil negara berjaya layak ke Paris 2024, iaitu pemain perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Goh Jin Wei (perseorangan wanita) Aaron-Wooi Yik (beregu lelaki), Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Pada sirkit Asia Jelajah Dunia yang bermula dengan Terbuka Thailand pada 14-19 Mei lepas, Zii Jia muncul juara manakala wakil lain negara yang telah layak ke Olimpik tidak beraksi.
Dalam Masters Malaysia dari 21-26 Mei, Zii Jia tewas kepada juara bertahan Olimpik Viktor Axelsen pada final, Tang Jie-Ee Wei dan Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir, juara dunia 2022 Aaron-Wooi Yik (suku akhir) dan Jin Wei tersingkir seawal pusingan kedua.
Pada Terbuka Singapura (28 Mei-2 Jun) yang menyaksikan Zii Jia menarik diri kerana kecederaan, Aaron-Wooi Yik dan Tang Jie-Ee Wei mara hingga suku akhir, namun Pearly-Thinaah dan Jin Wei terkandas seawal pusingan pertama.
Pada Terbuka Indonesia yang sedang berlangsung minggu ini, hanya Zii Jia dan Pearly-Thinaah berjaya melangkah ke suku akhir yang dijadualkan hari ini, manakala Tang Jie-Ee Wei dan Aaron-Wooi Yik masing-masing tersingkir pada pusingan pertama dan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 07 2024
![Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716197602_NorzaZakaria.jpg)
Di sebalik prestasi tidak menentu pada beberapa kejohanan Jelajah Dunia, termasuk Masters Malaysia baru-baru ini, Mohamad Norza berkata hal itu bukan pengukur prestasi sebenar pemain negara. - Gambar fail/Bernama
![Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739954467_TBKRITIKALGULAKENYAL.jpg)
Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.
![Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024 Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739599710_KhawKokChin.jpg)
Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.
![Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739950800_indonesia.jpg)
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.
![Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734388703_Prabowo.jpg)
Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.
![Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728964477_HafizulHawari.jpg)
Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.
![Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739952443_ZalihabintiMustafa.jpg)
Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
![Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716197602_NorzaZakaria.jpg)
Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.